SEKOLAH
RENDAH (KEBANGSAAN) PELAJARAN MALAYSIA
(Fikrah
Bangi:600),
BBB:
09 Zulkaedah 1441H. = 01 Julai 2020M. (Rabu).
Pengajian
pada peringkat rendah persekolahan adalah peringkat paling penting bagi
seseorang anak dan juga bagi ibu bapa. Tanpa melupakan seorang anak telah
melalui pendidikan di peringkat taska atau tadika, tetapi pengajian pada
peringkat rendah adalah pengajian persekolahan secara formal.
Pengajian
pada peringkat rendah membuka ruang pengalaman yang lebih luas bagi
seorang anak. Pada peringkat ini seorang
anak mulai mengenali erti persekolahan, Seorang
anak mulai belajar berinteraksi dan berhubungan dengan kawan-kawan. Timbul
hubungan mesra antara kawan. Terpancar perasaan gembira pada wajah mereka,
tanpa menafikan ada yang kurang aktif dan agak takut-takut. Antara mereka
bertambah luas dari penggunaan bahasa dan berlaku perkembangan fizikal di dalam
bermain dan kegiatan lincah mereka. Mereka sudah mempunyai teman sebaya yang
menjadi sebahagian dari dunia kehidupan anak-anak.
Bagi
ibu bapa, terutama bagi anak sulung dan peringkat awal dari bilangan anak-anak,
menghantar anak ke sekolah adalah bukan setakat kasih sayang,tetapi mempunyai
harapan yang tinggi sebagai pengganti mereka. Adalah menjadi harapan ibu bapa terhadap anak agar dapat
belajar dengan baik dan kelak berjaya di dalam pelajaran dan dapat hidup penuh
kejayaan. Bagi Ibu bapa yang normal,
bagi memenuhi harapan terhadap anak sanggup berkorban dari segi harta, bila
anak menunjukkan tanda ke arah kejayaan.
Paling
penting bagi seorang anak yang baru memasuki gerbang persekolahan, ialah berdepan,
berinteraksi dan berkomunikasi dengan guru dan guru-guru. Seorang anak yang
baru bersekolah memandang guru sebagai seorang yang hebat dan dihormati.
Padanya dilihat keilmuan dan seorang mempunyai perwatakan yang tinggi dan guru
adalah sebagai contoh tauladan yang bukan saja dihormati, tetapi diikuti.
Pada
peringkat awal pengajian ini, anak diibaratkan sebagai kain putih yang dapat
dicorakkan dengan apa warna yang dikehendaki. Segala pembelajaran dan
pengalaman yang ditempohi terus melekat
dan menjadi ingatan. Tiap kita tidak lupa bagaimana pengalaman yang kita lalui
pada peringkat permulaan persekolahan yang hingga kini kita ingati..
Bagi
para guru, khususnya bagi yang telah lama berkhidmat memang amat tahu dengan
alam persekolahan anak-anak dan berbagai watak anak-anak yang didepani pada
peringkat awal persekolahan. Bagi menerapkan pengalaman yang positif dan manis
bagi anak-anak adalah penting bagi kelas awal dibimbingi oleh guru-guru yang
berpengalaman. Guru berdepan dengan anak-anak yang terus ceria dan bergembira
seolah-olah mereka yang sekelas adalah sebagai kawan-kawan yang telah dikenali
yang kebetulan adalah kawan sama se taska dan tadika sebelumnya.. Sementara itu ada yang senyap dan
kelihatan takut, terutama bagi anak yang tidak mempunyai kawan kenalan
sebelumnya. Tidak kurang pula yang enggan masuk ke dalam kelas dan terpaksa
ditemani oleh ibu atau bapa pada peringkat permulaan,bahkan ada yang menangis
dan tidak mau masuk kelas.
Bagi
guru yang berpengalaman, semua suasana hari permulaan persekolahan adalah
perkara biasa yang dialami guru. Sudah
tentulah ada berbagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi memesrakan anak-anak.
Misalnya tidak mengatur anak-anak sebagai di dalam kelas secara formal,
sebaliknya di letak berkeliling yang menjadikan semua murid melihatsekelilingan
bukan berdepan ke hadapan sahaja. Mungkin diadakan kegiatan seperti bermain
yang dapat menarik murid-murid turut menyertai secara langsung. Suasana di
dalam kelas secara tidak formal menggembirakan murid-murid dan menjadikan mereka mesra dan tidak takut untuk terus datang ke
sekokalah, tetapi apa yang lebih penting bagaimana mendidik anak-anak di dalam
kelas dan di luar kelas hingga dapat membentuk anak-anak secara ceria, aktif
dan ghirah untuk terus belajar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment