December 17, 2017

SYUKUR DAPAT MENYAMBUT MAULID AL-RASUL DI MASJID AL-UMM


BBB: 27 Rabi`ul-Awwal 1439H. = 16 Disember 2017M. (Sabtu):
Bersyukur kepada Allah program yang diatur sejak sebulan yang lepas bagi menyambut Maulid al-Rasul s.a.w.  berjalan dengan baik pada hari ini.


Majlis yang berlangsung mulai dari jam 9.00 pagi itu merupakan kali pertama  sambutan selepas  Masjid Al-Umm mendapat C.P.C. dan menepati jangkaan dihadiri lebih kurang 500 orang.
Hadir pada pagi ini ialah Al-Fadhil Ustaz Nazri Pemangku Pegawai Tadbir  yang juga Ketua Bahagian Pentadbiran Masjid, PAID, Hulu Langat, Dr. Abndul Rahman Mahmud  Pengarah  Pusat Islam, UKM, Dato` `Abdullah bin  Mat Dan Nazir Masjid al-Hasanah, Ustaz Hasim Harun dari Institut Pendidikan Islam Bangi, Ar . Haji Raja Fuaddin dari Urusbina, Sdn. Bhd. Ir. Haji Ishak bin Arshad Pengerusi JK Teknikal dan ahli-ahli jawatankuasa.
Majlis berlangsung di ruang utama solat Masjid Al-Umm dengan kaum lelaki secara bersila pada bahagian hadapan dan pada bahagian  sebelah kanan serambi masjid, manakala bahagian muslimat pada bahagian belakang dan sebelah kiri serambi masjid. Sebahagian daripada mereka berada pada bahagian anjung pada bahagian hadapan masjid.
Majlis bermula dengan pembacaan doa oleh Ustaz Ahmad Hasbullah yang juga sebagai pengacara majlis. Selepas itu Majlis Sambutan Maulid al-Rasul dibuka dengan bacaan Al-Qur`an. Qari bagi bacaan Al-Qur`an ini dijemput khas dari Institut Perguruan Islam Bangi, beliau ialah  Ustaz Hasim bin Harun Guru Al-Qur`an dan  Tarannum di institut tersebut.


Selepas itu para hadirin mengikuti penerangan dan perkembangan  pembinaan Masjid Al-Umm yang disampaikan oleh Ir. Tuan  Haji Ishak selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal  dan Timbalan Pengeruisi Jawatankuas Pembangunan  dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Selepas dari penerangan aspek teknikal Masjid Al-Umm Dr. Shafie bin Abu Bakar menerangkan latar belakang pembinaan masjid yang bermula dari Surau al-Umm kepada Masjid yang memakan masa selama tujuh tahun, iaitu 3 tahun perncangan dan empat tahun pembinmaan. Turut diterangkan mengenai perancangan bagi mengisi kegiatan-kegiatan masjid pada masa mendatang.
Puncak dari Majlis Sambutan Maulid al-Rasul ialah  tazkirah dan ceramah yang disampaikan oleh Dr. Abdul Rahman Mahmud  Pengarah  Pusat Islam , UKM. Beliau menceritakan perjuangan Rasulullah s.a.w. pada zaman di Makkah dan juga Madinah, termasuk sikap penentang dan pendukung yang akhirnya membawa kepada kemenangan Islam.


Majlis yang dirancang hingga kepada solat zohor itu diisi selepas penyampaian ceramah oleh Dr. Abdul Rahman Mahmud  dengan solawat kepada Junjungan Nabi Muhammad  s.a.w. Solawat ini dipimpim oleh Pasukan salawat dari Surau Damai yang diketuai oleh Tuan Haji Abdullatif. Semasa salawat ini semua hadirin lelaki dan perempuan berdiri dan turut sama bersolawat.
Masa berbaki lebihkurang 45 minit diisi  dengan pembacaan Yasin secara beramai-ramai dipimpin oleh Ustaz Hasim Harun.


Majlis kemudian di akhiri dengan bersolat  zohor yang diimami oleh Ustaz Hasim  Harun.
Selepas menunaikan solat zohor berjamaah, mereka semua dijemput bersama makan tengahari. Jamuan yang disediakan mencukupi dengan keperluan dan setiap orang sebelum pulang  dibekalkan dengan bunga telur sebagai buah tangan.



Pihak AJK berpuashati dan bersyukur kepada Allah di atas kesempunaan dan kelicinan majlis berjalan.

No comments:

Post a Comment