September 6, 2019

LEGENDA KEWUJUDAN KERAJAAN MELAYU


LEGENDA KEWUJUDAN KERAJAAN MELAYU
(Fikrah Bangi: 339),
BBB: 06 Muharram 1441H. = 06 September 2019M. (Juma`at).
Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu dalam sejarah antaranya disokong oleh legenda-legenda  yang wujud di dalam sejarah yang antaranya masih dinaratifkan. Kerajaan Melayu ini dapat dibahagikan kepada Kerajaan Melayu Daratan dan Kerajaan Melayu Lautan.
Kerajaan Melayu Daratan terdiri dari:
1)      Kerajaan Langkasuka
Kerajaan ini tegak di kawasan utara Semenanjung sekarang hingga ke Segenting Kra. Ianya merupakan sebahagian dari negeri Melayu, tetapi survivalnya  terpaksa menghadapi tekanan dari kuasa di atara. termasuk Siam dan Burma. Antara legenda ialah peperangan watak wira Mara Karma yang menentang musuh dari utara. Legenda perang antara wira Mara Karma dan pengikut-pengikutnya berlaka di Palakang Cahaya (Pengkalan Cahaya). Nama tempat ini masih kekal dengan nama Caya, di Segenting Kra yang mencerminkan wujudnya pemerintahan kerajaan Melayu. Survival Kerajaan Melayu ini berterusan antara  kalah dan Perang dengan kuasa dari utara. Peringkat akhir ialah kekalahan kerajaan Melayu akibat serangan dari utara (Siam), ialah pada 1832, apabila ramai dari pahlawan-pahlawan yang kalah perang berundur ke negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. Turunan `Wan` dan `Nik` adalah bukti mereka dari turunan yang lari dari utara.
2)      Kerajaan Melayu Champa
Bertempat di Kemboja. Kewujudan Kerajaan Melayu Champa ini terbukti secara sejarah yang buku-buku ditulis, termasuk dalam bahasa Perancis yang pernah menjajahnya. Sebagaimana kerajaan Langkasuka terpaksa menghadapi tekanan dari utara, demikianlah dengan Kerajaan Champa yang terpaksa menghadapi tekanan dari utara, khususnya Vietram.  Kerajaan Champa menerima Islam pada abad ke 12M. Selari dengan penerimaan Islam di Terengganu, Jolo, Filipina . Nampaknya pendakwah yang tiba di Champa pada peringkat permulaan, antaranya dari kalangan Shiah. Rakyat (Islam) biasa cukup melakukan ibadat seperti puasa dan solat dengan mewakilkan kepada ulama. Pengaruh ulama begitu kuat sehingga gelaran Diraja ialah dengan menggunakan `Nuruddin` (Cahaya Agama). Kesannya gelaran ini diwarisi Raja  seperti Noroddom Sihanuk (Nuruddin Sihanok) = Chahaya Agama Si Ayam Jantan (Pemimpin). Kerajaan Champa mempunyai hubungan rapat dengan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung seperti Kelantan dan Terengganu.. Pelabuhan yang menjadi hubungan dalam pelayaran ialah Pangkalan Cahaya (Caya) di Segenting Kra dan Pengkalan Chepa di Kelantan. Perniagaan berlaku melalui pelayaran Perahu Besar misalnya dari Terengganu ke Champa membawa dagangan. Antaranya pertukaran barang dengan beras. Orang-orang di Pantai Timur Semenanjung mempelajari kaedah menganyam tikar yang halus dan kaedah tenunan yang tinggi mutunya,misalnya menenun kait songket dari penganyam dan penenun dari Campa.
Champa menghadapi tekanan pemerintahan dari utara sebagaimana terbukti dalam buklu, Siti Zubaidah: Perang China. Wirawati ini dan pengikut-pengikutnya terpeksa berperang pertahan negara dengan penjarah dari utara yang dikatakan `China` Puteri China, mungkin dimaksudkan ialah dari Vietnam. Kemusnahan Melayu Champa berlaku ditangan regim Komunis yang diketuai Polpot dalam mana penduduk Islam  yang komunis amat anti agama -  mereka dibunuh dan hampir pupus. Namun komuniti ini masih wujud dan sedang bangkit kembali. Pegangan Islam mereka diperbaiki oleh pendakwah-pendakwah. Pemerintah kini yang diketuai Hon Sen (berasal dari Husin) lebih tolerance dengan agama.
3)       Kerajaan Melaka
Jelas dari segi sejarahnya. Wujud sejak abad ke 13. Watak legendanya ialah Hang Tuah yang hidupnya sepanjang berdaulatnya kerajaan Melaka. Zaman emasnya semasa di bawah Sultan Mansur Shah yang bendaharanya ialah Tun Perak. Melaka jatuh bila diserang Portugis pada tahun 1511.
Sekian.

September 5, 2019

PENYATUAN ALAM MELAYU: KESAN PENJAJAHAN


PENYATUAN ALAM MELAYU: KESAN PENJAJAHAN
(Fikrah Bangi: 338),
BBB: 05 Muharram 1441H. = 05 September 2019M. (Khamis).
Pengaruh penjajah mempunyai kesan yang besar pada kedudukan  dan pembahagian negara-negara di Alam Melayu. Secara keseluruhan kawasan Alam Melayu dikenali sebagai Malay Archipelago. Kedudukan geografi ini bukan bermaksa kawasan ini bersatu dari segi politik. Dari segi hakikatnya kawasan ini tidak pernah bersatu secara keseluruhan.
Dalam sejarahnya kawasan ini pernah lahir kerajaan, antaranya:
Kerajaan Sriwijaya dari zaman awal Masihi ke abad ke 13 Masihi
Kerajaan Langkasuka hampir sezaman dengan kerajaan Sriwijaya. Cumi Sriwijaya pada bahagian kepulauan Sumatera, manakala Langkasuka dari Segenting Kra ke Selatan Semenanjung hingga ke Singapura.
Kerajaan Majapahit antara 1400 hingga 1600. Sezaman dengan Melaka.
Kerajaan Melaka  1300 hingga 1600 termasuk di bawahnya negeri-negeri di Semenanjung.
Kerajan Melayu Champa antara abad ke 11- 16 sezaman dengan Melaka.
Kerajaan Melayu Manila ke Selatan di bawah Kesultanan (Raja Sulaiman) antara 1200 – 1600.
Kehadiran penjajah membahagi kawasan Alam Melayu itu kepada kawasan negara:
Kawasan British termasuk Malaya, Sarawak dan Sabah.
Kawasan di bawah pemerintah Belanda dikenali dengan Indonesia.
Karajaan di bawah Perancis, termasuklah Campa di bawah Kamboja.
Kerajaan di bawah pemerintahan Spanyol yang dikenali dengan Filipina.
Kerajaan di bawah Portugis iaitu Timor, timur.
Kemerdekaan negara-negara berkenaan kekal dari segi kawasannya sebagaimana di bawah penjajahan sebelumnya. Ini mencerminkan betapa kekal  pengaruh demografi penjajahan. Hatta apabila Indonesia memasukkan Timor Timur di bawah Wiklayah Indonesia, dunia mengecam Indonesia, walaupun ianya dari segi geografi adalah sebahagian dari kaeasan Indonesia, tetap[i kerana ianya terasing kerana diperintah Portugis, maka Indonesia akur dengan kehendak Bangsa Bersatu dan Timor Timur merdeka sebagai negeri yang kecil.
Apabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963, maka negeri-negeri yang pernah di bawah jajahan Britishlah menjadi negeri-negeri yang mau disatukan, termasuk Singapura dan Brunei.
Walau bagaimana menjelang pembentukan Malaysia berasaskan bekas tanah jajahan British itu, timbul bantahan dari Indonesia dan Filipina.. Indonesia menganggap penubuhan tidak demokratik dan mungkin menmgancam Indonesia. Sebab itu referendum terpaksa dibuat dan didapati ianya mendapat mandat dari rakyat. Walau bagaimana Indonesia meneruskan konfrontasi terhadap Malaysia di bawah pimpinan Sukarna di Indonesia.
Manakala Filipina juga menentang dengan dakwaan bahawa Sabah adalah sebahagian dari kerajaan Sulu di Selatan Filipina dan filipina  di bawah Presiden Ferdinand  Marcos tidak mengiktiraf terutama Sebah sebahagian dari Malaysia. Walau bagaimana Malaysia tetap ditubuhkan tetapi tertangguh dari 31 Ogos 1963 kepada 16 Ogos pada tahun tersebut. Walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempoh.
Berbagai usaha diplomasi dan pengukuhan pertahanan telah dilakukan, sebelum kerajaan menjadi stabil, tetapi tidak sunyi dari ancaman..
Sekian.

