BBB, 11 Rabi`ul-Akhir 1439H. = 30 Disember 2017M. (Sabtu):
Hari ini adalah kali ketiga diadakan gotong
royong di Masjid al-Umm.
1) Gotong royong pertama pada Sabtu 9 Disember
seminggu sebelum mengadakan sambutan Maulid al-Rasul yang diadakan di masjid
ini pada Sabtu 16 Disember 2017 yang disertai lebih kurang 100 orang peserta.
2) Sehari sebelum sambutan Maulid al-Rasul Kumpulan
Firdaus dari Shah Alam dengan peserta muslimat lebih kurang 50 orang yang
kebanyakannya muslimat juga mengadakan gotong royong yang berlainan lokasi dari
minggu lepas, iaitu pada tingkat atas yang antaranya teredapat ruang muslimat.
Kumpulan Firdaus tidak saja bergotong royong dan menghadiahkan peralatan tetapi
memberi sumbangan, Al-Qur`an, rehal, kerusi untuk OKU bersolat, sejadah,telekung dan mekana
solat muslimat dalam jumlah yang banyak.
3) Hari ini 30 Disember 2017 bersamaan 11
Rabi`ul-Akhir 1439H. gotong royong bertujuan
membersih ruang solat dan anjung bagi aras utama Masjid dan juga membersih dan menyediakan
ruang pejabat bagi pegawai-pegawai Masjid al-Umm.
Pembersihan terhadap ruang ialah sebagai membantu
hanya seorang `Tukang Bersih` yang merupakan pekerja harian, tetapi dengan tenaga perseorangan
tidak berkesempatan membersih semua ruang masjid. Dengan gotong royong ini
dapat dilakukan pembersihan pada aras utama secara menyeluruh, iaitu ruang yang
utama digunakan.
Bagi melaksanakan gotong royong membersih ruang ini seramai
lebih kurang 40 orang lelaki dan perempuan turut hadhir. Masing-masing membawa
peralatan mencuci yang bersih terutama bagi yang membersih ruang utama anjung
dan serambi bagi kanan-kiri masjid.
Antara mereka membawa peralatan seperti mob, penyapu, pengelap, bahkan seorang
dari mereka menghadiahkan sebuah vacume
untuk membersih ruang dan lantai.
Manakala
sebahagian daripada mereka membersih ruang pejabat bagi tenaga kerja
Masjid Al-Umm. Selama ini pejabat mereka bertempat di salah satu unit di Medan
Usahawan di luar dari kawasan masjid. Dengan penggunaan Masjid al-Umm mereka
juga wajar berpindah bagi memudah dan mendekatkan kerja dengan masjid dan orang
ramai yang datang berurus, selain daripada itu dengan adanya petugas-petugas di dalam kawasan masjid, bahkan berdekatan
dengan ruang masuk ke masjid mereka boleh mengawasi dan menjaga keselamatan masjid dan
juga keselamatan harta benda masjid, terutama waktu antara pagi ke waktu zohor
dan dari waktu zohor ke asar bila tiada jamaah, Dengan beradanya pejabat pada
permulaan masuk ke masjid memudahkan orang ramai berurusan dengan masjid, juga memudahkan orang ramai bertemu
dengan AJK yang mentadbirkan masjid di pejabat bila diperlukan.
Selain daripada itu orang ramai turut membawa
atau menghantar makanan terdiri dari nasi briani, mee goreng, cakes, nasi lemak,
pisang dan berpeti-peti air mineral.
Setelah lebih kurang 2 setengah jam bergotong royong bermula dari jam 9.00
pagi, maka gotong royong tamat jam 11.30 pagi. Selepas itu para peserta gotong
royong menikmati makanan yang di bawa oleh peserta-peserta atau dihantar oleh
penderma-penderma dengan duduk atas lantai
sambil makan sambil berbual. Hingga kepada peringkat akhir makanan terus dibawa
dan dihantar, walaupun setengah peserta gotong royong telah pulang,. Manakala
ruang pejabat dapat dibersih dan disusun peralatan bagi perpindahan akan bermula pada Selasa
2 Januari 2018 sempena awal tahun baru Masihi
2018.
Kerja gotong royong hari ini berjalan lancar dan
berjaya –Syukur kepada Allah dan al-hamdulillah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment