BBB, 02 Rabi`ul-Akhir 1439H. = 21 Disember
2017M. (Khamis):
Seterusnya Dr. Abdul Rahman Mahmood bercakapa
tentang masjid merupakan simbol kehebatan Islam. Masjid sebagai simbol dia
adalah biasanya didirikan di tengah kawasan kependudukan dan ianya menjadi
`land mark` bagi sesuatu kawasan. Jika di bandar ia berada di tengah kawasan
bandar dan jika di kampung ia berada pada pertengahan kampung. Selain daripada
berada di tengah kawasan kependudukan, bangunan masjid mempunyai ciri-ciri tersendiri
dengan kubah dan menara kelihatan berada lebih tinggi daripada
bangunan-bangunan yang lain melambangkan ketinggian Islam yang tidak ada lebih
tinggi dari Islam. Ianya juga mungkin lebih besar dari bangunan biasa. Misalnya
bangunan masjid adalah lebih besar dari
rumah perseorangan. Dari segi seni binanya ianya berfalsafah tauhid. Ini
dapat dilihat dari kubah dan
menara-menara menuju ke arah tinggi yang melambangkan perjalanan kualiti dan
rohani menuju kepada Yang Maha Tertinggi. Banyak elemen yang berbentuk bulat pada
masjid seperti kubah, menara dan tiang-tiang mengambil bentuk bulat yang bulat
adalah lambang semperna yang melambangkan kesempurnaan Allah Ta`ala.. Dari
menara ini juga tersebar kalimah shahadah apabila dikumandangkan azan oleh
muazzin pada setiap masuknya waktu solat. Ianya juga adalah melambangkan penyatuan
umat Islam dari segi akidah, bahkan mereka hadir berjamaah pada setiap waktu
yang melambangkan masyarakat umat Islam adalah umat yang bersatu padu.
Masjid sebagai lambang kehebatan Islam, bukan
saja dapat dilihat ianya sebagai bangunan utama dan unggul bagi masyarakat umat
Islam, tetapi kehebatan juga dapat dilihat dari segi ramainya mereka, terutama
pada hari Jum`at mereka berduyung duyung ke masjid menunaikan solat Jumaat dengan jumlah yang ramai yang
menggerunkan musuh. Perhimpun secarai ramai ini juga dapat dilihat pada solat
hariraya idul Fitri dan juga solat `Idil Adhha.
Masjid sebagai lambang Islam dapat dilihat,
bahawa dengan masjid masyarakat dapat bekerjasama, bergotong royong mengeluarkan
derma bagi pembinaan masjid atau bagi
berbagai tujuan kebajikan.
Sesungguhnya melalui masjid dapat menyatukan
umat.
Penyatuan melalui ibadat yang meletakkan
manusia sama rata dan tiada kelebihan, kecuali dengan taqwa, semuanya tunduk
dan patuh kepada Allah. Melalui masjid melambangkan penyatuan umat dan kerjasama
di antara mereka. Mereka menerima nasihat dan panduan sekurang-kurangnya satu
kali seminggu melalui khutnah yang disampaikan, nasihat dan pengajaran didapati adalah melalui pengajian yang
dianjurkan oleh masjid. Umat Islam tidak digalakkan mengasingkan diri, bahkan
mereka digalakkan berjamaah yang melambangkan penyatuan mereka.
Melalui masjid juga melambangkan budaya
setempat. Misalnya bagi masjid ada seni bina khusus yang bersiaft kudus, jika
di bandar mungkin senibina sering mirip dan
ada kesamaan dengan elemen seni bina Timur Tengah, manakala masjid di kampung melambangkan seni bina
tempatan yang mencerminkan seni bina setempat misalnya binaan dari kayu dan
mempunyai unsur-unsur tempatan.
Masjid adalah merupakan bangunan yang
beridentiti Islam, ianya merupakan binaaan yang paling banyak di dalam masyarakat
Islam yang menjadi pusat bagi umat beribadat dan meneruskan berbagai-bagai
nilai keislaman yang ditarbiahkan melalui masjid.
Sekian.
No comments:
Post a Comment