May 19, 2008

SUKAN PASTI 2008

PASUKAN PASTI INGIN MENCABAR MU!
Dalam tempoh 20 tahun lagi mampukah mereka menjadi pasukan utama dari Malaysia yang mendominasi sukan bolasepak seterusnya mencabar kelab ternama dunia, Manchester United?

Insya Allah segalanya berkemungkinan dengan iltizam yang tinggi.
Menurut pengerusi PASTI Serdang, Hj. Shahrulnizam sukan bola sepak dan bola jaring peringkat Serdang ini diadakan bagi mencari pemain bagi mewakili kawasan Serdang diperingkat negeri yang akan diadakan pada 14 Jun tahun ini. Kawasan Serdang dan Puchong akan menjadi tuan rumah.

"Pada tahun lepas pasukan Serdang berjaya mengondol naib johan peringkat Selangor dan pada tahun ini kita mengharapkan selaku tuan rumah kita berharap dapat memperbaiki kedudukan itu".
Sdr. Zulkifli selaku pengarah temasya berpuas hati dengan penyertaan kali ini.
"Temasya ini disertai oleh 12 buah PASTI dan terdapat peningkatan dari segi mutu permainan .Kehadiran ibu bapa pula rasanya lebih ramai tahun ini berbanding tahun lepas. Mungkin faktor kemudahan stadium MPKj yang begitu selesa".

Mampukan PASTI Impian Ehsan mengekalkan kejuaraan untuk kali ketiga berturut-turut?
Meninjau persiapan rapi dengan komitment serta kerjasama guru, ajk dan ibu bapa memperlihatkan mengapa pasukan ini begitu disegani. Sdr. Azmale pengurus pasukan yakin mereka mampu melakukannya. Bagai mana pula PASTI ABQORI yang dilihat begitu menyerlah sepanjang temasya ini. Sewaktu berita ini ditulis perlawanan masih berlangsung. Sila dapatkan keputusan perlawanan dengan menonton di : worldtv.com/rjtv.

-MEDIA Bangi.









2 comments:

  1. Tahniah kerana berjaya menganjurkan sukan PASTI ini...tapi harus diingat jangan jadikan sukan ini kali terakhir diadakan di kompleks sukan yang canggih tu...Apa yang lebih utama difikirkan ialah bagaimana untuk mengekalkan kemenangan di Selangor ni, bagaimana nak menambahkan sokongan Melayu kpd PAS kerana kemenangan PR ini rasanya disebabkan sokongan kaum lain...majoriti Melayu masih kuat berpegang kepada UMNO...

    ReplyDelete
  2. pembetulan: sila layari http://worldtv.com/rjtv (tiada www) harap maklum

    ReplyDelete