BBB, 16 Rabi`ul-Awwal 1439H. = 05 Disember 2017M. (Selasa):
Berbagai pendapat diberi makna tentang
`Pendengaran` (Al-Sima`), khususnya, warid yang haqq, maka kata antaranya
Al-Shibli. (Dipetik dari Al-Luma`: 13289H./1960M: 342).
``Sesuatu yang datang secara haqq yang
menggerunkan hati, maka siapa yang mendengarnya dengan haqq, maka dia tahqiq.
Maka siapa yang mendengarnya dengan nafsunya, maka dia zindiq.``
Daripada Ahmad bin Abi al-Hawari r.h.a.
berkata, aku bertanya Aba Sulaiman al-Darani r.h.a. daripada al-sima` dan
mendengar qasidah-qasidah yang dinasyidkan secara berlagu, maka katanya,
``Daripada dua , aku lebih cinta kepadanya
dari yang satu.``
Disoal Abu Ya`qub al-Nahrajuri r.h.a. tentang
al-sima`, maka katanya,
``Hal yang nyata kembali kepada rahsia-rahsia
daripada sekiranya terbakar.``
Dan kata setengah daripada mereka, ``Al-Sima`
ialah kelembutan yang menjadi makanan roh bagi ahli ma`rifat, kerana ianya
adalah gambaran yang terbetik dari segala amalan, maka didapati kelembutan
tabiat oleh kelembutanya dan didapati bersih rahsia dengan kebersihannya dan
kelembutan di sisi ahlinya.``
Dan daripada Abi al-Husain al-Darraj,
bahawasanya dia berkata, ``Berhubung dengan al-sima` ialah medan dari
medan-medan cahaya, maka aku dapati kebenaran yang Haqq ketika dia memberi dan
meminumkan daku dengan gelas yang bersih, maka aku mendapati tahap keredhaan,
maka dikeluarkan daku kepada taman yang
indah dan terbuka.``
Disoal Shibli, sebagaimana sampai kepadaku
tentang al-sima`, maka katanya,
``Al-Sima` pada zahirnya fitnah, pada batinnya
`ibrah, siapa yang mengetahui isyarat, maka terhurai baginya tentang sima`
`ibrah, kalau tidak dia mendakwa tentang sesuatu yang fitnah dan terdedah
kepada kerosakan.
Dan dihikayatkan daripada Al-Junayd r.h.a.
bahawasanya dia berkata, ``Siapa yang mendengar al-sima` berhajat kepada tiga
perkara, kalau tidak maka janganlah dia mendengar, maka dikatakan kepadanya,
``Apakah yang tiga itu ?`` Maka katanya, ``Zaman, tempat dan kawan.``.
Dihikayatkan daripada Ja`far daripada
Al-Junayd r.h.a. bahawasanya dia berkata, ``Diturunkan rahmat kepada para
fiuqara` pada tiga tempat, ketika sima`, kerana mereka tidak mendengar kecuali
yang haqq dan mereka tidak bangkit melainkan ketika wujdan, dan ketika menerima
keilmuan, dan mereka tidak bercakap melainkan tentang hal-hal para siddiqin,
awliya` dan ketika mereka makan, kerana mereka tidak makan, kecuali ketika
memerlukan (lapar).
Dan disoal Abu `Ali al-Rudzbari r.h.a. tentang
al-sima`, ``Semoga kita terlepas daripada memperkatakannya secara langsung.``
Dan disoal Abu al-Husain al-Nuri daripada
kesufian, maka katanya, ``Al-Sufi ialah yang mendengar al-sima` dan terkesan
dengan sebab-sebab.``
Maksud al-sima`, bukan sebagai pendengaran
biasa, tetapi sesuatu yang bersifat intuisi dan wujdan yang terkandung di
dalamnya hal-hal yang rohani di dalam mendekati Yang Tertinggi.
Dikatakan oleh Al-Hujwiri, bahawa al-sima`
secara hati nurani boleh mendekatkan diri kepada Tuhan sebaliknya secara
inderawi tanpa kawalan boleh menyelewengkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment