May 16, 2008

SIAPA LESUNG, SIAPA ALU DAN SIAPA AYAM?

Jangan kita menjadi seperti lesung dan alu, yang kenyang ayam'

Media perdana dilihat cuba melaga-lagakan barisan Pakatan Rakyat bagi menimbukan rasa resah dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kerjasama Pakatan Rakyat, khususnya antara PAS dengan DAP.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat perlu bijak menilai segala berita atau cubaan yang dibuat media perdana bagi memburukkan kerjasama antara Pakatan Rakyat.

2 comments:

  1. Media perdana dilihat cuba melaga-lagakan barisan Pakatan Rakyat bagi menimbukan rasa resah dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kerjasama Pakatan Rakyat, khususnya antara PAS dengan DAP.

    Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat perlu bijak menilai segala berita atau cubaan yang dibuat media perdana bagi memburukkan kerjasama antara Pakatan Rakyat.

    "Saya suka berpijak di alam nyata pada hari ini, yang mana pada hari ini melalui pilihan raya umum, rakyat telah memecahkan tembok perkauman dan agama, sekali gus ia dilihat sangat menarik. Apa yang penting, bukan istilah tetapi objektif untuk mewujudkan perpaduan dan keadilan," jelas beliau dalam sesi dialog bersama media sempena Majlis Makan Malam Rakan Media PAS, di sebuah hotel di ibu kota, malam semalam.

    Keterbukaan PAS menerima kritikan yang membina penting bagi memperkasakan perjuangan nya. Terbukti melalui ucapan Ir. Mohd Nizar, MB Perak.


    "Kalau dulu saudara-saudara kritik dengan begitu hebat BN, maka sekarang untuk mengkritik Pakatan Rakyat juga perlu diteruskan, dalam menyatakan kebenaran," tegas beliau lagi, sambil menerima tepukan gemuruh daripada para blogger dan hadirin.

    ReplyDelete
  2. salam, dr.. saya mengalu-alukan dr untuk datang ke masjid hasanah dengan rasmi.

    ReplyDelete