BBB, 05
Rabi`ul-Akhir 1439H. = 25 Disember 2017M. (Ahad):
Berikut dari permulaan penggunaan Masjid al-Umm
bagi solat waktu mengiringi sambutan
Maulid al-Rasul di Masjid al-Umm pada Sabtu 16 Disember 2017, maka bermula
penggunaan Masjid al-Umm bagi solat fardhu biasa bermula dari solat zohor pada
hari itu dan seterusnya. Tiga hari selepas itu, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan
Masjid Al-Umm kali ke 84 diperesetujui bagi mengadakan `Solat Hajat Dan Do`a Selamat` untuk Masjid
al-Umm, pada Khamis malam Juma`at 02 Rabi`ul Akhir 1439H. bersamaan 21 Disember
2017.
1) Memohon dari Allah keselamatan bangunan Masjid
al-Umm yang telah mula digunakan sejak 16 Disember 2017 yang lepas. Semoga
selamat dan tidak berlaku sebarang kemalangan dan mara bahaya.
2) Keselamatan bagi jamaah yang datang berjama`ah di
masjid
3) Memohon dari Allah menjadikan hati-hati penduduk,
terutama yang berdekatan mesra dan tertarikh untung datang berjama`ah setiap
waktu.
4) Memohon kepada Allah mmpermudahkan segala urusan yang
berkenaan dengan masjid. Midalnya berhubung dengan kelulusan C.C.C dan yang
lain.
5) Memohon Allah permudah dan jadikanlah orang ramai
suka menderma terhadap Masjid Al-Umm bagi menampung kegiatan dijalankan dan
bagi melunaskan hutang yang masih berbaki.
Pada petang hari Khamis berkenaan, hadir
lebihkurang 200 orang jama`ah. Sebaik
selepas solat maghrib, maka didirikan solat hajat yang dimami oleh Penulis dan
seterusnya pembacaan Yasin dan do`a
selamat yang juga dipimpin oleh Penulis.
Selepas solat isya`
para jamaah dipersilakan ke anjung bahagian depan Masjid untuk menikmati makanan
yang disediakan scara sponsar oleh Tuan Haji Ahmad dan Tuan Jamaluddin. Mereka
berdua juga memohon keselama tan bagi anak menantu mereka yang melangsungkan
perkahwinan.
Dapatlah dikatakan
bahawa acara solat hajat, baca Yasin dan memohon keselamatan bagi masjid,
jamaah, memudahkan pengurusan,
pemakmuran masjid dan membuka hati untuk para jama`ah dan siapa saja untuk
menderma kepada Masjid al-Umm adalah mendapat sambutan yang memuaskan.
Sejak penggunaan
Masjid Al-Umm dapat dikatakan tiada masalah besar yang timbul, segalanya
berjalan dengan lancar dan banyak juga cadangan yang membina dicatat untuk
diambil tindakan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment