BBB, 01
Rabi`ul Akhir 1439H. = 20 Disember 2017M. (Rabu):
Acara puncak pada Sambutan Maulid al-Rasul
yang diadakan di Masjid Al-Umm, pada pagi 27 Rabi`ul-Awwal 1439H. = 16 Disember
2017 itu ialah penyampaian ceramah `Maulid al-Rasul` oleh Dr. Abdul Rahman
Mahmood, Pengarah Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selepas memberi salam, beliau mengajak para hadirin membaca
`Al-Fatihah` ke atas roh al-Marhum Dato`
Dr. Haron Din yang amat berjasa terhadap Masjid Al-Umm.
Menurut Dr. Abdul Rahman, Rasulullah yang
perutusannya membawa Rahmat kepada alam (Al-Anbiya`: 107), telah membawa berita
gembira kepada umat Islam dengan sabda
Baginda yang bermaksud:
``Siapa membina bagi Allah sebuah masjid, maka
Allah akan membina baginya sebuah mahligai di syurga.``
Membina masjid secara ikhlas dengan menderma.,
mengeluarkan kewangan dan tenaga
menandakan keimanan seseorang. Sifat yang rela memberi dan tidak
mementingkan diri sahaja adalah sifat terpuji, manakala sifat tamak dan bakhil
adalah sifat keji.
Tentang tidak ikhlas dan mementingkan diri ini
dibawa secara bercerita oleh Dr. Abdul Rahman,
Bahawa pada satu peperangan yang dikenali
dengan `Peperangan al-Hunain` disertai begitu ramai oleh para
pengikut-pengikut. Dengan keramaian ini mengejutkan pengikut-pengikut (Al-Taubah:
25).
Penyertaan mereka begitu ramai bukan benar-benar
bersifat ikhlas dan tidak kerana kasih
kepada Rasulullah s.a.w. , tetapi adalah lebih bermotif untuk mendapat ganjaran
harta rampasan. Pertanda mereka tidak ikhlas dan bukan digerak oleh motif jihad
yang sebenar, bahawa mereka begitu rapuh, apabila digempur musuh mereka pecah
dan lari bercerai berai, sehingga Rasulullah s.a.w., terpaksa menghimpun
kembali tentera yang hampir kalah dan mengemaskan ketumbukan tentera dan
menyerang musuh yang begitu ramai dan dapat mencapai kemenangan.
Kehadiran
sebahagian pihak Islam adalah tidak ikhlas, apabila Rasulullah s.a.w. membahagi-bahagikan
harta rampasan, ada timbul rungutan-rungutan yang melahirkan rasa tidak
puashati, antara mereka (dari kalangan Ansar) mengatakan, ``
``Rasulullah lebih memberi rampasan kepada
puak Baginda dari kalangan Muhajirin, dan mengabaikan kalangan Ansar.``
Kata-kata mereka seperti ini sampai kepada
Rasulullah s.a.w.
Baginda menempelak kalangan yang berkepentingan dari harta-harta rampasan dan menjadi
pengiraan utama bagi mereka dan balik dengan harta rampasan.``
Sebenarnya
tegas mereka, ``Mereka yang berjuang sanggup bersama Rasulullah dan
mereka terus bersama dan pulang bersama Rasulullah s.a.w. bagi mempertahankan
Islam.
Dr. Abdul Rahman Mahmud menyebut sifat-sifat
muslim sejati berdasarkan ayat Al-Qur`an ialah:
``Mereka yang memakmurkan masjid ialah yang:
·
Mereka yang
beriman kepada Allah
·
Beriman
dengan hari akhirat
·
Mereka
mendirikan solat
·
Mereka yang
mengeluarkan zakat
·
Mereka yang
tidak takut melainkan kepada Allah.``
(Al-Taubah: 18)
Dr. Abdul Rahman juga mengingatkan berdasarkan
ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Dan janganlah kamu diperdayakan oleh
kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan
syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.`` (Luqman{ 33).
Beliau juga mengingatkan didikan anak supaya
bersolat, iaitu menyuruhnya ketika umur tujuh tahun dan memukulnya jika ia
enggan ketika berumur sepuluh tahun.``
Pendeknya solat adalah penting sebagai tiang
agama dan perlu dididik sejak kecil. Dengan bersolat terpupuk jiwa yang
memetuhi perintah Allah dan menjauhi dari segi larangan.
Bersambung
....
Sekian.
No comments:
Post a Comment