September 4, 2019

DASAR LUAR YANG KONSERVETIF


DASAR LUAR YANG KONSERVETIF
(Fikrah Bangi: 337),
BBB: 04 Muharram 1441H. = 04 September 2019M. (Rabu).
Sesebuah negara merdeka adalah bebas meneruskan arah pemerintahannya sebagaimana diingini pemerintah dan rakyatnya, negara berkenaan juga seharusnya mempunyai polisi bebas dalam mencorak dan menentukan `Dasar Luarnya`.  Dasar luar sesebuah negara adalah senantiasa berpihak kepada kehendak serta kepentingan negara dan tidak boleh bercanggah dengan polisi dan kehendak negara. Berdasarkan kepentingan negara, maka dasar luar negara dibuat.
Pada peringkat awal  kemerdekaan negara, maka dapatlah dikatakan dasar luar negara amat konservetif sifatnya. Sifat ini ditentukan oleh kedudukan semasa negara. Negara muda Malaya pada masa itu adalah kecil dan lemah di dalam perkembangan politik semasa pada masa itu.
Situasi dunia pada masa itu berada dalam tiga blok pengaruh.
Pertama: Negara-negara di bawah blok  kapitalis yang terdiri dari Amerika, Britain, Perancis dan negara-negara barat yang lain. Kepimpinan barat seperti  Presiden Trumen dari Amerika dan Churchil dari Britain.
Kedua:  Negara-negara di bawah blok Komunis yang terdiri dari Rusia, China,  dan negara-negara di bawah pengaruj kedua-dua negara tersebut. Pimpinan ialah seperti Kruscheve dari Rusia dan MouTze Tong dari China.
Ketiga: Negara-negera yang disifatkan `New Emerging Forces. Iaitu negera-negera blok ketiga yang baru merdeka dan mempunyai kepimpinan berkaliber dan mereka membentuk blok ketiga. Antara yang terkenal pimpinan negera ketiga ini ialah Sukarno dari Indonesia, Jawaharlal Nehru dari India, Tito dari Zhekoslovakia dan Jamal Nasir dari Mesir. Mereka ini jadi juru cakap negara-negara ketiga – terutama dari negara-negara Asia-Asfrika yang tertindas dan menyuarakan kebebasan..
Malaya masa itu masih kecil dan lemah dan merasa inferior seperti berbanding dengan Indonesia yang mencapai kemerdekaan dengan  secara revolusi.
Pada permulaan kemerdekaan, sepatutnya Malaya membuat perhubungan awal dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan jiran terdekat yang lain, tetapi tidak  berlaku sedemikian. Tiada lawatan kejiranan dilakukan pada peringkat permulaan.
Pendekatan diplomasi bagi dasar luar Malaya ialah lebih selesa dengan negara-negara bekas jajahan British yang memandang Queen Elizabeth Ratu England itu sebagai Pelindung. Dalam kata yang lain Malaya pada peringkat permulaan yang diketua Tunku Abdul Rahman sebagai  Perdana Menteri yang juga sebagai Menteri Luar lebih rapat dan berhubung, bahkan menjadi anggota negara-negara Komanwel  (Kemakmuran Bersama). Malaya mempunyai hubungan yang rapat dengan  Australia dan New Zealand daripada Indonesia atau filipina. Malaya pada masa itu amat anti komunis, Apa lagi komunis dilihat mau mara ke selatan, seperti yang berlaku di Vietnam, bahkan komunis menjadi musuh utama dan ada di dalam negara sebagai misi bagi merubah dasar negera ini kepada blok berkenaan.
Bagi Malaya bukan saja cenderong kepada negara-negara Komanwel, tetapi berjuang misalnya menentang dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Perjuangan ini dipelopri oleh Tunku dan banyak usaha dan tentangan yang dibuat terhadap Afrika Selatan melalui Rundingan  negera-negara komanwel dan kempen terbuka.  Usaha Tunku ada kesannya apabila regim kulit putih di Afrika Selatan dapat di turunkan dan kepimpinan di negara tersebut diambil alih oleh Nelson Mandela. Anak jati Afrika dan berketurunan Afrika.
Dasar Luar yang bersifat  konservatif yang bersahabat lebih kepada negera-negara Komanwel ini berterusan pada zaman Tunku. Bersifat anti komunis pada peringkat global, tetapi tidak pula menyerang dasar kapitalis barat, tetapi ianya tidak diterima sebagai pemimpin negara ketiga yang gah pada tahun-tahun 1960an.
Sekian.

September 3, 2019

KEMERDEKAAN: CABARAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN


KEMERDEKAAN: CABARAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN
(Fikrah Bangi: 336),
BBB: 03 Muharram 1441`H. = 03 September 2019M. (Selasa).
Dua perkara yang rapat hubungan. Kemerdekaan bererti bebas dari penindasan dan gangguan. Kemerdekaan juga bebas  dari ancaman. Tetapi dari segi praktiknya, kemerdekaan sepenuh, begitu juga dengan keselamatan sepenuhnya tidak dicapai selengkapnya. Tiap kemerdekaan., bahkan sebelum kemerdekaan ada musuh dan ancaman yang menanti. Sebab itu bagi sesebuah negara yang merdeka perlu bersiap sedia dengan angkatan pertahanan dan  angkatan keselamatan – menjaga keselamatan awam seperti pasukan polis dan sebagainya.
Perjuangan kemerdekaan adalah perjuangan yang berani mengambil risiko dari segi pertahanan dan keselamatan.Mencapai atau merebut kemerdekaan bererti dalam mencapainya perlu dihadapi musuh mengancam dan keamanan yang akan timbul.
Kemerdekaan negara kita selalu isebut adalah dengan cara aman. Kenyataan sedemikian perlu diperiksa kebenarannya. Benar kita tidak mengangkat senjata menentang penjajah British yang memerintah negara kita sebelum kemerdekaan seperti pejuang-pejuang kemerdekaan Indonesia menentang Belanda atau seperti  Ho Chi Minh dan pejuang-pejuang kemerdekaan Vietnam menentang Peancis dan Amerika, tetapi kita menghadapi ancaman keamanan dari luar dan dalam. Ancaman dari luar ialah ancaman ideologi dan ketenteraan dari komunis dari negara komunis Cina di bawah pimpinan Mou Tze Tong dan juga dari Russia di bawah pimpinan Stalin dan pengganti-penggantinya. Kita juga menghadapi ancaman dari jiran. Misalnya bila berlaku pembentukan Malaysia, Indonesia di bawah pimpinan Sukarno melancarakan konfrontasi – termasuk secara bersenjata terhadap Malaysia. Di dalam negara sendiri , menjelang kemerdekaan negara menghadapi  ancaman bersnjata dari komunis yang berkiblatkan Peking dan Moscow. Ancaman ini berterusan sehingga kemerdekaan. Ancaman darurat ini berterusan sehingga ke tahun 1960an. Bahkan pada awal penerimaan kemerdekaan, kita masih mengekalkan dari segi keelamatn secara bergantung kepada British. Wakil British masih ada di dalam kabinet pemerintahan Malaya. Ancaman Komunis benar-benar berlaku. Misalnya sebelumnya seorang Pesuruhjaya British di Malaya, iaitu Sir Edward James telah berjaya dibunuh oleh komunis.
Ikatan kerjasama dengan British dan sekutunya adalah berterusan. Misalnya Malaysia berterusan kerjasama dari segi ketenteran dengan British, Australia dan New Zealand. Ini bukan saja dari konfrontasi dengan Indonesia, tetapi juga  adalah ancaman dar Filipina yang mendakwa bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Filipina. Kerjasama ini jelas dengan adanya pangkalan udara bagi Australia di Butterworh sebelum dari ditamatkan.
Jelas bahawa kemerdekaan yang dicapai bagi negara kita di Malaysia tidak sebenarnya sepenuhnya aman dan bukan diterima dari `Dulang Perak`. Ancaman sedemikian adalah berterusan, terutama disempadan perairan Malaysia dengan Filipina yang ancaman ini berterusabn sehingga kini.
Keamanan dan keselamatan negara secara berterusan  adalah bergantung kepada kesiap-siagaan dari segi ketenteraan baik di darat, di laut an di udara. Persiapan alat senjata canggih perlu wujud, jika pun tidak berlaku pertempuran secara berdepan, tetapi kewujudannya menggerunkan musuh dan menjadikan mereka tidak berani menceroboh dan jika menceroboh mereka segera dapat dihapuskan yang menyebabkan mereka gerun dari mengulangi pencerobohan.
Begitu juga dengan persediaan pasukan-pasukan keselamatan juga hendaklah secara teratur dan canggih yang  membuat musuh dalaman tidak berana mengancam dari segi keselamatan.
Dapatlah dikatakan bahawa kemerdekaan negara kita bukan diterima secara aman tenteram, tetapi atas pejuangan menentang musuh dari luar  yang mengancam keamanan dan musuh dari dalam yang mengancam keselamatan.
Sekian.

