BBB, 07 Rabi`ul-Akhir 1439H. = 26 Disember
2017M. (Selasa):
Pngwujudan Masjid Al-Umm melalui beberapa fasa:
Fasa Pertama
Perancangan Dan Persediaan
1) Fasa Perancangan dan Persediaan bermula dari
mesyuarat pertama 4 Februari 2010 dengan Penulis pada masa itu sebagai ADUN
Bangi menjemput Pengerusi-Pengerusi Surau atau Wakil-Wakil ke Mesyuarat
mendirikan Masjid Al-Umm di Surau Al-Umm. Hadir 30 orang, termasuklah YDP
Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi pada masa itu, Dr. Tajul Ariffin Noordin.
Hasilnya dilantik protem Comittee di ketuai ADUN Bangi pada masa itu dan
Setiausaha ialah Tuan Haji Hussin Yunos, Setiausaha Surau Al-Umm. Anggaran kos
pembinaan Masjid Al-Umm pada peringkat permulaan ialah RM10 juta ringgit dan
kemudian meningkat kepada anggaran RM12 juta.
Bermula dari situ permohonan
tapak masjid digezet dilakukan, juga
permohonan terhadap JAIS dipohonkan untuk mendirikan Masjid al-Umm. Borang
permohonan diisi dan dilengkapkan dengan sokongan-sokongan diperlukan. Keizinan
didapati (gazet) dari Kerajaan Negeri Selangor dan permohonan diluluskan oleh
JAIS bagi mendirikan Masjid di atas tanah seluas dua ekar Lot 51177, Jalan
1/4A, 43650 Bandar Baru Bangi. Permohonan keizinan memungut derma juga didapati dari pihak MAIS. Juga kekecualian
Cukai Pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Seterusnya Pelancaran Derma
bagi Masjid dilancarkan oleh ADUN Bangi pada 19 Mei 2012. Pelancaran permulaan
ini berjaya memungut derma RM150,000/=.
Puncak bagi tahap pertama ialah
dengan upacara Pemecahan Tanah bagi Masjid Al-Umm yang dilakukan oleh Y.A.B.
Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato` Menteri Besar
Selangor pada masa itu. Dalam majlis tersebut Dato` Menteri Besar Selangor
menjanjikan bantuan sebanyak RM6 juta.
Tahap Kedua
Memasauki Tapak Dan Permulaan Pembinaan
2) Ialah Masuk Tapak pada 10.12.2013 oleh Kontrektor Tekad Nusantara yang dipilih
sebagai Kontrektor Masjid Al-Umm dan
Arkitek Urusbina Sdn. Berhad yang juga turut dipilih. Mulai dari awal
tahun ditambah lagi satu jawatankuasa di
bawah Jawatankuasa Pembinaan (Induk) jawatankuasa yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Teknikal yang diketuai oleh Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad. Kedua
jawatankuasa ini bermesyuarat secara bulanan. Bermula dengan mesyuarat Teknikal
yang berhubung dengan Pembinaan dan diikuti dengan Mesyuarat Jawatankuasa
Pembinaan dan Pengimarahan. Sehingga akhir tahun 2017 sebnyak 84 kali mesyuarat
diadakan dengan mesyuarat Teknikal sebanyak 46 kali mesyuarat. (Catatan: Pernah
ditubuhkan Jawatankuasa Tapak mulai awal 2014 di bawah Jawatankuasa Teknikal,
tapi hanya berjalan antara 2014 hingga 2015, kemudian disatukan kembali di
bawah Jawatankuasa Teknikal).
Mesyuarat Induk adalah melibatkan soal-soal polisi,
hubungan dengan pihak luar seperti JAIS, MAIS, PAID, Pejabat Daerah, MPKj,
hubungan dengan surau-surau dan masjid, membincangkan soal pembangunan fizikal
yang dilaporkan oleh Jawatankuasa teknikal yang bermesayuarat sebelumnya,
membincang, melulus atau memperbaiki sebarang perubahan dan penambahan dari
segi plan dan sebagainya. Contoh seperti penambahan aras bawah tanah bagi
masjid dan penambahan-penambahan yang lain seperti anjung, , tambahan atap bagi
melindungi dari hujan dan tempias, mengubah bentuk kubah, menara, pemilihan
material dan sebagainya yang kemudiannya
melibatkan pertambahan kos.
Dalam mesyuarat induk juga
dibincangkan laporan kewangan, dapatan dan perbelanjaan yang diluluskan. Dan
segala perkara yang berhubung dengan masjid.
Tahap Ketiga
Tahap ketiga ialah Tahap Pengimarahan.
3. Tahap
ini adalah bermula dari penggunaan Masjid al-Umm, iaitu bermula dari Sabtu 16
Disember 2017 bersamaan 27 Rabi`ul-Awwal 1439H. berikut dari sambutan Maulid
al-Rasul s.a.w. yang diadakan di Masjid al-Umm dan diikuti dengan solat zohor
dan seterusnya.
Tahap ini adalah tahap panjang dan berterusan
selama wujud masjid dan digunakan. Bagi mengisi tahap ini yang dipanggil dengan
tahap pengimarahan memerlukan jawarankuasa dan pentadbiran yang merangka pengisian
dan kegiatan masjid untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Proses ini adalah mula berjalan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment