DARURAT: SEBAB,KESAN DAN HARAPAN
(Fikrah
Bangi: 832),
BBB:
02 Rabi`ul-Akhir 1442H. = 15 Januari 2021M. (Juma`at).
Sejak
perisytiharan darurat oleh DYMM. Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong pada Selasa
12 Januari 2021 lepas timbul berbagai-bagai pendapat. Setuju, bertujuan bagi melawan Covid-19 dan dalam tempoh darurat
dari tempoh tersebut hingga akhir Ogos 2021, maka pilihanraya tidak akan
diadakan. Jadi perbalahan politik dapat diredakan. Kalangan pembangkang,
termasuk Tun Dr. Mahathir Bekas PM berpendapat tidak perlu diisytiharkan
darurat dan Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang, bukan saja tidak bersetuju,
bahkan menganjurkan supaya semua ahli parlimen menulis surat kepada Yang Di
Pertuan Agong supaya menarik balik perisytiharan darurat dan segera mengadakan
sidang parlimen bagi membincangkan soal wabak Covid-19 dan masalah ekonomi yang
dihadapi negara dan rakyat.
Darurat
sebenarnya sudah beberapa kali berlaku di negara ini. Bagi kali pertama berlaku
di negara ini ialah darurat bagi melawan komunis yang mengancam negara sejak
dari awal kemerdekaan dan berterusan (diangkat secara berperingka) hingga ke tahun 1960an. Ketika negara dalam
proses berkerajaan sendiri rundingan diadakan dengan Pengerusi Komunis Malaya
Cheng Peng dengan Tunku Abdul Rahman Ketua Menteri pada masa itu di Baling,
Kedah. Ketegasan diambil Tengku, tidak menerima untuk menghalalkan Komunis
sebagai parti yang sah. Hasilnya pihak kerajaan di bawah Tengku Abdul Rahman
bertegas dan berjaya membasmikan
komunis.
Apabila
berlakunya rusuhan kaum di negara ini yang dikenali dengan Peristiwa 13 Mei
1969, maka negara juga berada di dalam keadaan darurat. Curfew diadakan,
terutama di Kuala Lumpur. Usaha mengharmonikan negara dilakukan. Nasib
bumiputra yang kurang diberi perhatian oleh Tengku Abdul Rahman diutamakan pada
zaman pemerintahan Tun Razak dengan
adanya Kementerian Luar Bandar yang Ghafar Baba sendiri mengendalikan
kementerian ini semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri., usaha bagi mengharmonikan
pemerintahan negara melalui Mageran
seterusnya pada zaman Tun Razak
diadakah pakatan politik antara semua parti – termasuk Pas, hingga melahirkan
Barisan Nasional yang dianggotai semua parti, termasuklah Pas diketuai oleh
Dato` Asri yang dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Pemerintahan
negara adalah stabil sehingga kepada perlantikan Tun Hussein Onn menjadi
Perdana Menteri hingga berlaku perpecahan termasuk Pas disingkirkan dari
Barisan Nasional.
Berlakunya
perisytiharan semua darurat adalah kerana faktor keselamatan. Darurat semasa
komunis, bagi menjamin keselamatan negara dari ancaman komunis dari dalam dan
juga ancaman subversif dari komunis laur yang kuat pengaruhnya pada masa itu,
iaitu di negara China di bawah Mao Tze Tong dan Rusia di bawah Kruscheve.
Konfrontasi nyata berlaku antara negara-negara bebas (kapitalis ?) dengan
negara-negara komunis.
Darurat
yang diisytiharkan oleh DYMM Sri Paduka Yang Di Pertuan Agong adalah juga dari motif
keselamatan. Ancaman penyakit yang
berbahaya yang bersifat global dan belum pernah terjadi sebelum ini. Setahun negara-negara di dunia bersatu menentang musuh yang tidak
nampak, tapi hingga kini masih belum reda, bahkan hingga kini masih meningkat
dan tertinggi sebelum dari ini. Ancaman covid-19 merosakkan ekonomi dunia,ramai
yang menjadi mangsa - kematian, hilang
pekerjaan dan hidup di dalam kesusahan. Ancaman kali ini merangkumi ancaman
darurat-darurat sebelum ini. Ia merangkumi keselamatan, kesihatan, ekonomi dan
ketenteraman. Ianya jauh lebih penting dari segi politik yang setengah pihak
dari pembengkang tidak henti-henti menggugat
yang dilihat lebih mementingkan kuasa, kedudukan dan kepentingan peribadi.
Ancaman
yang merangkumi berbagai aspek ini memang wajar diisytiharkan darurat. Dari
darurat komunis menghasilkan keamanan dan kemerdekaan. Darurat akibat dari
persengkitaan melahirkan pemerintahan secara Mageran dan mewujudkan pemerintahan
secara kerjasama semua parti dan pihak membawa kepada keamanan.
Kita
berharap dari pengisytiharan darurat terbaru ini akhirnya juga akan menghasilkan kesejahteraan, bersifat
pakatan. Dalam keadaan sekarang pilihanraya bukan cara segera mencapai kesejahteraan, kerana bukan
sahaja bahaya wabak akan lebih merebak, tetapi kemungkinan keputusan
pilihanraya mungkin mengulangi situasi kini, tiada yang mampu mencapai majoriti
secara jelas mengatasi parti-parti yang lain.
Lantaran
itu darurat, selain dari bertujuan utama bagi memulihkan negara dari ancaman
Covid-19, khususnya jika penggunaan vaksin menghasilkan kejayaan, tetapi dengan
darurat memberi tempoh bertenang bagi
pihak pemerintah dan pembangkang mencari solusi kerjasama atau pendekatan yang
terbaik yang memberi kestabilan politik kepada negara ini seterusnya dapat
memulihkan ekonomi dan kehidupan rakyat negara secara normal kembali – Insya Allah.
Sekian.
Terrific post! Love your work!
ReplyDeleteWeb Design Malaysia Web Design KL Rebrand specialise in website design, e-commerce solutions, digital marketing, branding strategy and much more. We strongly believe that having a high-quality website doesn't necessarily need to cost a huge sum of money. Hence, we are a group of professionals that came together with a goal in mind: to deliver excellent web designs that provide value to our customers that range from startups to enterprises and large organisations.
Web Design KL
ReplyDeleteBone Meal started out with an incredible objective of ensuring environmental sustainability through innovative green engineering. Our journey began as a fertilizer manufacturing company, utilizing available wastes and converting them into value-added nutrition for plants.