September 10, 2016

DATO` SERI AZMIN ALI MENYAMPAIKAN CEK RM4 JUTA KEPADA MASJID AL-UMM: BERSAMA JAMUAN RAKYAT


Masjid Al-Hasanah, BBB,  07 Dzul Hijjah 1437 = 09 September 2016 (Jumaat):
Sebaik selesai solat Juma`at pada tengahari hari ini bertempat di Masjid Al-Hasanah,  Bandar Baru Bangi Y.A.B. Dato` Seri Mohamed Azmin bin Haji `Ali Dato`  Menteri Besar Selangor menyampaikan cek bernilai RM4 juta kepada Masjid al-Umm, Mock cek dan cek sebenarnya  diserahkan oleh Y.A.B.  Dato` Seri Azmin kepada  Ybhg. Dato` Dr. Haron Din selaku Penaung dan Penasihat kepada Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm di hadapan para jamaah yang menunaikan solat fadhu Jumaat yang memenuhi ruang masajid tersebut.
Y.A.B. tiba tepat pada waktu bermulanya azan Jumaat. Majlis yang sepatutnya diadakan secara ringkas  setengah jam sebelum masuknya waktu Jumaat ditangguhkan kepada selepas solat  Jumaat, agat majlis tidak tergesa-gesa. Selepas solat  yang khatib yang juga mengimami solat Jumaat, iaitu Tuan Hanifuddin Roslan   selesai memimpin solat, majlis bermula dengan juruacara menjemput Ybhg. Dr. Shafie Abu Bakar   (Penulis) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm menyampaikan ucapan alu-aluan di hadapan para jamaah yang antaranya hadir menyambut kehadiran Y.A.B. Dato` Seri Menteri Besar ialah YDH Dato` Orang Kaya To` Engku Maha Bijaya Hulu Langat Tuan Abdul Jalil Bin Dato` Abdul Ghani, Orang Basar Daerah Hulu Langat, Y.B. Ustaz Shafie Ngah, Ahli Dewan Undangan Negeri, Bangi, Ybhg. Dato` Dr. Haron Din, Y.B. Tuan Haji Razali Hassan ADUN, Dusun Tua, Y.B. Tuan Mat Shuhaimi bin Shafie ADUN Sri Muda.


Turut hadir Y.B. Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Y.B. Dr. Mohd Nor Manut Ahli Dewan Negara, Tuan Haji Zulkifli bin Khalid Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat, Tuan Hanifuddin bin Roslan Pegawai Tadbir (Tuan Kadhi) PAID, Hulu Langat, Hj. Sayuti Bin Bakar YDP MPKj, Tuan Hamid YDP MPAJ, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan para jamaah solat Jumaat.
Sebelum penyampaian cek di atas, Penulis selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm berucap ringkas. Selepas mengalu-ngalukan para tetamu di atas Penulis   mmengucap syukur ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta`ala, iaitu selepas hampir tiga tahun pembinaan (mula dibina pada 10 Disember 2013) dan tergendala buat seketika selepas pembinaan sebanyak 96%, kerana kekurangan wang, maka  pada hari Jumaat dan selepas solat Jumaat yang berkat, pihak AJK Pembinaan dan Pengimarahan bersyukur dan al-Hamdulillah kerana pihak Y.A.B. Dato` Seri Azmin Ali datang sendiri menyampaikan cek RM4 juta bagi menampung kekurangan yang dihadapi oleh pihak Masjid. Al-Hamdulillah syukur. Usaha memohon peruntukan ini telah lama dilakukan sama lamanya dengan sejak permulaan pembinaan Masjid Al-Umm. Beberapa kali tarikh penggunaan masjid ini ditangguhkan. Kehadiran Y.A.B. sendiri ke sini bagi menyampaikan cek adalah bertepatan dengan masa dan keperluan mendesak Masjid al-Umm dan diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Penulis menyebut bahawa, kejayaan pembinaan Masjid Al-Umm yang hampir siap ini, adalah bergantung kepada banyak pihak. Penulis menyebut bahawa pihak AJK Pembinaan dan Pengimarahan Masjid al-Umm mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor yang telah melulus dan menggezetkan tanah bagi tapak Masjid Al-Umm, terima kasih  kepada  pihak MAIS-JAIS yang memberi kelulusan bagi pembinaan Masjid  Al-Umm. Paling penting Penulis menyebut ialah kemurahan hati  orang ramai, khususnya penduduk Bandar Baru Bangi yang terus menderma bagi pembinaan masjid yang sehingga kini derma dari orang ramai berjumlag RM15 juta yang digunakan bagi pembangunan fizikal masjid yang tersergam indah itu.
Penulis memaklumkan, bahawa duit sejumlah 4 juta akan digunakan, iaitu RM2.6 juta bagi membayar  kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontrektor dan sub-sub kontrektor, Rm1 juta lagi akan digunakan bagi membayar hutang individu yang memberi pinjam kepada pihak masjid bagi menyiapkan pembangunan masjid., Baki  akan digunakan bagi menyiapkan kerja-kerja yang masih belum siap.


Pihak Jawatankuasa menjangkakan dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan negeri ini dapat menyegerakkan pembangunan dan menyiapkannya. Adalah diharap kata Penulis, masjid ini akan dapat digunakan pada akhir tahun ini atau paling tidak pada awal tahun 201`7 kelak Insya Allah.
Penulis menyebutkan, walaupun peruntukan RM4 juta ini insya Allah dapat menyiapkan pembinaan bangunan dan keperluan-keperluan utama, namun bagi menyempurnakan keperluan masjid, pihak Ajk masih memerlukan peruntukan seperti pembinaan kawasan parkir di  Jalan masuk ke Masjid dan berhadapan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Dua (telah mendapat kebenaran TNB ). Bagi menyempurnakan kawasan parkir di bawah rintis cable TNB seluas hampir  satu setengah ekar ini memerlukan peruntukan tak kurang dari satu juta ringgit. Pihak Jawatankuasa juga membuat perancangan menaik taraf bangunan kediaman (semi D) yang dijadikan Surau sementara  itu  (Surau Al-Umm) kepada bangunan rumah imam atau asrama bagi pelajar-pelajar Tahfiz dan sebagainya. Ini juga memerlukan peruntukan lebih dari satu juta ringgit. Kata Penulis, pihak Jawatankuasa mengharapkan bantuan dan peruntukan dari bajet kerajaan negeri pada masa akan datang. Penulis mengakhiri ucapan ringkas dengan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, khusus Y.A.B. Dato` Seri Azmin Ali yang sudi hadir  menyampaikan cek. Penulis juga bagi pihak AJK  mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid Al-Hasanah kerana memberi kerjasama menggunakan Masjid  bagi mengadakan majlis. Seterusnya kepada semua pihak bagi menjayakan pembinaan Masjid Al-Umm dan bagi menjayakan majlis yang agak ringkas, tetapi amat bermakna terutama bagi Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Umm.
Sebagai melahirkan rasa terima kasih selepas penyampaian cek kepada Ybhg. Dato` Dr. Haron Din selaku Penaung dan Penasihat AJK Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, Penulis selaku Pengeruisi Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm menyampaikan cendera hati berupa buku-buku  buah tangan Dato` Dr. Haron Din, buku tulisan Penulis dan buku dari Masjid al-Hasanah.


Selesai Majlis Ringkas penyampaian cek, Y.A.B. Dato` Seri Azmin, semua pegawai-pegawai dan para jumaah dijemput ke jamuan rakyat di pekarangan Masjid al-Hasanah dengan tiga ribu jamaah yang hadir. Y.A,B.  Duduk di meja bersama dengan Dato` Dr. Haron Din dan tetamu-tetamu yangf lain. Antara topik yang dibincangkan masalah kesihatan, terutama berhubung dengan Dato` Dr. Haron Din yang akan berangkat ke luar negara esok bagi memeriksa kesihatan dirinya. Beliau mendoakan agar Dato` Dr. Haron Din akan kembali pulih kesihatannya bagi meneruskan  khidmatnya terhadap masyarakat dan umat.
Dato` Seri Azmin yang dijangka membatalkan program melawat bangunan Masjid Al-Umm, atas  permintaan  menarik balik pembatalan dan bersedia singgah bagi melihat bangunan Masjid Al-Umm yang peruntukan baginya sebanyak RM4 juta  diserahkan itu.
Bila mengetahui program lawatan diterima dan diteruskan, kami segera berkejar ke Masjid Al-Umm   bagi menyertai Y.A.B.Dato` Seri Menteri Besar bersama dengan mereka yang menunggu di sana untuk sama berpeluang menemui Y.A.B. Dato` Menteri Besar, Selangor.

Sekian.

No comments:

Post a Comment