IDENTITI:
MENGENALPASTI JATI DIRI
(Fikrah
Bangi: 620),
BBB: 05 Zulhijjah 1441H. = 26 Julai 2020M. (Ahad).
Identiti
adalah imej atau citra yang terpancar dari sesuatu perkara dengan sifat atau
ciri dominan yang ada padanya. Misalnya. seorang yang pemurah dan suka menolong orang susah,
maka dia dikenali dengan sifatnya
sebagai seorang pemurah dan baik hati. Jika imej ini menyeluruh bagi satu kaum misalnya
bersifat meraikan tamu, maka kaum berkenaan dikenali sebagai `Suka meraikan
tetamu.
Manakala
jati diri sifat dan imej yang kuat bagi
seseorang atau kelompok, misalnya orang German terkenal sebagai mereka yang
bijaksana,tiap hasil yang dilakukan berkualiti. Dominan dengan imej ini, meskipun
tidak menyeluruh, maka dilihat mereka
`Bijaksana` sebagai jati diri. Demikian
orang Jepun dilihat sebagai mereka yang cekal dan ianya menjadi jati
diri pada mereka.
Jati
diri bagi sesuatu kelompok menjadikan
kelompok yang mempunyai nilai positif dihotmati dan dipandang tinggi. Identiti,
lebih-lebih lagi jati diri terhasil dari sejarah, pengalaman, uji-ujian yang
dilalui dan hasil-hasil ketara secara
nyata atau sifat yang mengidentitikan mereka.
Bagi
sebuah negara bangsa identiti dan jati diri penting, bukan saja dilihat orang
dari luar, tetapi sebagai keyakinan diri dan mampu berdepan dengan sesiapa jua.
Bagi
kita di Malaysia banyak faktor yang
berlaku dan terbina sebagai ciri
dan identiti bagi negara kita Malaysia, tetapi bagi mencari inti jati diri
kita sesuatu yang agak sukar.
Dari
segi sejarah,kita mempunyai episod dan perkembangan yang panjang, namun cukup bagi kita melihat identiti negara
bangsa kita di dalam konteks zaman moden.
Sejarah
moden kita yang membawa kepada terbentuknya negara Malaysia adalah hasil dari
zaman penjajahan. Sebelum dari penjajahan yang mula berlaku pada abad ke 16,
kawasan negara kita berada di dalam
kawasan yang dikenali sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu `Malay Archipelago` yang di
dalam kawasan ini dikenali dengan Jawa,
Sumatera, Tanah Melayu dan Filipina.
Kehadiran
penjajah memberi kesan dari segi pembahagian kawasan yang diwarisi hingga kini.
Kawasan yang dikenali kini dengan Indonesia adalah pernah berada di bawah
penjajahan Belanda, manakala Filipina adalah pernah berada di bawah penjajahan
Spanyol, manakala Malaya, Singapura,
Sabah dan Sarawak di bawah penjajahan British dan Brunei di bawah Kesultanan
Melayu Brunei. Adalah menjadi imej dan identiti bagi kawasan tersebut sebau
Bekas Tanah Jajahan British.
Perjuangan
kemerdekaan, bukan saja menjadi sejarah yang memutuskan kesilaman – zaman penjajahan,
dengan kemerdekaan yang kawasan ini didahului oleh Malaya di bawah kepimpinan
Tunku Andul Rahman. Perjuangan kemerdekaan ini dapat dipastikan sebagai `Jati
Dir1` bagi Malaya.
Sebagai
sama di bawah penjajahan British yang pada masa itu belum merdeka, iaitu
Singapura Sabah dan Sarawak – dan Brunei di bawah Kesultanan Melayu Brunei,
dilihat tidak selamat secara bersendirian. Ini membewa kepada kerjasama antara
pemimpin di wilayah berkenaan, sekali
lagi Tunku Andul Rahman mengetuai Gagasan Malaysia.Biarpun mendapat tentangan
dari Indonesia dan Filipina yang melalui pahit getir perjuangan, Malaysia yang
cuba digagalkan oleh beberapa pihak itu, berjaya ditubuhkan pada 16 Sptember
`1963.
Perjuangan
kemerdekaan dari Malaya ke Malaysia yang
mempunyai ciri-ciri tersendiri adalah identiti dan jati diri bagi negara dan
rakyat Malaysia. Tanpa mengkesampingkan pimpinan Sabah, Sarawak – Juga Singapura
dan Brunei (tidak menyertai Malaysia dari awal) adalah Jati Diri- Perjuangan
kemerdekaan dan tokoh utama adalah Tunku Abdul Rahman yang sesuai pula dipanggil
sebagai `Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Sejauhmanakah
pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan Malaysia bersama Tunku Abdul Rahman
diberi kedudukan selayaknya di dealam perjuangan kemerdekaan dan pembentukan
Malaysia ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment