January 30, 2018

BERDEPAN DENGAN PEMBELAJARAN TAKMILAH


Sesungguhnya untuk menegakkan kebaikan
Tidak semudah menyatakan secara kalam
Masjid  Al-Umm ini sejak tujuh tahun berlalu
Di sepanjang jalan onak-duri ujian
Bersifat  dalaman dan juga luaran
Bermula dari perlantikan jawatankuasa
Kita menjunjung amanah  umat  percaya
Mau segalanya sebaik terlaksana
Itulah kita usahakan.

Ketika cahaya harapan itu kelihatan
Dengan sama usaha pihak berwibawa
Kami datang  untuk mendapat jawapan
Demikianlah sesudah solat zohor di Masjid Negeri
Segera kami hadir atas jemputan di bilik mesyuarat
Di Bangunan Selatan Tingkat Sembilan
Terkejut juga kami dapati disertai
Yang tidak diajak menyertai
Ia pertanda ujian mukaddimah Takmilah
Harapan bersatu pendapat tapi bercanggah
Perbincangan mengenai Masjid Al-Umm
Di bawah lapisan adalah Takmilah pengajaran.

Selepas huraian pihak berkuasa
Diminta penerangan  tentang masjid
Yang hampir seratus peratus siap
Bahawa kami bergantung pada kelulusan CPC
Dengan solat berjamaah dan kegiatan terhad
Mencontohi masjid yang sama keadaan
Menjalankan kegiatan sepenuhnya tiada sekatan.

Sahabat bersama menyertai
Menerangkan usaha-usaha peringkat akhir
Bagi mendapat  kelulusan CCC
Tetapi gading mana tidak retak
Banyak  perkara dipermasalahkan
Sekecil perkara ditimbulkan
Dengan memahami Takmilah
Pengajaran segala kekurangan diperbaiki
Itulah janji kami hantarkan
Pergi kami dengan harapan
Pulang kami dengan permasalahan
Doa kami kepada ALLAH
Mohon segalanya dipermudah
Insha Allah.
Bangunan JAIS, Shah Alam,
12 Jamadil-Awwal 1439H.

29 Januari 2018M. (Isnin).

No comments:

Post a Comment