July 16, 2020

KEPERLUAN


KEPERLUAN
(Fikrah  Bangi:  513),
BBB: 24 Zulkaedah 1441H. = 16 Julai 2020M. (Khamis).

Telah dibincangkan bahawa pengajian hingga peringkat  SPM masih  tidak dipisahkan  dengan aliran-aliran. Ianya diikuti oleh semua pelajar, tetapi pemilihan  mata pelajaran memperlihatkan kecenderungan pelajar  ke arah yang ditujui seperti kepada pengajian sains dan teknologi, kemanusiaan dan peradaban.

Walau bagaimana  ada  keperluan-keperluan disediakan di sekolah lebih dari kini seperti.
1)    Guru
Bidang  pengajaran lebih banyak, sebab itu perlu latihan guru kepada bidang-bidang berkenaan  sperti guru sains tulin, guru kemanusiaan  dan peradaban. Guru khusus  bagi  ekonomi ,pertanian, perusahaan, agama dan sebagainya.
2)    Makmal
Makmal tidak saja kepada bidang sains,tetapi bagi bidang-bidang yang lain. Misalnya ekonomi, perusahaan, pelancongan dan sebagainya.
3)   Lapamgan
Ada pengajian yang perlu kepada lapangan. Misalnya perniagaan perlu turun ke pasar, premis perniagaan, ke bank dan  sebagainya. Demikian dengan pertanian perlu ke ladang, bendang dan sebagainya.
4)   Kerjasama
Pihak Kementerian, bahkan kerajaan mengarah  agar pihak berkenaan memberi kerjasama dengan pihak sekolah
5)   Penajaan
Pihak institusi-institusi  berkenaan, contoh industri, pertanian, pembinaan, pelancongan dan sebagainya wajar, bahkan diminta  membuat tajaan kepada  pihak sekolah. Pihak berkenaan dapat mengenalpasti pekerja-pekerja yang dapat ditawarkan bila perlu.
 Peringkat Pengajian Lanjutan
Pada masa kini selepas pengajian SPM, pelajar  sama ada berhenti belajar dan masuk ke pasaran pekerjaan  tanpa pengalaman atau  ditawarkan  menyambung pengajian ke STPM  sama ada dalam bidang sastera atau sauns selama dua tahun.
Masalahnya dengan tempoh dua tahun, jika pelajar  lulus minima dan tidak ditawarkan ke universiti, maka sijil STPM ini tidak mempunyai nilai ekonomi seperti SPM.
Adalah dicadangkan, sijil dua tahun STPM ditiadakan, sebaliknya pengajian dua tahun ini dijadikan peringkat diploma yang mempunyai nilai ekonomi.
Pada peringkat diploma ini pelajar dapat memilih pelajaran dan kombinasi pelajaran yang  mengukuhkan bidang yang dipilih. Dengan diploma katakan sains pelajar boleh menyambung pengajian seperti perubatan, engineering, pertanian dan sebagainya. Bagi pelajar kemanusiaan dan peradaban boleh  menyambung pengajian ke universiti dalam bidang ekonomi, perdagangan,  politik dan sebagainya. Begitulah dengan bidang-bidang yang lain. Kiranya pelajar-pelajar tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, maka dengan dip;oma yang ada boleh dipohon pekerjaan yang  sesuai dengan kelulusan.
Dalam kata lain, diploma adalah tahap kedua lulusan yang dapat kelulusan yang dapat dipohon pekerjaan.
Diploma kelulusan yang kukuh sama ada untuk menyambung pelajaran atau memohon pekerjaan.
Sekian.

July 15, 2020

ANAK-ANAK KITA KEMBALI KE SEKOLAH


ANAK-ANAK KITA KEMBALI KE SEKOLAH

Sejak Covid-19 melanda dunia
Termasuk negara kita Malaysia
Sejak awal 2020 dan kawalan  PKP
Terganggu bukan saja ekonomi
Tetapi semua peringkat  pengajian
Namun prihatin pihak Kementerian
Ibu bapa, guru, persatuan pihak berkenaan
Meneruskan pendidikan melalui `Atas Talian`
Mencetuskan kreativiti dan inovasi
Tapi tidak sama  menerima secara berdepan.

Ketika Covid-19 dalam kawalan
Biarpun di luar negara  musuh mengancam
Kita kembali berhati-hati  memulakan pembelajaran
Menurut prioriti dan SOP.
Bermula dari 24 Jun 2020
Atas kepentingan menghadapi peperiksaan
Pelajar SPM, STPM dan yang setarap
mulai kembali ke sekolah dengan SOP


Diikuti Taska atau  Tadika dan Rumah Asuhan
Mulai 01 Julai 2020
Menyelesaikan masalah ibu bapa
Bekerja perlu anak-anak dijaga.
Alhamdulillah setakat  ini
Tiada gejala atau  klaster  pendidikan.

Hari ini 15 Julai setelah  keselamatan
Semua peringkat pengajian
Kembali dibuka tetap  waspada
Dengan SOP dan  lebih teliti
Agar wabak menjauhi  anak-anak dikasihi
Antara  bimbang  dan ghirah kembali belajar
Mereka  diserah dengan  doa
Insya  Allaj  semua selamat.

Mereka adalah anak-anak generasi
Meneruskan  misi mencari ilmu
Dari guru dan semua berdedikasi
Menjadikan  Negara Berilmu
Sejahtera dan makmur.

(Fikrah Bangi: 612)
BBB: 23 Zulkaedah 1441H. = 15 Julai 2020M. (Rabu).