December 28, 2017

RAHMAT-BERKAT PENGGUNAAN MASJID AL-UMM


BBB, 08 Jamadil Akhir 1439H. = 27 Disember 2017M. (Rabu):
Penggunaan Masjid Al-Umm sepatutnya dapat dimulakan pada bulan Ramadhan 1438H./Jun 2017M. selepas dijangka dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibn Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah Sultan Negeri Selangor  pada 3 Jun 2017M. bersamaan 8 Ramadhan 1438H.  tetapi rancangan ini tidak dapat dilaksanakan, oleh kerana masjid belum siap. Tarikh perasmian yang disusun oleh pihak JAIS dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Langat itu terpaksa ditangguhkan.


Berikut dari kegagalan dari menepati tarikh yang ditetapkan itu, pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm  berusaha bagi menyiapkan masjid berkenaan dalam kadar segera.
Ada beberapa halangan utama ke arah penyiapan yang melayakkan mendapat CPC dan seterusnya  CCC.
Halangan utama ialah kewangan.
Dengan ketiadaan kewangan atau lebih tepat tidak cukup kewangan membantukkan kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan dan ada perkara-perkara yang siap sengaja ditangguhkan, kecuali bayaran mesti dilunaskan. Ini menjejaskan untuk mendapat CPC dan juga menjejaskan peluang untuk diangkatkan ke MPKj untuk mendapat CCC.
Pada dasarnya bangunan Masjid al-Umm telah 99% siap dari segi fizikal, tetapi masih tersekat lantaran hutang yang belum dijelaskan. Selama ini kita mengharapkan derma dari masyarakat. Sesungguhnya 80% dari derma yang kita dapat adalah dari derma orang ramai. Namun bagi mereka, melihat kepada bangunan yang telah siap, pada anggapan mereka tidak perlu lagi kepada derma. Dan memangnya derma dari orang ramai merosot dan berkurang ! Apa yang sering ditimbulkan dan didengar dari mereka ialah soalan , ``Bilakah lagi Masjid al-Umm mau digunakan ?``
Akibat dari  pertanyaan masyarakat dan berbagai spekulasi dibuat dan berkurangnya derma dari  mereka, maka pihak Ahli Jawatankuasa membuat keputusan, iaitu:
Mengadakan Majlis Penerangan Kepada Pengerusi-Pengerusi Surau dan penduduk mengenai, ``Taklimat status semasa pembinaan Masjid al-Umm pada Sabtu 14 Oktober 2017 bersamaan 24 Muharram 1439H. bertempat di Kompleks Pendidikan Islam Bangi. Walau bagaimana taklimat yang dibuat di luar dari kawasan masjid ini tidak begitu mendapat respond dari masyarakat. Hanya lebih kurang 50 orang sahaja yang hadir.
Walau bagaimana Ahli Jawatankuasa berusaha untuk memberi penerangan  kepada masyarakat. Kali ini di kawasan masjid itu sendiri. Keizinan diminta dari kontrektor bagi menggunakan anjung masjid untuk Majlis Penerangan. Penerangan dilakukan di anjung Masjid al-Umm pada Sabtu 28 Oktober 2017M bersamaan 8 Safar 1439 mulai jam 3.00 petang. Pada hakikatnya  orang ramai ingin mengetahui dan melihat sendiri bangunan Masjid al-Umm. Dengan mengadakan taklimat di anjung masjid ini sambutan orang ramai amat menggalakkan. Lebihkurang 300 orang hadir. Jiwa mereka amat tersentuh, apa lagi pertama kali dapat mendirikan solat asar  secara berjamaah di Masjid Al-Umm.  Mereka diberi penerangan tentang masalah yang perlu di atasi bagi mendapat CPC dan CCC. Mereka dimaklumkan  bahawa sehingga ke masa penerangan:
Kutipan yang didapati sebanyak  RM20,326,380.45
Bayaran yang dilakukan ialah       RM20,232,299.56
Terdapat  sejumlah hutang asas iaitu RM1.2 juta dan terdapat pembangunan yang diperlukan seperti kawasan parkir, tidak termasuk kira.
Dari penerangan diberi terdapat renpond yang baik dan derma yang didapati pada hari itu sahaja mendekati RM10,000. Kepercayaan dari mereka mulai pulih dan derma yang didapati kembali rancak.
Untuk meningkatkan keyakinan masyarakat, pihak Bendahari meningkat pembayaran dan seterusnnya bagi mendapat CPC dalam mesyuarat  pada 26 Oktober 2017 bersamaan 6 Safar 1439 dibuat pengakuan bertada tangan antara Kontrektor,  Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Bendahari, bahawa jika pembayaran hutang dibuat sebanyak RM150,000/=, maka CPC, insya Allah dapat dikeluarkan dalam masa terdekat. Hasilnya CPS yang melayakkan penggunaan secara terhad dapat diperolehi pada 14 Disember 2017.
Keikhlasan semua pihak membawa rahmat dan keberkatan kepada Masjid al-Umm.

Sekian.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

No comments:

Post a Comment