BBB, 03
Rabi`ul-Akhir 1439H. = 22 Disember
2017M. (Juma`at):
Selepas bermulanya pembinaan Masjid al-Umm
pada 10hb. Disember 2013, maka tarikh
permulaan penggunaan Masjid al-Umm adalah dianggap tarikh penting, kerana
dengan penggunaan akan menjawab
persoalan yang sering diterima dan ditanya oleh penduduk Bandar Baru Bangi
(BBB), ``Bila lagi masjid mau digunakan ?``
Menurut mereka. ``Melihat dari luar, masjid kelihatan seperti
siap sepenuhnya !
Memang benar pendapat mereka, masjid pada
dasarnya telah siap, namun untuk menggunakannya perlu patuh kepada procedure
yang dikehendaki dan lulus C.P.C dari arkitek dan Kontrektor. Kelulusan
dikeluarkan oleh pihak berkenaan pada
14.12. 2017. Berita kelulusan ini amat menggembirakan AJK Pembangunan dan
Pengimarahan Masjid Al-Umm. Ini ialah kerana sebelum dari tarikh beberapa persediaan
telah dilakukan.
Pihak Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan
Pengimarahan Masjid al-Umm melalui mesyuarat bulanan terakhirnya - November 2017 pihak Masjid al-Umm mengambil
inisiatif bahawa pada tahun ini Masjid al-Umm, wajar mengadakan sambutan Maulid al-Rasul pada 16 Disember 2017 = 27
Rabi`ul-Awwal 1439H.,. Walau bagaimana, meskipun hampir keseluruhan menyambut
baik cadangan menyambut Maulidul Rasul ini, namun tanpa diduga ada juga yang
tidak menyetujui dan menentang cadangan menyambut Maulid al-Rasul yang antara
alasannya, ialah Masjid al-Umm belum siap sepenuhnya, jika mau diadakan
seharusnya selepas mendapat CCC.
Sebenarnya
pihak Jawatankuasa Teknikal yang diketuai oleh Ir. Tuan Haji Ishak
Arshad telah berusaha bagi mendapat CPC, sebelum tibanya tarikh sambutan yang hendak
diadakan. Program telah diatur sedemikian rupa. Pada Sabtu 9 Disember telah
diadakan gotong- royong bagi membersihkan masjid, sambutan dan kehadiran amat
menggalakkan. Seramai lebihkurang 100 orang peserta telah hadir antaranya
sebelum 9.00 pagi dengan membawa peralatan pembersihan. Mereka terdiri dari
orang dewasa, muslimat dan anak-anak. Ada antara mereka membawa atau menghantar
makanan tambahan selain dari yang disediakan oleh pihak masjid. Kerja dilakukan
hingga tengahari (12.00 t.h.). Pihak AJK amat berpuashati di atas kerjasama penduduk
dan ahli kariah melaksanakan gotong royong dengan secara ikhlas. Dapat dikatakan tidak ada yang
tidak mau masjid dibukakan dengan segera,
kerana ianya ditunggu-tunggu sejak empat tahun yang lalu.
Satu peristiwa yang bersejarah dan
ditunggu-tunggu, ialah rasminya pihak Masjid Al-Umm mendapat C.P.C. pada 14
Disember 2017 yang bererti tanggungjawab terhadap Masjid Al-Umm dipindahkan kepada AJK
Masjid Al-Umm, namun dalam tempoh berkenaan pihak kontrektor masih terikat
dengan keperluan menyiapkan perkara-perkara yang tidak disiapkan dalam tempoh
tertentu. Namun perolehan C.P.C ada
yang mempertikaikannya, kononnya ada perkara-perkara yang perlu disiapkan.
Pihak yang meluluskan C.P.C. adalah pihak professional dan tidak patut
dipertikaikan. Kita menerima C.P.,C. dengan rasa syukur dan ianya bertepatan
dengan perancangan untuk mengadakan sambutan Maulid al-Rasul dua hari selepas
mendapat C.P.C.
Secara mengejut pada hari Juma`at 15 Disember 2017
pihak Kumpulan Firdaus dari Shah Alam menawarkan diri untuk membersih aras satu
(atas dari aras utama) yang sebelum ini belum dibersihkan. Tawaran ini yang
diberitahu beberapa hari sebelum adalah diterima baik. Mereka datang dengan 50
orang peserta gotong royong kebanyakannya muslimat yang diketuai Ustazah Masni
dan Puan Nasibah. Mereka membawa peralatan membersih dan tidak perlu
menyediakan makanan untuk mereka, kerana mereka menyediakan semuanya. Adalah
dimaklumlan kepada kita, ada pihak yang memaklumkan kepada pihak PAID tentang
gotong- royong berkenaan. Kepada pihak PAID kita menyatakan bahawa pihak Masjid
telah mendapat C.P.C. dan perolehan
C.P.C. ini diberitahu kepada pihak PAID pada hari ini (15 Disember 2017). Peserta
gotong royong berkenaan bekerja dari pagi hingga jam 3.00 petang.
Sementara pihak Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm pada petang Jumaat, lebih kurang jam
6.00 petang dihubungi oleh PAID dan meminta agar sambutan Maulid al-Rasul esok dibatalkan (mungkin atas desakan pihak
tertentu). Pengerusi memaklumkan pihak masjid telah mendapat C.P.C. Kita
membelanjakan lebih dari RM10,000/= bagi sambutan berkenaan apakah ianya mau
digagalkan begitu saja dan sebagai hujah kita, dari lawatan AJK Masjid Al-Umm terhadap
masjid tertentu, masjid berkenaan beroperasi selepas mendapat C.P.C dan hingga
kini belum mendapat CCC, kita berharap di dalam hal ini tidak berlaku double
standard ! Pihak Pengerusi tidak memaklumkan perkara ini kepada AJK agar tidak
menimbulkkan kekecohan. Perkara ini hanya diberitahu dalam mesyuarat Khas pada
19 Disember 2017. Solat berjamaah diteruskan selepas sambutan Maulid al-Rasul.
Syukur kepada Allah semua perancangan berjalan dengan baik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment