REFORMASI
KONSEP BERPARLIMEN
(Fikrah
Bangi: 833),
BBB:
03 Jamadil-Akhir 1442H. = 16 Januari 2021M. (Sabtu).
Pemerintahan
secara berparlimen adalah cara pemerintahan terbaik, kerana ianya didasarkan
kepada konsep bermesyuarat dan diamalkan oleh kebanyakan pemerintahan di dunia.
Walaupun kaedah pemerintahan ini terbaik, tetapi ada ruang perlaksanaan yang
dapat diperbaiki.
Bila
bercakap tentang pemerintahan berparlimen berkenaan adalah bercakap tentang
siapa yang diberi kelayakan bagi menduduki kerusi-kerusi di parlimen berkenaan.
Tidak sebarang orang dapat menduduki kerusi berkenaan. Mereka adalah yang dilpilih rakyat melalui pilihanraya yang
diadakan. Biasanya untuk satu penggal ialah lima tahun sekali, iaitu satu
tempoh yang wajar.
Pemilihan
ahli parlimen melalui pilihanraya adalah berdasarkan parti-parti atau orang
perseorangan yang memasuki pilihanraya. Parti-parti berkenaan dibentuk oleh
kumpulan tertentu yang biasanya mempunyai falsafah, ideologi, manifesto dan
matlamat dan arah parti berkenaan yang ditawarkan kepada rakyat. Parti-parti
yang tertubuh dicetus dan digerak oleh
sesuatu motif yang menjadi perjuangan bagi parti berkenaan. Parti-parti yang
lahir adalah dalam jumlah yang banyak. Antaranya dicirikan oleh ideologi yang
dipegangi, ada yang bersifat individu, tokoh, kepercayaan, bersifat kenegerian,
kaum dan ada yang bersifat serpihan dan penentangan terhadap induk yang ianya
merupakan pecahan daripadanya.
Kebiasaan
pula bila banyak parti yang bertanding,
maka terbentuk blok-blok parti yang bersesuaian dan berkepentingan antara
mereka hingga membentuk satu kerjasama parti yang berusaha mendapat majoriti
bagi memerintah negara.
Dari
permuafakatan dan ada yang bersendirian atau di dalam bentuk tertentu,
menjadikan keahlian dalam parlimen kepada dua kumpulan yang dikenali sebagai
kumpulan parti yang memerintah yang dikenali sebagai parti pemerintah (mungkin
penyatuan dari berbagai parti) dan kumpulan yang dikenali dengan pembangkang
(dari berbagai parti), tetapi tidak mendapat majoriti bagi memerintah. Di dalam
parlimen dilantik speaker dan timbalan speaker yang menjadi pengentara yang
mengendalikan permesyuaratan. Adalah menjadi tabiat dan sifat yang dominan,
pihak pemerintah dilihat sebagai pencadang dari pihak kerajaan yang
membentangkan agenda mesyuarat. Misalnya mengenai Belanjawan yang daripadanya
dipecahkan kepada berbagai-bagai sektor. Adalah menjadi tabiat dan sifat
pembangkang selalu mencari hujah dan isu-isu bagi membantah dan menyanggah apa
yang dicadangkan oleh pemerintah, walaupun dilihat apa yang dicadang itu baik
dan berfaedah kepada rakyat.
Sesuatu
yang serius boleh berlaku, jika majoriti yang dimiliki oleh kerajaan adalah
tipis dan suara sokongan tidak mencukupi, maka ianya boleh menggugat kerajaan
dan boleh membawa tumbangnya pemerintahan. Jika ianya dapat kekal sebagaimana
yang berlaku pada pemerintahan kini,maka kedudukannya tidak terjamin. Bila-bila
boleh jatuh dan boleh bertukar pemerintahan atau memerlukan kepada diadakan
pilihanraya yang bila diadakan pilihanraya dapat dicapai majoriti yang jelas
bagi yang boleh memerintah, tetapi kemungkinan majoriti tipis kembali berlaku.
Dalam keadaan yang tidak stabil, maka berlaku `lompat parti` bagi yang tidak berideologi
dan tidak berprinsip. Maka terdiri kerajaan yang sebahagian dari yang melompat parti. Atau jika ada
rundingan tawaran diberi kepada parti yang dapat menyertai yang mewujudkan majoriti. Menarik ahli dan lompat parti boleh
bertukar pemerintahan dalam tempaoh yang singkat dan biasanya tidak stabil dari
segi pemerintahan dan berlaku perlantikan kepada mereka yang tidak
berkelayakan, semata-mata ianya bagi
memuaskan hati bagi yang melompat atau kemungkinan berlaku pemerintahan
secara kerajaan campuran dari satu pihak
sebagai pemerintah dan satu pakatan antara bersama pembangkang yang membentuk kerajaan
campuran.
Adakah
wajar dibiarkan kebebasan menubuhkan parti mengikut kemahuan mereka yang
menubuhkannya yang ada kalanya digerak oleh motif tertentu ?
Sebagai reformasi dan pembaikan dari segi
pemerintahan berparlimen adalah tidak wajar dibiarkan atau diberi kebebasan
kepada siapa saja yang mau menubuhkan parti, maka dia dibiarkan menubuhkan
parti yang mau ditubuhkan tanpa mengira kesesuaian atau kewajaran.
Antara
penubuhan parti diakibatkan perselisihan pendapat di dalam pimpinan dalam satu
parti, maka yang tidak puashati dan tidak menguasai majoriti keluar dari parti
dan menubuhkan parti baru antaranya bagi melawan parti asal yang ianya pecahan
darinya. Ada yang menubuhkan parti atas dasar mau membela kaumnya, maka
tertubuh parti bagi membela puak dan kaumnya. Ada yang tertubuh atas dasar sentimen
kenegerian, maka tertubuh parti atau kumpulan parti bagi membela dan menjaga
kepentingan kenegerian, di samping sebahagian dibentuk parti atas dasar
ideologi parti yang mau diperjuangkan misalnya demokrat, republik, komunis,
liberal, pekerja, sosialis dan sebagainya.
Apakah
perlu banyak parti ditubuh di negara kita atau perlu dikawal kepada jumlah yang
dilihat dapat memanfaat rakyat dan negara- Perbincangan akan dilanjutkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment