PERSEMPADANAN DAN
PERUBAHAN
(Fikrah
Bangi: 839),
BBB: 09 Jamadil-Akhir 1442H. = 22 Januari 2021M.
(Juma`at).
Jika
dikira dari malapetaka dan permusnahan pertama dunia bermula dari tahun 1918-21,
iaitu musim perang dunia pertama, maka hingga kini sudah satu abad malapetaka
itu berlaku. Jika dikira dari zaman kacau bilau negara sejak 1969, maka hingga
kini yang merupakan zaman kegawatan dan kacau bilau, maka ianya berusia setengah abad.
Kegawatan
dan kacau bilau yang berlaku pada masa kini adalah lebih dahsyat berbanding
dengan kemusnahan dan kacau bilau yang lepas. Faktor kacau bilau pertama yang
sedang kita alami ialah wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita dan juga
dunia. Di dalam usaha yang dilakukan oleh pemerintah, banyak kemusnahan yang
berlaku. Antaranya kemusnahan dari segi ekonomi di dalam berbagai sektor. Ramai
mereka yang hilang pekerjaan. Berbagai sekatan terpaksa dihadapi seperti PKP,
PKPB, PKKPP dan PKPD bertujuan untuk membendung perkembangan wabak. Kehidupan yang berubah dari rutin kebiasaan menyebabkan 70% rakyat tertekan. Ramai yang
sakit jiwa, walaupun berbegai usaha dan bantuan disampaikan bagi meringankan beban
yang ditanggung mereka.
Permasalahan
besar yang dihadapi ialah dari segi pembelajaran. Sudah setahun persekolahan terganggu
dan sejak Rabu 20 Januari persekolahan dibuka kembali, tetapi dengan norma
baru. Semua pelajar mengikuti pengajian atas talian, kecuali yang mau menghadapi
peperiksaan penting seperti SPM, STPM, STUM dan yang setaraf kembali ke sekolah
bagi menghadapi peperiksaan yang tertangguh (sepatutnya November 2020).
Kerisauan berlaku di kalangan ibu bapa yang setengah daripada mereka tidak dapat membimbing anak-anak mereka,
kerana tidak dapat menguasai kaedah pembelajaran atas talian, selain dari yang tidak mempunyai
peralatan dan tiada liputan internet yang memuaskan.
Pelajar
pada pengajian tinggi juga terpaksa
menghadapi masalah yang sama – tidak dapat menghadir diri ke kampus dan terpaksa
mengikuti pengajian atas talian dan bagi pelajar baru masih belum menikmati
pembelajaran sebenar di kampus. Banyak lagi halangan yang terpaksa dihadapi
masyarakat.
Sebagaimana
tindakan yang diambil banyak negara di dunia mengisytiharkan darurat bagi
menyekat ancaman, maka demikianlah di negara kita, iaitu bermula pada 12 Januari
2021 hingga 01 Ogos 2021 di bawah perkara 150(1) perlembagaan negara. Tujuan
adalah untuk memberi tumpuan bagi mengekang wabak dan menyekat suara
orang-orang politik yang tak kira masa membuat tuntutan, termasuk menuntut
supaya darurat dibatalkan (BH: 15.1.21) yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
kepada keputusan yang dibuat oleh Yang DiPertuan Agong.
Kegawatan
yang berlaku di negara kita adalah kegawatan yang sama ditanggung oleh
negara-negara di dunia, ketika negara kita mengalami kes harian melebihi 4,000
kes dengan kematian melebihi 650, dunia seperti Amerika dengan kes sebanyak
hampir 25 juta dengan kematian sebanyak 411,520 diikuti negara-negara
seperti India 10,596442 (kematian 152,754),
Brazil 8575762(211.515), Rusia, UK, Perancis, Itali, Turki, spanyol dan German
dengan jumlah yang merisaukan, negara benar-benar menghadapi suasana yang
mengancam. Ancaman antara hidup mati. Sebab itu tumpuan harus diberi oleh semua
pihak secara bersatu memerangi wabak berkenaan dan melupakan sementara
soal-soal seperti politik. Penemuan vaksin setakat ini belum menampakkan kesan
ketara dari segi kesembuhan dan menurut WHO, wabak ini tidak akan hilang dalam
tempoh yang dekat.
Dalam
masa kegawatan yang dihadapi, kita juga sedang menghadapi kegawatabn politik
yang sejak kemerdekaan, bahkan selepas 1970an – setengah abad yang lalu kita
tidak pernah menghadapi berbagai-bagai kegawatan termasuk serentak dengan
politik, mau tidak mau di atas kegawatan 2020,kita akan hadapi zaman baru –
Zaman pasca-Covid yang tempoh berakhirnya belum diketahui, zaman perubahan
nilai yang kita sedang hadapi yang disifatkan zaman digital, zaman pemulihan ekonomi yang negara kita dan dunia
sedang berhempas pulas mengatasinya, kita seharusnya perlu menghadapi perubahan
dari segi politik. Sebagaimana semua bakal dihadapi adalah nilai baru, maka
pada bidang politik juga seharusnya bersifat baharu dan dinamik. Sebagaimana
disebut dari zaman kemerdekaan hingga kini politik kita dibayangi oleh dua tiga
watak dan kita terlepas peluang mendapat pimpinan kalangan generasi baru oleh
kerana sekatan ortodok yang ada di dalam sistem berparti itu.
Kita
telah bicarakan tentang reformasi dari segi berparti di negara ini, sistem
berparlimen – komponan-komponan pengawalan yang harus ada di dalamnya, sistem
ber-Dewan Negara – komponen dan pengawalan yang ada di dalamnya. Kita mau
melihat dinamika kekuasaan bukan saja dimiliki oleh orang politik, tetapi
disertai tokoh-tokoh penting berwibawa di luar politik, partisipasi kerajaan
negeri. Diharap dinamika ini dan tiada monopoli kekuasaan dan dimbangi, maka
ianya dapat mengelak dari perpecahan dan menjadi dorongan bagi mencapai
kemajuan.
Tidak
adakah cadangan yang menyimpang dari tradisi berpolitik yang berkar umbi di negara ini hingga dilihat ianya
begitu berkuasa dan tidak dapat digugat ?
Kita
perlu bergerak kepada zaman baru dan meninggalkan yang lapuk di dalam politik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment