MEMASYARAKATKAN ILMU
(Fikrah
Bangi: 843),
BBB:
13 Jamadil-Akhir 1442H. = 26 Januari 2021M. (Selasa):
Memasyarakatkan
ilmu bererti meluaskan penyebaran ilmu kepada semua peringkat masyarakat. Untuk
memasyarakatkan ilmu ini tentulah lebih sesuai diperturunkan dari peringkat
yang lebih tinggi kepada peringkat yang lebih rendah, kerana kalau dari
peringkat rendah, mereka tidak berkemampuan, lantaran ilmu lebih dimiliki oleh
peringkat tinggi. Peringkat tinggi ini dimaksudkan ialah kalangan ulamak yang
mempunyai kelulusan keilmuan agama yang tinggi dan para ilmuan di pusat-pusat pengajian tinggi membawa kepada peringkat
bawahnya.
Pada
dasarnya memasyarakatkan ilmu terutama di kalangan ulama`, selama ini memang
berlaku. Sebagai contoh antara `ulama menghasilkan karangan-karangan misalnya di dalam bidang akidah, fiqh,
tasawuf, akhlak dan tafsir dan hasil dari buku ini dipasarkan, bahkan
sebahagian daripada `ulama` berkenaan mengajar dan menggunakan buku-buku yang
mereka hasilkan. Memasyarakatkan ilmu berkenaan berlaku adalah melalui
masjid-surau dan berbagai institusi yang
mereka mengajar secara mingguan dan bulanan. Tak kurang juga dalam zaman
banyaknya kemudahan komunikasi mereka dijemput mengajar dan menyampaikan
ceramah dan forum melalui media letronak seperti Tv dan juga penyampaian
melalui atas alian. Melalui kaedah-kaedah sedemikian penyampaian bersifat menyeluruh
dan ilmu turun ke tangah masyarakat. Sebagai contoh pemasayarakaan ilmu banyak
kesannya disampai melalui rancangan `Forum Perdana` yang polpular sejak 1990an
lagi itu dan terus popular hingga kini. Memasyarakatkan ilmu secara sedemikian
lebih banyak bergantung kepada ketokhan dan populariti seseorang di dalam
menyampaikan ceramah atau forum.
Memasyarakatkan
ilmu yang dapat disampaikan dan lebih berkesan antaranya adalah melalui
institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepakaran tertentu. Misalnya di dalam
musim Covid-19 menyerang negara kita dikatakan bermula dari 2 Januari 2020
melalui tiga rakyat China yang datang ke negara ini melalui Singapura dan
hingga kini sesudah setahun wabak ini berkembang di negara ini yang memakan
korban lebih dari 650 orang itu, maka dalam tempoh ini berbagai pihak berusaha
menghasilkan vaksin, maka di negara kita yang mempunyai pusat penyelidikan
Sains dan Teknologi (Mosti) dan di negara kita mempunyai pusat-pusat pengajian
tinggi yang mempunyai pengajaran bidang perubatan yang terkenal, maka ketika
Amerika, UK, Rusia,India, Iran, China, bahkan Vietnam berusaha menghasilkan
vaksin, maka dilihat adalah wajar negara kita dengan kerjasama Kementerian dan
pengajian-pengajian tinggi berusaha secara kerjasama menghasilkan vaksin.
Bahkan dalam keadaan sekarang, walaupun sudah ada kejayaan menghasilkan vaksin
oleh negara lain seperti vaksin Pfizer oleh German dan Amerika, Astra Zenica
oleh UK (Universiti Oxford), Sinovic oleh China, Sputnik oleh Rusia dan berbagai-bagai lagi, maka seharusnya kita
juga mempunyai projek menghasilkan vaksin sendiri, sementara menggunakan hasil
penemuan yang dilakukan oleh pihak yang lain. Dengan menghasilkan vaksin
sendiri menunjukkan adanya kepakaran di dalam negara kita, sesuai bahawa
beberapa universiti di negara kita bertaraf antarabangsa. Ianya merupakan maruah
bagi negara kita sebagaimana dilakukan oleh beberapa negara yang disebutkan di atas.
Sebagaimana
perkara di atas pernah kita sebutkan, juga isu daging sejuk-beku yang dibawa
masuk dari negara-negara luar secara menukar dan menampalkan daging yang tidak
halal kepada halal yang sebenarnya tidak halal. Isu ini menjadi cabaran bagi
negara kita yang mempunyai tanah yang luas dan subur, di samping memastikan
kemasukan daging dari luar adalah halal. Ia adalah menjadi cabaran bagi negara
kita – Pertanyaan, mengapa tidak mau diusahakan – mewujudkan projek secara
teratur membuka ladang-ladang ternakan misalnya lembu, kerbau, kambing,
biri-biri, bahkan rusa dan kijang. Kita bercakap tentang belia menganggur dan
tidak mempunyai pekerjaan, mengapa tidak terlintas pada pemikiran Kementerian
Pertanian untuk mewujudkan perusahaan pertanian yang menjadikan kita berdikari
dari hasil ternakan dan tenusu, bahkan tidak mustahil menjadikan negera kita
pengexport daging ke luar negara. Dengan demikian kita dapat atasi beberapa
masalah, mengatasi beiia kita agar tidak
menganggur, mengatasi daging import
yang meragukan, selagi ianya tidak diperjelaskan dan menjadikan ternakan adalah
menjadi salah satu hasil negara. Kiranya kita masih kekurangan universiti yang
dapat memberi bimbingandari segi ternakan, maka adalah wajar diwujudkan Agro-Business
University yang khusus memberi tumpuan kepada
penternakan dan pertanian di negara kita.
Bimbingan
yang diharapkan dari universiti, tidak saja di dalam bidang perubatan,
penternakan dan pertanian, tetapi di dalam bidang-bidang yang lain misalnya
bidang ekonomi-perdagangan, perusahaan, komunikasi dan pembelajaran yang kini
sedang hebat diperkatakan, teknologi dan inovasi dan banyak lagi bidang.
Sebahagian daripada bidang-bidang diperkatakan sudah ada institusi pengajian tinggi
berkenaan, tetapi setengah daripadanya kita lihat tidak menampilkan diri
menawar atau berinovasi dalam bidang-bidang berkenaan yang dapat mencerminkan
kepakaran dan tahap keilmuan yang ditawarkan kepada pelajar, tetapi juga kepada
masyarakat yang dapat dimanfaatkan bersama.
Sekian.
No comments:
Post a Comment