KESEDARAN
ILMU PERLU – CONTOH PERINGKAT PARLIMEN
(Fikrah
Bangi: 846),
BBB: 16 Jamadil-Akhir 1442H. = 29 Januari 2021M.
(Juma`at).
Ilmu
perlu kepada setiap orang, lantaran kesedaran ilmu perlu pada semua peringkat,
mulai dari peringkat tertinggi membawalah kepada orang biasa. Dengan berilmu
pada setiap peringkat meningkatkan martabat semua pihak. Penulis mengambil
peringkat tertinggi dari segi pemerintahan, iaitu dari peringkat mereka yang
menggubal undang-undang negara – di sini dimaksudkan pada peringkat parlimen.
Dari
pengalaman Penulis menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pengalaman
melihat sidang yang berlangsung di parlimen, bahkan sidang parlimen di England
melalui media letronik, bahawa kaedah bersidang nampaknya sama bagi semua
sidang. Jika bagi pembukaan bagi permulaan penggal persidangan, maka Titah Perasmian disampaikan
oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, maka sidang seterusnya bagi menjunjung kasih
kepada titah yang Di Peruan Agong.
Penulis
mau menekankan kepada sidang biasa seterusnya dan menimbulkan pertanyaan dalam
minda, mengapa semua format perjalanan sidang bersamaan, iaitu bermula dari
menjawab soalan-soalan dari ahli-ahli dewan dan jawapan menteri-menteri.
Seterusnya ucapan-ucapan yang disampaikan oleh menteri-menteri dan ahli dewan yang
bersambungan dan memakan masa. Sidang seterusnya penggolongan oleh
menteri-menteri dan jika ada usul yang memerlukan kepada jumlah sokongan, maka
dikemukakan dan dibahaskan dan kemudian diambil keputusan dengan mengundi,
termasuk cara belah bagi.
Apa yang
diperhati bagi semua sesi adalah
berlangsung secara `cakap` dan `speaker` adalah pengawal `cakap. Apakah kaedah
persidangan yang sama seharusnya diikuti dari peringkat Westminister di
England, di Commonwealth, di India, Australia dan sebagainya. Tidakkah kaedah
yang sama dan monotonous ini wajar diubahsuai dengan perubahan zaman dengan
menggunakan berbagai-bagai teknologi IT yang
canggih kini ?
Antara
perubahan yang wajar adalah mengisi sebahagian
dengan slot ilmu. Sidang tidak perlu pada peringkat awal dengan menjawab segala
soalan yang ditimbulkan secara tidak teratur.
Misalnya
aturcara sidang disusun dengan isu-isu penting negara. Misalnya untuk minggu
pertama sidang mengambil topik:
Covid-19
– Implikasi kepada negara.
Pada
permulaan sidang, penghormatan diberi kepada ilmuan atau yang berpengalaman
dengan strategi menentang wabak berkenaan.
Menteri
kesihatan memilih pegawai di bawahnya misalnya Tan Sri Dr. Hishamuddin Abdullah
menyampaikan Taklimat secara saintifik dengan menggunakan peralatan penyampaian secara canggih yang melibatkan
audio-visual dan percakapan yang diikuti ahli parlimen melalui alat peranti
masing-masing. Taklimat boleh dibantu oleh Pakar pandemik dari universiti
umpamnya. Selepas taklimat dua jam, maka dibukakan peluang soalan-soalan.
Pada
sebelah petang Menteri Kesihatan, mungkin dibantu pegawai-pegawai dan ahli
dewan membahas dan mencerakinkan persoalan, dengan menjelaskan tindakan yang
diambil dan kemungkinan natijah dan harapan. Pada sebelah petang dibuat rumusan
sementara, sebelum rumusan keseluruhan akan dibuat pada akhir sidang kelak.
Jika sidang tidak cukup satu hari boleh diperuntukkan masa lebih kepada dua
hari dan sebagainya.
Hari
kedua misalnya sidang membincangkan tajuk: Rasuah: Kesan Ekonomi dan Imej Negara.
Bagi
mengisi slot ilmu, Menteri Pertahanan dan Keselamatan Negara menjemput Pengarah
SPRM dan pegawai atasan menyampaiakn taklimat mengenai isu rasuah dalam negara
dengan menggunakan peralatan IT yang dapat diikuti oleh ahli dewan, selama
katakan dua jam yang mungkin di dalamnya disertai ahli akademik menyampaikan
ulasan secara ilmiah. Kemudian dikuti dengan soalan-soalan spontan atau memang
telah disediakan oleh ahli Dewan dan dijawab oleh kementerian.
Pada
sebelah petang dan juga malam sidang diteruskan secara perbahasan dari ahli
dewan. Rumusan sementara dibuat.
Cara
ini diikuti pada hari-hari seterusnya dengan topik misalnya:
Pandemik
dan implikasi pada pendidikan negera; Tindakan mengatasi – Kementerian Pendidikan
menjemput pakar akademik dalam pendidikan
Tajuk
seterusnya ialah Kesan Ekonomi akibat dari Covid-19: Pemulihan – Disertai sama
ahli akademik dalam bidang ekonomi.
Keselamatan
Negara – Ancaman di sempadan dan Luar – Kemneterian Pertahanan dan Keselamatan –
termasuk Polis.
Kewangan
Negara – Mengatasi kehidupan rakyat yang
miskin – Menteri Kewangan dibantu kalangan akademik.
Demikianlah
disusun topik-topik dan Isu-Isu melibatkan semua kementerian dan sebagainya
sehingga sidang yang mengambil masa satu bulan atau lebih dapat membicarakan
semua topik yang penting bagi negara.
Bagi
seminggu terakhir diperuntukkan masa bagi Perdana Menteri dan menteri-menteri
menjawab persoalan yang dibangkitkan sebelumnya secara menyeluruh.
Pokoknya
format persidangan wajar diubahsuai tidak seterus seragam dan menjemukan.
Pendekatan lain dapat dibincangkan, agar persidangan menarik dan ditingkatkan
dengan kualiti yang bersifat ilmu. Peralatan teknologi yang merupakan media baru
wajar digunakan, tidak hanya bercakap sahaja.
Sekian.
No comments:
Post a Comment