KETIKA
WABAK MEMUNCAK ORANG POLITIK PERLIHAT WATAK
Ketika
wabak Covid-19 memuncak
Banjir
di enam negeri membuak – memakan korban
Suara
keperitan di sana sini kedengaran
Dihenti
kerja, sendiri usaha pendapatan tak
seberapa
Anak-anak
terganggu pendidikan
Tiba-tiba
muncul penunggang kuda tua
Keluar
dari medan kesetiaan
Diikuti
juak-juak dengan pedang terhunus
Berlagak
wira tak kena tempatnya
Digerak
oleh ammarah bimbang
Lebih
lagi kerana tak dapat apa-apa
Selama
ini berbagai peluang dan kesempatan
Mencabar
– letak jawatan atau segera pemilihan.
Di tengah kegawatan dan kepicitan
Yang
lebih kita harap tentang keperihatinan
Bersama
gembleng idea mengatasi wabak
Lebih
tersentuh dari segi kemanusiaan
Turun
padang menghulur ehsan
Sama
mengharung arus ancaman.
Dari
jendela keperitan mereka menilaikan
Tindak
tanduk dan perubahan watak
Mendusta
diri sendiri rakyat sedang memerhati
Ancaman
membunuh kesetiaan disepakati
Lebih
sukar diurus dari musuh dipasti
Lantaran
kita sokong memutuskan lawan
Dari
terus melakukan pengkhianatan
Menyekat
dengan darurat keselamatan
Memutuskan
Covid-19 dari berterusan
Memotong
dari merebaknya ketidaksetiaan.
Menerusi musim-musim pernah kita lalui
Tidak
segawat dan seberat ditempuh kini
Mungkinkah
dari sepuh ujian
Melahirkan
bijaksana kemanusiaan
Mengutamakan
kepentingan seluruhan
Dari
peribadi dan kedudukan
Akan
lahirkah negarawan harapan ?
Sebenar
wira dinantikan ?
Fikrah
Bangi: 830,
BBB:
29 Jamadil-Awwal 1442H.
13
Januari 2021.
No comments:
Post a Comment