HAPUSKAN
DISKRIMINASI `KERAJAAN TEMPATAN`
(Fikrah
Bangi: 848),
BBB: 18 Jamadil-Akhir 1442H. = 31 Januari 2021M.
(Ahad).
Di
negara kita ada tiga jenis kerajaan yang dinamakan:
1)
Kerajaan Federal.
2)
Kerajaan Negeri
3)
Kerajaan Tempatan.
Kerajaan
Federal yang juga dikenali sebagai Pusat, ialah kerajaan pada peringkat
Persekutuan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya bagi satu-satu sesi –
5 tahun, yang setakat ini pilihanraya telah berlaku 14 kali. (Terakhir pada 18
Mei 2018). Mana-mana parti atau gabungan parti-parti yang memenangi majoriti (kini 220 bahagi 2 dan lebih) adalah berhak membentuk
kerajaan pada peringkat Federal. Kerajaan Federal dibentuk berdasarkan kepada
keputusan pilihanraya. Kerajaan Federal bermesyuarat beberapa kali setahun
melalui mesyuarat yang dikenali dengan
`Sidang Parlimen`.
Kerajaan
Negeri, adalah kerajaan yang memerintah berdasarkan pilihanraya negeri,
biasanya serentak dengan parlimen. Bagi tiap negeri dari 14 negeri dalam
Malaysia yang memperolehi lebih separuh kerusi negeri – tidak sama antara
negeri dengan negeri yang lain – Selangor contohnya 56 kerusi, maka mana-mana
parti atau kumpulan parti yang mendapat
majoriti kerusi bagi kerajaan negeri, maka parti atau kumpulan parti
berkenaan berhak memerintah negeri yang
dimenangi. Ini bererti negeri yang dimenangi satu parti atau lebih dan
memerintah, tidak semestinya sama dengan kerajaan Federal. Kerajaan negeri
dibentuk adalah berdasarkan keputusan pilihanraya. Kerajaan negeri juga
bermesyuarat beberapa kali setahun yang dikenali dengan Mesyuarat Dewan
Undangan Negeri.
Kerajaan
Tempatan adalah kerajaan yang lain dari kerajaan Federal dan lain dari kerajaan
negeri. Ianya diwujudkan di
bandar-bandar di dalam sesuatu negeri, biasanya di dalam satu-satu daerah dari
daerah-daerah di dalam sesuatu negeri. Keahliannya dilantik oleh pihak negeri
yang memerintah dalam jumlah antara 50 orang atau lebih. Kewujudan Kerajaan
Tempatan, walaupun diterima sebagai struktur pemerintahan, terutama pada
peringkat bandaran menimbulkan berbagai implikasi:
1)
Tidak melalui pilihanraya
Keahlian
di dalam kerajaan tempatan yang antaranya dikenali sebagai Majlis Perbandaran (nama
kawasan seperti Kajang, Shah Alam dan sebagainya) dianggap tidak berauthoriti
seperti Wakil Parlimen atau ADUN, kerana perlantikannya tidak didasarkan kepada
pilihan rakyat. Kuasa negeri dan daerah yang melantik ahli-ahli dipersoalkan.
Ada parti yang memenangi pilihanraya di dalam satu kawasan tidak dilantik wakilnya
di dalam kerajaan tempatan sebaliknya bagi kawasan yang tidak menang dilantik
sebagai wakil parti yang memerintah. Dalam erti kata yang lain, suara di dalam
kerajaan Tempatan tidak mewakili suara rakyat yang mengundil wakilnya, tetapi
tidak diberi hak mewakili parti yang menang. Ini mencerminkan tiada keadilan
dari segi pemerintahan bagi Kerajaan Tempatan.
2)
Tuntut Keadilan
Bagi yang
memperjuangkan kononnya keadilan, maka lahir desakan, misalnya antara desakan
antara parti di dalam PH, mau diadakan
pilihanraya bagi kerajaan Tempatan, bagi memilih wakil rakyat bagi kawasan yang
biasanya di kawasan perbandaran. Resolusi berkenaan di dalam pertimbangan dan kononnya
menunggu masa yang sesuai.
3)
Pembaziran – Pilihanraya serentak ?
Banyak pihak tidak menyetujui diadakan pilihanraya Kerajaan
Tempatan. Antara alasan yang diberi adalah pembaziran. Jika mau menurut desakan
mereka yang mau adakan pilihanraya Kerajaan Tempatan, maka bagi
menyelematkan pembaziran, maka
dicadangkan juga Pilihanraya Tempatan diadakan secara serentak. Yakni
pilihanraya Tempatan, Negeri dan Federal diadakan secara serentak. Maka
implikasinya mungkin satu kerajaan Tempatan yang memenangi pilihanraya tidak
sama dengan kerajaan Federal dan kerajaan negeri yang memerintah, maka akan
terjadi diskriminasi dan masalah bagi Kerajaan Tempatan, terutama yang kurang
kutipan hasil dari kawasan tempatan bagi yang memerintah.
4)
Polarisasi Kaum
Masalah
yang dihadapi oleh Kerajaan Tempatan di Malaysia, bahawa Kerajaan Tempatan yang
berada di bandar-bandar ini biasanya didominasi oleh satu kaum. Maka kawasan
pilihanraya tempatan yang diadakan akan didominasi oleh wakil-wakil yang
majoritinya dari satu kaum, maka pemerintahan Kerajaan Tempatan dan
pemerintahan dilihat diwakili satu kaum dan dibimbangi bahawa polisi-polisi
yang dibua adalah bias kepada satu kaum.
5)
Jurang makin mendalam
Dengan
pemerintahan Kerajaan Tempatan majoritinya dari satu kaum, maka adalah
dibimbangi akan berlaku jurang perbezaan yang makin mendalam. Misalnya dari
segi keselesaan hidup antara bandar makin ketara, termasuk dari segi pemilikan
harta, kesihatan, kemudahan pelajaran, kesihatan, komunikasi, peluang pekerjaan
dan berbagai-bagai lagi. Hasrat mau
menyusun kedudukan dan penempatan kaum secara
tersusum dan berimbang tidak terhasil.
Antara
cadangan, oleh kerana Kerajaan Tempatan bukan dari hasil pilihanraya, maka
tidak wajar wujudnya `Kerajaan Tempatan yang antaranya dikenali `Majlis
Perbandaran`.
Mekanisme
pemerintahan yang lain perlu diwujudkan sebagai solusi mengatasi diskriminasi – Ikuti perbincangan selanjutnya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment