July 8, 2020

TRANSISI


TRANSISI
(Fikrah Bangi: 605),
BBB:  16 Zulkaedah 1441H. = 08 Julai 2020M. (Rabu).

Sebelum merdeka (1957) sekolah untul penduduk asal Negara (Malaya) pada masa itu yang dikenali dengan Sekolah Melayu – Sekolah Rendah, tidak mempunyai sekolah  menengah. Sekolah rasmi pada masa penjajah ialah Sekolah Inggeris – English School, sekolah ini mempunyai peringkat menengah yang kebiasaannya berada di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur di kenali dengan Victoria, Serembang King George, Perak dengan Anderson (sebuah sekolah elit di negeri itu, Malay College ditubuhkan pada tahun 1925) di Pahang Cliffod  School dan beberapa yang lain.
Jika ada murid-murid yang baik dari Sekolah Melayu yang ingin menyambung pengajian ke sekolah menengah beraliran English ini, maka ianya hendaklah melalui Kelas Remove yang dikenali  dengan `Special Malay. Sekolah Inggeris dari peringkat rendah adalah sekolah rasmi kerajaan. Lulusan dari sekolah menengah kerajaan ini diterima untuk bekerja di jabatan-jabatan kerajaan dan berbagai sektor. Iainya  Walau bagaimana pelajar lulusan menengah Inggeris pada masa itu sukar untuk masuk universiti `Raffle`s College` di Singapura,kecuali bagi yang istimewa sahaja.
Apabila negara mau mencapai kemerdekaan, satu bidang yang diberi perhatian ialah pelajaran.. Satu Dasar Pelajaran bagi Malaya Merdeka yang dikenali sebagai `Penyata Razak (1956) dalam mana disebut antaranya bahasa Melayu akan dijadikan bahasa Rasmi dan persekolahan  menengah hingga ke pengajian tinggi akan menggunakan bahasa Melayu.

Perancangan agak lewat, sepatutnya mulai  kemerdekaan sudah ada Sekolah Menengah  Melayu (Kebangsaan), tetapi pada masa itu tiada bangunan sekolah menengah Melayu, tiada guru yang dilatih dan tiadadilakukan pemilihan pelajar secara menyeluruh. Secara adhok  sementara dibangunkan sekolah menengah  Kebangsaan  (berbahasa Melayu), dipiiih sejumlah pelajar  dari Sekolah Melayu , ditumpang di beberapa sekolah pilihan seperti di Cliffod Schoo;, Kuala Lipis Pahang dan  di  Maktab Perguruan di Tanjung Malim. Walau bagaimana pelajar-pelajar menumpang ini  belajar  aliran English.
Sekolah menengah beraliran Melayu didirikan dengan terbinanya Sekolah Tuanku Abdul Rahhman (Star) di Ipoh, Perak, Sekolah Dato` Abdul Razak (SDAR) di Seremban, Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur dan diikuti oleh banyak lagi sekolah.
Perubahan dasar sebenarnya adalah lebih penting dari pembinaan fizikal bangunan sekolah. Penerusan pengajian dan peperiksaan seperti Lower Certificate Education berterusan dalam bahasa Inggeris. Penukaran kepada Sijil Rendah Pelajaran menggantikan LCE berlaku mulai tahun 1964, dua tahun berikutnya (1966)  Malaysia Certificate Education bertukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia dan pada  1968 High School Certificate (HSC) bertukat kepada Sijil Tinggi Persekolahan (STPM). Perubahan ini tidak mengubah pendirian Lembaga Peperiksaan Cambridge  yang mengiktiraf sijil-sijil berkenaan di dalam bahasa Inggeris sebelumnya.
Sebenarnya dengan pertukaran aliran ini tidak memerlukan kepada pendirian bangunan sekolah berasingan, kerana semua sekolah , khususnya yang dahulu di dalam bahasa Inggeris sama bertukar kepada aliran yang dikenali sebagai Aliran  Kebangsaan`.
Walau bagaimana pertukaran yang agak kurang terancang ini mempunyai implikasi tersendiri..
Sekian.

No comments:

Post a Comment