ANAK-ANAK
KITA KEMBALI KE SEKOLAH
Sejak
Covid-19 melanda dunia
Termasuk
negara kita Malaysia
Sejak
awal 2020 dan kawalan PKP
Terganggu
bukan saja ekonomi
Tetapi
semua peringkat pengajian
Namun
prihatin pihak Kementerian
Ibu
bapa, guru, persatuan pihak berkenaan
Meneruskan
pendidikan melalui `Atas Talian`
Mencetuskan
kreativiti dan inovasi
Tapi
tidak sama menerima secara berdepan.
Ketika
Covid-19 dalam kawalan
Biarpun
di luar negara musuh mengancam
Kita
kembali berhati-hati memulakan
pembelajaran
Menurut
prioriti dan SOP.
Bermula
dari 24 Jun 2020
Atas
kepentingan menghadapi peperiksaan
Pelajar
SPM, STPM dan yang setarap
mulai
kembali ke sekolah dengan SOP
Diikuti
Taska atau Tadika dan Rumah Asuhan
Mulai
01 Julai 2020
Menyelesaikan
masalah ibu bapa
Bekerja
perlu anak-anak dijaga.
Alhamdulillah
setakat ini
Tiada
gejala atau klaster pendidikan.
Hari
ini 15 Julai setelah keselamatan
Semua
peringkat pengajian
Kembali
dibuka tetap waspada
Dengan
SOP dan lebih teliti
Agar
wabak menjauhi anak-anak dikasihi
Antara
bimbang
dan ghirah kembali belajar
Mereka
diserah dengan doa
Insya Allaj
semua selamat.
Mereka
adalah anak-anak generasi
Meneruskan
misi mencari ilmu
Dari
guru dan semua berdedikasi
Menjadikan
Negara Berilmu
Sejahtera
dan makmur.
(Fikrah
Bangi: 612)
BBB:
23 Zulkaedah 1441H. = 15 Julai 2020M. (Rabu).
No comments:
Post a Comment