VAKSIN
– MARUAH
(Fikrah
Bangi: 819),
BBB: 18 Jamadil-Awwal 1442H. = 02 Januari 2021M.
(Sabtu);
Pada
permulaan Corbid-19, awal 2020 seorang presiden di negara Amerika Selatan
bersama rakyatnya menyertai tunjuk perasaan menentang norma baru yang disarankan
seperti memakai pelitup muka dan
penjarakan. Donald Trump Presiden Amerika sendiri pada peringkat awal, tidak
serius dan menunjukkan keengganan memakai pelitup muka, sikap ini ditunjukkan
berdepan dengan khalayak. Tetapi negara kita menunujukkan kesiriusan sejak
diisytiharkan oleh WHO Covid-19 sebagai pendemik pada 13.3.2020. Selepas
mesyuarat khas tentang covid-19 pada 16.3.2020 Malaysia mengarah mulai
18.3.2020 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa selama dua minggu.
Sejak
kesedaran tentang bahayanya wabak Covid-19 yang bermula dari Wuhan China itu,
Malaysia mengambil tiga pendekatan:
1)
Laporan Harian Perkembangan
Tugas
ini dilakukan oleh Ketua Kementerian Kesihatan Malaysia yang diketuai oleh Tan
Sri Noor Hisham Abdullah. Beliau dan pasukannya melaporkan perkembangan harian
wabak Covid-19 melalui sidang akhbar pada setiap petang – Kecuali hari minggu
Tahap pemulaan memperlihatkan kejayaan memberangsangkan sehingga wabak dapat
dilandaikan ke tahap yang paling rendah pada Julai 2020. Tetapi wabak meningkat pada awal
Oktober 2020 selepas berlakunya Pilihanraya Negeri Sabah. Wabak berkembang di
Sabah dan negeri-negeri lain. Peningkatan berterusan hingga kepada peringkat mengatasi
Sabah seperti berlaku di Selangor.
Laporan
terkini bagi 1.1.2021 di Malaysia yang
jumlah terus meningkat:
Kes
keseluruhan 115.078 , Kes baharu 2,068 dan kematian adalah 474(+ 3).
Tertinggi: Selangor 776, Kuala Lumpur 457, Sabah 254, Johor
112, diikuti negeri-negeri yang lain yang kesnya makin menurun.
Berbanding
dengan peringkat global:
America
– confirm 20,445,654
Meninggal 354,215
Pulih 12,125,806
India
confirm: 10,286,709
Meninggal 149,018
Pulih 9,883,461
Brazil - Confirm 7,675,973
Meninggal 194,976
Pulih 6,747,065
Diikuti
negara-negara lain yang jumlahnya makin menurun.
Wabak
Covid-19 bukan suatu yang boleh dipermain-mainkan. Donald Trump dipersalahkan
merebaknya Covid-19, kerana kecuaiannya dari awal. Kalah dalam pilihanraya. Akibatnya Amerika adalah negara tertinggi
menerima wabak, sedangkan pemimpin seperti di Selatan Amerika menerima tamparan
atas kecelupran mulut mereka.
2)
Tahap Pengawalan Dan Kuatkuasa Undang-Undang
Dilakukan
oleh Kementerian Pertahanan dan Kuatkuasa
Undang-Undang Dalam Negeri. Laporan harian mengenai penguatkuasa
Undang-undang dilakukan oleh Menteri Pertahanan dan Kuatkuasa Undang-undang
Dato` Seri Ismail Sabri
Melalui
tahap-tahap:
1)
13.3.2020 - Covid-19 diisytihar oleh WHO sebagai
Pendemik seluruh dunia.
2)
18.3.2020 -Perintah Kawalan Pergerakan selama dua
minggu.. Adaptasi kepada norma baru.
3)
6 April 2020 Konsep zon.
Contoh Zon Mereh, Simpang Renggam, Johor, Sungai Lui,
Hulu Langat dan City Tower, Kuala Lumpur.
Hari
ini jangkitan meningkat kepada 3,793 kes, 102 positif (54%) dengan satu
kematian.
4)
14.4.2020 - Hari terakhir PKP tahap kedua. Dan mulai
15.4.2020 tahap ketiga PKP.
5)
11.5.2020 PKPB disambung
Seterusnya bertahap hingga Julai, Ogos, Oktober dan hingga
akhir Disember 2020. Melibatkan istilah PKP, PKPB, PKPP, dan PKPD.
6)
Terakhir PKP disambung hingga ke 31
Mac 2021.
Kawalan
memberi kesan yang baik, tetapi dari satu segi
mengganggu kegiatan ekonomi menyebabkan kelonggaran dilakukan bagi
membolehkan orang ramai bergerak dan mengaktifkan kegiatan ekonomi.
Gangguan-gangguan yang lain turut terencat seperti pendidikan, pelancongan dan
sebagainya.
3)
Tahap Penghasilan Vaksin
Maruah
negara-negara Barat seperti Amerika, Negara-negara Eropah, bahkan Rusia
tercalar, mereka terkapai-kapai di dalam menghadapi wabak Covid-19, bahkan mereka
lebih teruk. Tahap mereka adalah sama lemah dari segi ini dengan negara-negara
lain. Perlumbaan mencari vaksin adalah perlumbaan memulihkan imej mereka di
mata dunia. Mereka dapat menebus maruah mereka dengan penemuan vaksin oleh:
1)
Pfizer dari Amerika dengan kerjasama
German
2)
Astra Zanica – Modenas juga di Amerika
3)
Oxford University - England
4)
Sinovic – China
5)
Sputnik – Rusia
Dengan
penemuan vaksin di atas negara-negara Barat, terutama yang teruk mengalami
wabak Covid-19 adalah berjaya menebus maruah mereka dengan penghasilan
vaksin-vaksin berkenaan, walaupun setengahnya masih dalam proses ujian.
Seterusnya
bagi negara-negara lain termasuk Malaysia adalah pada tahap mengharap ihsan
dari negera-negara, khasnya penghasil vaksin untuk mendapat bekalan, tentulah
dengan kos yang bagi penghasil-penghasil akan mendapat pulangan yang tinggi.
Kita tidaklah mendapat keutamaan berbanding dengan Singapura yang telah
mendapat vaksin, sedangkan kita menunggu hingga akhir Februari atau Mac 2021.
Manakala vaksin dari Cina diuji di Sarawak.
Dalam
kata lain kita adalah dalam tahap mengharap ihsan dari negara-negara atau
syarikat-syarikat penghasil di atas.
Tidakkah
maruah negara kita Malaysia tercalar dan
tercabar ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment