BBB, 12
Rabi`ul-Akhir 1439H. = 31 Disember 2017M. (Ahad):
Sejak Masjid al-Umm mula digunakan bermula pada Sabtu 27 Rabi`ul-Awwal 1439
bersamaan 16 Disember 2017 sempena menyambul
Maulid al-Rasul, maka aktiviti bersolat bermula pada hari itu dengan
bersolat zohor dan seterusnya dengan
solat-solat yang lain.
Turut bermula ialah tradisi tazkirah imam bertugas membaca
ayat-ayat Al-Qur`an dari Al-Tafsir al-Mujiz oleh al-Zuhaili atau membaca kitab
Mutiara Hadith yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Sebelum tahun baru ini sudah ada pengajaran
Hadith Ibn Abi Jamrah (Mukhtasar Hadith Bukhari). Antara Maghrib-Isya`
dikendalikan oleh Imam Ustaz Abdul Rahman Harman Shah, imam dari Surau al-Nur
dan juga Imam Sambilan bagi Masjid al-Umm.
Mulai dari awal 2018 ini pengajian akan
ditingkatkan dengan penambahan bidang
pengajaran dan guru-guru berkenaan, masanya antara maghrib dan Isya`
seperti:
Pengajain Al-Qur`an oleh Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim setiap Isnin miinggu kedua.
Pengajian Fiqh oleh Ustaz Mohd. Hashim bin
Nawawi setiap Isnin minggu keempat.
Pengajian `Aqidah oleh Dr. Shafie bin Abu
Bakar tiap Selasa minggu pertama dan ketiga.
Pengajian Hadith oleh Ustaz Hj. `Abdul Rahman
bin Harman Shah stiap Rabu minggu pertama, 2 & 4.
Pengajian Tafsir oleh Dr. Abdul Wahab bin Md. Salleh,
tiap Rabu Minggu ketiga.
Pengajian Al-Qur`an oleh Dr. Hasnan Kasan,
setiap Khamis minggu ketiga.
Yasin dan Tahlil oleh Imam bertugas, setiap minggu pertama,
dua dan empat.
Manhaj Ilmu Fiqh oleh Ustaz Ahmad bin Haji
Hasbullah setiap minggu kedua dan keempat.
Pengajian Tasawuf oleh Dato` `Abdullah Md. Din
tiap minggu pertama dan ketiga.
Pengajian akan ditambah bagi mengisi
waktu-waktu yang masih kosong bila ada guru-guru berkenaan.
Semua pihak adalah dijemput untuk bersolat jamaah
dan mengikuti pegajian di Masjid al-Umm.
``Marilah kita bersama mengimarahkan Masjid
al-Umm. Semoga dirahmati dan diberkati Allah.``
Terima kasih.
Sekian.
No comments:
Post a Comment