September 2, 2019

ISU-ISU MENGENAI AL-HIJRAH


ISU-ISU MENGENAI AL-HIJRAH
(Fikrah Bangi:  335),
BBB: 02 Muharram 1441H. = 02 September 2019M. (Isnin):
Sempena menyambut Hijratul Rasul bagi tahun `1441 malam tadi diadakan Majlis Munazarah berhubung dengan persoalan Hijrah di Masjid Al-Umm yang disampaikan oleh Sahibul Samahah Dato` Seri Dr. Zulkifli al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan. Kaedah Munazarah ini ialah dengan mengemukakan satu persatu  soalan oleh Pengerusi majlis saudara Feisal Setiausaha Jawatankuasa Tadbitr Urus Masjid Al-Umm dan dijawab oleh Tuan Mufti..
Sebelum dari menjawab soalan, Sahibul Samahah  menyampaikan muqaddimah dengan menyebut bahawa, setiap tiba awal tahun, kita menyambutnya dengan memasang azam dan harapan, tetapi kita sering lupa, dalam meneruskan azam dan harapan, antara kita yang sakit, namun masih diberi peluang  hidup semoga berpeluang untuk bertaubat dan membetulkan diri ke arah yang lebih baik, tetapi ada yang tiba-tiba meninggal secara mengejut seperti kemalangan dan sebagainya. Ini mengingatkan kita, betapa hidup ini terlalu rapuh dan sepatutnya menjadikan diri  sentiasa bermuhasabah dan meneruskan hidup secara lebih baik.
Soalan pertama yang dikemukakan kepada Sahibul Samahah ialah tentang Negara Rahmat Rakyat Sejahtera.
Menurut Sahibul Samahah, tema sesuatu yang diungkapkan, biasanya mencerminkan hasrat yang mau dicapai. Ianya mencerminkan hasrat pemerintah yang berusaha bagi membolehkan rakyat mencapai kesejahteraan. Kesejahtreraan tidak dapat dicapai melainkan dengan  adanya  plan untuk bertindak sehingga apa yang dihasratkan dapat dicapai.
Mengambil ibrah dari Hijrah al-Rasul, Baginda  menyatukan kaum Auf dan Khazraj.. Mereka disatukan dengan Kaum Khazraj yang mereka dikenali sebagai kaum Ansar yang disatukan dengan kaum Muhajirin. Mereka dipersaudarakan dan bersatu menegkkan Negara Madinah. Negara Islam yang merupakan  bertaraf tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Sahibul Samahah juga dikemukana soalan tentang bila Tahun Hijrah digunakan.
Beliau menerangkan bahawa sememangnya pada peringkat permulaan Islam belum timbul tenang penggunaan tahun Hijrah. Tiada jua penggunaannya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq. Bila negera Islam berkembang dan hubungan  berlaku termasuk dengan negara luar. Berlaku komunikasi surat mmenyurat. Contoh-contoh surat-surat dari luar menggunakan tarikh berdasarkan peristiwa penting dalam sejarah mereka dijadiakn tarikh bagi tahun mereka. Orang Kristian menggunakan tahun kelahiran Nabi Isa dan demikian dengan negara-negara yang lain.
Sayyiduna `Umar al-Khattab bermesyuarat bagi memilih permulaan tarikh tahun Islam. Pada akhirnya dipersetujui Umar bahawa Peristiwa Hijrah adalah tarikh penting. Dengan berhijrah memulakan perubahan besar bagi umat Islam. Hijrah memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Dengan itu Peristiwa Hijrah dijadikan awal tahun Hijrah bermula dengan al-Muharram.
Antara persoalan yang ditimbulkan ialah tentang konsep `Ikhtilaf al-Ummah rahmat. Yang  dicontohi misalnya perbezaan pendapat di dalam mazhab, memberi pilihan terbaik. Tentang fitnah akhir zaman yang diakibatkan oleh  IT dan Teknologi moden. Menurut Sahibul Samahah, kita perlu memilih dan hendaklah berdasarkan ilmu di dalam tindakan, tetapi tidak kepada sangkaan yang boleh membinasakan. Kita perlu berwaspada dan tidak menyebarkan sesuatu yang tidak sahih yang boleh membinasakan diri individu, tetapi boleh menghuruharakan masyarakat dan negara.
Sekian.

September 1, 2019

HIJRAH PENTINGKAN AKHIRAT, JANGAN LUPAKAN DUNIA


HJIJRAH, PENTINGKAN AKHIRAT JANGAN LUPAKAN DUNIA
(Fikrah Bangi:  334),
BBB: 01 Muharram 1441H. = 01 September 2019M.  (Ahad):
Berdasarkan ayat 77 Surah al-Qasas, demikianlah tajuk kuliah Subuh pada pagi ini disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Yusoff Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hijratul Rasul bagi peringkat Masjid Al-Umm pada pagi awal Hijrah hari ini. Petang semalam telah diadakan do`a akhir dan awal tahun Hijrah.
Menurutnya hidup kita di dunia amat pendek, iaitu dalam tempoh yang relatifnya antara  60 hingga 70 tahun sahaja. Kehidupan yang hakiki dan berterusan ialah kehidupan akhirat. Namun untuk ke akhirat tidak dapat dipisahkan dari dunia, bahkan dunia adalah tempat persediaan akhirat. Sebab itu  semasa di dunia perlu persediaan, amal ibadat dan kehidupan yang baik sebagai bekalan ke akhirat.
Menurutnya Allah mencipta manusia berbagai bangsa, berbagai warna kulit dan berbagai bahasa sebagai pertanda kekuasaan Nya.
Namun Allah tidak memandang kepada tubuh badan, rupa paras, tetapi ialah yang dipandang ialah kepada hati kamu.
Sesungguhnya yang terlebih mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah yang terlebih taqwa dari kalangan kamu.
Sudah tentulah untuk menilai hati seseorang sesuatu yang sukar, dan ia adalah bersifat dalaman. Allah jua yang mengetahu hakikat hati, kemurnian dan keikhlasan hati seseorang. Tetapi pertanda luaran merupakan manifestasi dalaman.
Ustas Mohd Yusoff mengambil contoh kerosakan hubungan yang berlaku di kalangan kaum Aus dan Khazraj di Madinah sejak sekian lama sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah. Perseteruan adalah dari dendam yang berlaku sejak bergenerasi di kalangan mereka.
