RETORIK
COVID DAN POLITIK
(Fikrah
Bangi: 831),
BBB: 01 Jamadil-Akhir 1442H. = 14 Januari 2021M.
(Khamis).
Ketika
Covid 19 memuncak dalam mana berita pada 13 Januari 2021 menunjukkan Covid-19 yang bermula pada 18 Mac
2020 dengan 32 kes. Maka berita dalam Sinar pada 13 Januari 2021 meningkat di
Malaysia kepada:
Keseluruhan 141,533
Kes
terkini 3,309
Mati hampir
550
Sembuh 110,584
Manakala
kes seluruh dunia 90,988,272.
Kes
dilihat sebagai tidak terkawal dan terpaksa diambil tindakan yang lebih tegas.
Pada
hari ini DYMM Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin al-Mustafa Billah Shah
mengisytiharkan `Darurat` berkuatkuasa dari Selasa 12 Januari 2020 hingga
kepada 01 Ogos 2021 (Selasa).. Perisytiharaan menurut peruntukan Perlembagaan
di bawah perkara 150(1).
Menurut
Tan Sri Muhyiddin Yassin, perisytiharaan darurat bukan bermaksud rampas kuasa,
tetapi darurat diisytiharkan bagi
melindungi rakyat dari Covid-19. Berikut dari perisytiharaan, maka dilaksanakan
PKP di sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia, iaitu bermula dari tengah malam
13 Januari 2021. Antara larangan dalam tempoh darurat ini tidak diadakah
pilihanraya, sehinggalah tempoh darurat ditarik balik.
Berikut
dari perisytiharan darurat ini, maka timbul tuduhan dari setengah pihak,
terutama dari parti pembangkang, seperti Tun Mahathir menyatakan,
``Bahawa
tidak perlu diisytiharkan darurat.``
Ada
yang menuduh, perisytiharan darurat, sebagai satu helah dari pihak kerajaan
untuk menyelamatkan kedudukan politik, lantaran dikatakan pada masa itu, ahli
di dalam parlimen bagi pihak kerajaan tinggal 109 berikut dari penarikan diri
tiga orang parlimen dari Umno (Tengku Ghazaleigh, Ahmad Jazlan dan Nazri Aziz)
terhadap pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dengan darurat parlimen tidak berlangsung
dan kerajaan selamat dari undi tidak percaya.
Ada
yang menuduh Darurat antaranya untuk mengelak dari diadakan pilihanraya. Namun
begitu ada suara bercanggah dan skeptik dari pembangkang, bahawa kononnya
pembangkang tidaklah menekankan supaya diadakan pilihanraya segera. Suara ini
amat bercanggah dengan pendapat, bahawa desakan-desakan Umno dengan berbagai
cara, ialah supaya pihak kerajaan tunduk dan mengadakan pilihanraya segera.
Bagi pendapat utama yang mau segera diadakan pilihanraya ini berhujah bahawa.
``Pilihanraya
dapat diadakan, kerana dalam tempoh dunia menghadapi virus Covid-19 terdapat 35
negara telah mengadakan pilihanraya dan tidak menimbulkan masalah.``
Pendapat
ini nampaknya tidak mengambil kira dari kesan mengadakan pilihanraya di Sabah
pada akhir September 2020, akibat dari plihanraya negeri ini wabak Covid
merebak ke negeri-negeri lain di Semenanjung seperti terutamanya di Selangor.
Bahkan akibat dari merebaknya wabak
Covid-19 ini diisytiharkan darurat terlebih dahulu secara terhad seperti
di Batu Sapi, Sabah dan Grik di Perak. Untuk mengelak dari terus merebak inilah
diisytiharkan darurat pada peringklat awal di Batu Sapi dan Grik. Perisytiharan
darurat pada 12 Januari adalah lanjutan kepada perisytiharan darurat peringkat
awal secara kecil.
Perisytiharan
darurat ini bukan sesuatu yang asing, kerana kita dapati negara lain yang diancam wabak turut sama
mengisytiharkan darurat seperti di England, bahkan di Jepun.
Pada
dasarnya pihak pembangkang beretorik dan menggunakan berbagai hujah bagi
menjustifikasikan untuk mengadakan pilihanraya. Misalnya katanya,
``Oleh
kerana negara akan mendapat vaksin pada akhir Februari nanti, maka tiada
masalah bagi negara untuk mengadakan pilihanraya. Bahkan betapa mereka ingin
benar agar diadakan pilihanraya segera, mereka menuduh pula, bahawa pihak
kerajaan bertindak lewat bagi mendapatkan vaksin sebagaimana yang telah
didapati oleh Singapura dan Indonesia yang mendahului Malaysia. Secara kesal
mereka berpendapat jika lebih awal Malaysia mendapat vaksin, maka lebih segera
dapat tertunai hajat mereka untuk mengadakan pilihanraya.
Hujah
murahan tersebut, tiada mengambil kira, apakah rakyat benar-benar berminat
untuk mengadakan pilihanraya ? Pada dasarnya semua tidak mau diadakan
pilihanraya selagi Covid-19 masih berleluasa.
Tidakkah
terfikir dengan desakan-desakan yang memuakkan itu, akan membuat rakyat
bersikap menolak sebagai protes dan akhirnya jadilah sebagai `Lebai Malang` yang untung
sekarung rugi seguni. Rakyat sebenarnya makin cerdik dan mampu menilai
antara politik mentah dan matang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment