January 29, 2012

Menyampaikan Skim Bantuan Cermin Mata Kepada Pelajar-Pelajar Bermasalah Dari Segi Penglihatan

Pejabat Adun Bangi, 04 Rabiul Awal 1433 = 28 Januari 2012 (Sabtu):


Salah satu Skim Bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan & Kerajaan Prihatin ialah Skim Bantuan Cermin Mata kepada pelajar yang bermasalah dari segi penglihatan. Bagi menjayakan skim ini para Adun diminta memperuntukkan sejumlah RM10,000 bagi memenuhi keperluan skim ini. Bagi menjayakan skim pihak Pejabat Adun Bangi telah berusaha mendaftar pelajar-pelajar bermasalah dari segi penglihatan mata di seluruh Dun Bangi. Seramai 100 orang daripada mereka dikenalpasti mempunyai masalah penglihatan mata. Mereka telah diperiksa oleh Dr. Mata sejak Disember 2011 bertempat di Sekolah Kafa Ibntegrasi Istiqamah, Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Daripada 100 tersebut dikenalpasti mereka yang benar-benar bermasalah dari segi penglihatan ialah serama 20 orang. Untuk mereka telah disediakan cermin mata yang sesuai dengan mereka. Kos bagi setiap cermin mata yang disiapkan ialah RM100/=.


Pagi ini pelajar-pelajar dan ibu bapa pengiring mereka dijemput hadir ke Pejabat Dun Bangi untuk penyerahan cermin mata-cermin mata berkenaan. Walau bagaimana sebahagian daripada mereka sahaja yang dapat hadir bersama-sama pengiring-pengiring mereka. Sebelum penyerahan Adun Bangi mengucap syabas dan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir ke Majlis Pertama Kali Diadakan Bagi Penyerahan Cermin mata. Kata Adun, ``Kerajaan Negeri Selangor amat memberi perhatian terhadap kesihatan pelajar-pelajar, khususnya kesihatan mata. Sebagai organ penting bagi penglihatan, maka pelajar-pelajar dan ibu bapa diharap dapat mempastkan kesihatan kanak-kanak agar mereka membesar di dalam keadaan sihat dan riang. Sebarang sakit mata atau rabun hendaklah dirujuk kepada hospital Pakar Mata agar pembaikan dapat dilakukan. Ingatlah kehilangan penglihatan akan menyukarkan kehidupan dan terpaksa bergantung harap pada orang lain.

Lima pelajar yang datang bagi menerima cermin mata yang disampaikan oleh Adun Bangi ialah:


1) Nor Fatin Qistina bt. Mohd Azhar dari Taman Jasmin

2) Mior Mohd Haris bin Mior Kamaruzzaman dari Kafa Istiqamah, Bandar Baru Bangi

3) Fuad Muzakkir bin Saim dari Taman Jasmin

4) Raibati A/P Manikam dari West Country

5) Sukantini A/P Rama Sundram, Taman Cendana, Sungai Chua.

Adun telah menyerah dan memakaikan cermin mata kepada pelajar-pelajar yang menerima bantuan dari kerajan negeri serta mempastikan mereka dapat melihat dan membaca secara lebih baik dan selesa. Bagi pelajar yang belum mengambil cermin mata mereka, harap dapat berhubung dan datang mengambil cermin mata di Pejabat Adun, pada waktu-waktu pejabat.

Jamuan tengahari disediakan pada hari ini kepada pelajar-pelajar dan juga ibu bapa dan pengiring-pengiring mereka.



Kita berharap pelajar-pelajar yang menerima skim bantuan cermin mata dapat melihat dengan lebih baik dan lebih selesa di dalam menghadapi pelajaran. Insya Allah.

Sekian.

1 comment:

  1. masih memohon atau tidak? saya sangat memerlukan cermin mana hm

    ReplyDelete