Selepas Hijratul Rasul ke Madinah, secara dakwah dan diplomasi Rasulullah telah memperbaiki hubungan antara kedua kaum tersebut berdasarkan nilai ukhuwwah di dalam Islam. Rasulullah mengambil pendekatan fizikal selepas Hijrah dengan membina masjid seperti Masjid Quba` dan Masjid al-Nabawi. Ianya menjadi tempat ibadah, tarbiah dan tadbiran yang mendidik Umat Islam. Pendekatan yang bersifat rohaniah, iait berasaskan aqidah tauhid  dan ukhuwwah Keislaman Baginda telah menyatukan kaum Aus dan Khazraj yang penyatuan merekla dikenali dengan kaum Ansar yang kaum ini bersatu dengan kaum Muhajirin
Kaedah penyatuan menurut Ustaz Anmad Yusoff berdasarkan ayat  9 Surah al-Hujurat, yang bermaksud.
Jika berlaku perbalahan antara kedua pihak di dalam Islam, maka hendaklah didamaikan antara kedua pihak, jika satu pihak  melampaui ke atas yang lain, maka hendaklah  diperangai ke atas yang melampau sehingga  mereka kembali ke jalan Allah, setelah mereka balik hendaklah didamaikan antara kedua pihak dengan adil dan saksama . Sesungguhnya Allah  suka kepada yang melakukan keadilan.
Menurut Ustaz Ahmad Yusoff di dalam  melakukan diplomasi dapat dilakukan oleh orang perempuan. Beliau memberi contoh, prihatin seorang muslimat dengan membersih bekas ludah seorang jama`ah di masjid dengan membersihnya dan menyembur wangian yang ada padanya pada tempat bekas kotoran. Sifat ini dipuji Rasulullah yang sebelumnya tidak menyenangi dengan kotoran yang dilakukan.
Kedua diplomasi Imam Shafie ketika mengimami jamaah Imam Hanbali dengan tidak membaca qunut bila berjemaah dengan mereka. Mazhab Hanbali tidak membaca qunut.
Menurut Ustaz Ahmad Shukri ada empat hak yang perlu dijaga,  iaitu:
Hak Hati, - Tidak berniat dan sangka buruk
Hak Lisan – Menjaga lidah agar tidak berdusta dan memburuk yang lain.
Hak Harta – Dengan mengeluarkan zakat, bersadaqah dan memberi makan kepada orang lain.
Hak Badan – Jaga daripada binasa,menziarah orang sakit dan usaha menyembuhkan
Dengan berhijrah kepada amalan-amalan yang baik – Insya Al;lah kita dapat mempertingkat kualiti diri dan menjadi satu batu binaan yang dapat memperkukuhkan umat antara satu sama lain.
Sekian.