KEPERLUAN
(Fikrah Bangi:
513),
BBB:
24 Zulkaedah 1441H. = 16 Julai 2020M. (Khamis).
Telah
dibincangkan bahawa pengajian hingga peringkat
SPM masih tidak dipisahkan dengan aliran-aliran. Ianya diikuti oleh
semua pelajar, tetapi pemilihan mata
pelajaran memperlihatkan kecenderungan pelajar
ke arah yang ditujui seperti kepada pengajian sains dan teknologi,
kemanusiaan dan peradaban.
Walau
bagaimana ada keperluan-keperluan disediakan di sekolah
lebih dari kini seperti.
1)
Guru
Bidang pengajaran lebih banyak, sebab itu perlu
latihan guru kepada bidang-bidang berkenaan
sperti guru sains tulin, guru kemanusiaan dan peradaban. Guru khusus bagi ekonomi ,pertanian, perusahaan, agama dan
sebagainya.
2)
Makmal
Makmal
tidak saja kepada bidang sains,tetapi bagi bidang-bidang yang lain. Misalnya
ekonomi, perusahaan, pelancongan dan sebagainya.
3)
Lapamgan
Ada
pengajian yang perlu kepada lapangan. Misalnya perniagaan perlu turun ke pasar,
premis perniagaan, ke bank dan sebagainya.
Demikian dengan pertanian perlu ke ladang, bendang dan sebagainya.
4)
Kerjasama
Pihak
Kementerian, bahkan kerajaan mengarah
agar pihak berkenaan memberi kerjasama dengan pihak sekolah
5)
Penajaan
Pihak
institusi-institusi berkenaan, contoh
industri, pertanian, pembinaan, pelancongan dan sebagainya wajar, bahkan
diminta membuat tajaan kepada pihak sekolah. Pihak berkenaan dapat
mengenalpasti pekerja-pekerja yang dapat ditawarkan bila perlu.
Peringkat Pengajian Lanjutan
Pada
masa kini selepas pengajian SPM, pelajar sama ada berhenti belajar dan masuk ke pasaran
pekerjaan tanpa pengalaman atau ditawarkan
menyambung pengajian ke STPM sama
ada dalam bidang sastera atau sauns selama dua tahun.
Masalahnya
dengan tempoh dua tahun, jika pelajar lulus
minima dan tidak ditawarkan ke universiti, maka sijil STPM ini tidak mempunyai
nilai ekonomi seperti SPM.
Adalah
dicadangkan, sijil dua tahun STPM ditiadakan, sebaliknya pengajian dua tahun
ini dijadikan peringkat diploma yang mempunyai nilai ekonomi.
Pada
peringkat diploma ini pelajar dapat memilih pelajaran dan kombinasi pelajaran
yang mengukuhkan bidang yang dipilih.
Dengan diploma katakan sains pelajar boleh menyambung pengajian seperti
perubatan, engineering, pertanian dan sebagainya. Bagi pelajar kemanusiaan dan
peradaban boleh menyambung pengajian ke
universiti dalam bidang ekonomi, perdagangan,
politik dan sebagainya. Begitulah dengan bidang-bidang yang lain.
Kiranya pelajar-pelajar tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi, maka dengan dip;oma yang ada boleh dipohon pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan.
Dalam
kata lain, diploma adalah tahap kedua lulusan yang dapat kelulusan yang dapat
dipohon pekerjaan.
Diploma
kelulusan yang kukuh sama ada untuk menyambung pelajaran atau memohon
pekerjaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment