BUDAYA ILMU DAN
PLAN STRATEGIK
(Fikrah
Bangi: 841),
BBB: 11 Jamadil-Akhir 1442H. = 24 Januari 2021M.
(Ahad).
Bagi
membina `Negara Berilmu` sudah tentulah mengusahakan penyebaran ilmu di tengah
masyarakat secara menyeluruh. Usaha menjadikan masyarakat berilmu di negara
berilmu hendaklah mempunyai plan strategik yang teratur, bermula plan dari
peringkat tertinggi yang mempunyai kesedaran tertinggi mengenai keilmuan dan
pelajaran. Dari sini diperturunkan ke peringkat pelajar-pelajar yang mempunyai pengajian
formal dan teratur dan kesedaran tentang kepentingan ilmu bagi negera berilmu
disebarkan ke tengah masyarakat. Pada peringkat ini kita istilahkan sebagai
memasyarakatkan ilmu ke tengah masyarakat. Iaitu melalui institusi-institusi
pekerjaan formal seperti jabatan-jabatan, firma-firma dan berbagai agensi yang
melibatkan masyrakat. Seterusnya melalui institusi masyarakat seperti tempat
ibadat, NGO-NGO, Persatuan penduduk, komuniti-komuniti, kawasan-kawasan kediaman
dan keluarga.
Kesedaran
kepada meningkatkan masyarakat dengan ilmu wujud bersama slogan yang diungkapkan di
dalam `Wawasan 2020`. Pengisian terhadap `awasan 2020` yang dicetuskan pada
zaman Tun Mahathir ini dan terus diisi pada
zaman Tun Abdullah Badawi. Maka pada bulan Julai 2005, iaitu ketika Dato` Seri
Mustafa Mohamed menjadi Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu dihasilkan
satu plan yang dinamakan:
``Plan
Strategik Pengajian Tinggi Negara – Perletakan Asas Melangkaui 2020.``
Ertinya
sejak 15 tahun lepas dalam mana perkembangan pengajian tinggi mencapai jumlah
yang lengkap dan pengajian-pengajian dari peringkat bawah dan memuncak kepada
pengajian tinggi meluas dan menyeluruh,
maka dilihat akan keperluan bagi menyediakan Plan Strategik bermula dari
peringkat pengajian tinggi dan menurun secara menyeluruh kepada semua
peringkat. Dengan jumlah pengajian tinggi yang banyak (30 buah) dan pengajian
kolej (diploma), teknik, vokasional dan berbagai-bagai, tetapi wujudnya pengangguran mereka yang dari lulusan
pengajian tinggi timbul pertanyaan tentang mutu pengajian dan kualiti lulusan
pengajian tinggi. Sebagaimana kataTun Abdullah Badawi, Perdana Menteri pada
masa itu:
``What
we now have to ask ourselves is whether the quality of our education system has
move in tendom with its growth in quantity, whether the younger generation
passing through our national education system is adequately equipped to thrive
in a increasingly global and competitive environment.``
Sudah
tentu bagi melengkapkan perkembangan pengajian, khususnya pengajian tinggi yang
dilihat pada masa itu perlu kepada
`education revolution.` sebagai
aspirasi bagi mencapai kemajuan pengajian pada peringkat pengajian tinggi yang
tentu juga mempengaruhi strata pengajian kepada peringkat ke bawah. Ini adalah bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia
`Negara Maju` yang tidak lain dari
melalui ilmu.
Pemupukan
nilai dan budaya ilmu tidak lain dari pembinaan modal insan kelas pertama
dengan mentransformkan sistem pendidikan negara pada semua peringkat tertinggi
kepada peringkat terendahnya.
Menurut
Dato` Seri Mustafa Mohamed yang menjadi Menteri Pengajian Tinggi pada masa itu,
``Sesungguhnya
dalam misi mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah Negara Maju, kita perlu
memastikan pengajian tinggi berada pada landasan yang kukuh, mantap dan berkesan. Plan Strategik sebagai dokumen
seharusnya mempunyai hala tuju pengajian tinggi negara yang menekankan pada
pembangunan modal insan dan modal intelek berkualiti bagi mendukung dan
menjayakan aspirasi negara untuk menjadi maju, makmur dan kompetitif.
Selepas
tempoh terhasilnya Plan Strategik memperlihatkan bahawa peningkatan terutama
dari segi ranking pengajian tinggi berlaku di negara ini bersama
pengajian-pengajian tinggi di rantau Asean, Asia dan global. Walau bagaimana
perubahan pentadbiran negara membawa kepada kelainan penekanan. Kita tidak berkesempatan melihat apakah plan
pendidikan negara yang mau dibawa oleh kerajaan PH yang berkuasa dalam tempoh yang singkat dan
dalam masa yang singkat itu Kementerian Pelajaran berada di dalam keadaan yang
tidak mantap, bahkan menterinya diminta meletakkan jawatan.
Lebih
malang keadaan Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran amat terkesan dengan
Covid-19, setahun pengajian tertangguh dan pendekatan pengajian kini dalam
proses mencari pendekatan kaedah pengajian yang terbaik, termasuk memulihkan
pengajian yang terganggu. Sudah tentulah ianya memberi kesan dari segi
pengajian. Adalah dibimbangkan ianya memberi kesan kepada kualiti pengajian
kepada semua peringkat.
Kitapercaya
Akan berlaku perubahan dan penyesuaian yang secara sementara mengganggu
pemantapan dan kualiti pengajian.
Semua
pihak berusaha mengurangkan kesan gangguan agar pelajar-pelajar dapat
meneruskan pengajian, walaupun dalam keadaan mencabar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment