SRP:
ASAS BERBAGAI MAKLUMAT
(Fikrah
Bangi: 696),
BBB: 17 Zulkaedah 1441H. = 09 Julai 2020M.
(Khamis).
SRP
ada dalam susunan peningkatan persekolahan dan pengajian tinggi yang terdiri
dar pengajian dan tempoh pengajian sebagaimana berikut.
1)
Sekolah Rendah 5 tahun
2)
Menengah Rendah 3 tahun
3)
Menengah 2
tahun
4)
Menengah Atas
- Diploma 2
tahun
5)
Ijazah Pertma 3 tahun
6)
Sarjana 2 tahun
7)
Doktor Falsafah 3 tahun
Dengan
pengajian berterusan bererti seseorang pelajar menghabiskan masa 20 tahun,
ketika ia berumur 27 tahun. Tapi pada kebiasaan seseorang pelajar mulai bekerja
selepas mendapat ijazah pertama, iaitu ketika berusia 22 tahun, iaitu selepas
belajar selama 15 tahun. Pengajian
ijazah lanjutan dapat dilakukan selepas bekerja, sama ada disponsor oleh
majikan bagi meningkatkan perkhidmatan atau dilakukan secara persendirian.
Kembali
kepada pengajian pada peringkat pengajian menengah rendah, maka peringkat ini adalah
peringkat menyampaikan keilmuan asas kepada pelajar bagi mendedahkan kepada
mereka berbagai ilmu pengetahuan secara asas. Dari pendedahan ini mencetuskan
minda mereka bagi membuat pilihan khususnya selepas pengajian pada peringkat
menengah (SPM).
Pembahagian
ilmu kini kepada sastera dan sains tidak
lagi tepat dengan perkembangan keilmuan dan keperluan kini.
Sastera
memberi konotasi yang tidak tepat yang antaranya bermaksud bidang seni dan
kreatif, juga bermakna sesuatu yang khayal, dan pada zaman silam sasterawan
selalu digandingkan dengan `ahlu nujum dan sasterawan` dan juga konotasi
bermaksud `tidak ilmiah.
Bidang
sastera ini dicadangkan kepada, `Kemanusiaan dan Peradaban, manakala bidang
sains digandingkan dengan `Sains dan Teknologi.
Bidang
kemanusiaan lebih tepat, kerana keilmuan berkenaan merujuk kepada ruang lingkup pengalaman, persepsi dan
tanggapan manusia yang melibatkan hati rohani mereka. Peradaban ialah merukuk
kepada kemajuan manusia dalam bidang kemanusiaan itu sendiri yang meningkatkan
adab akhlak dan budi manusia yang mencirikan ketinggian akal budi manusia itu
sendiri.
MANAKALA
BIDANG SAINS, MERUJUK KEPADA SAINS TULEN, BUKAN SAINS DARI SEGI ILMU
KESELURUHAN. Bidang ini merangkumi kemampuan manusia di dalam meneroka, tabiat
kejadian alam dan sifatnya, misalnya dari segi bahan fizikal yang rahsianya
misalnya dikaji secara biologi, fizik dan kimianya dan tindak balas yang semua rahsia dapat
digunakan oleh manusia bagi kepentingan mereka.
Kemajuan
yang dihasilkan oleh manusia dengan meneroka rahsia alam mampu digunakan oleh
manusia, misalnya dapat mengeluarkan tenaga bagi kemudahan kehidupan, dan dapat
membina segala jenis kenderaan yang memudahkan manusia bergerak, dapat
menghasilkan kaedah perhubnungan melalui IT, dapat membuat bangunan yang
canggih dan menyediakan kemudahan kehidupan kemanusiaan dan dapat membantu
manusia menghasilkan keperluan makan minum dan pakaian dan berbagai lagi. Hasil
dari sains menghasilkan berbagai teknogi yang memajukan kehidupan manusia yang
menjadikan mereka relatifnya makin bahagia.
Jasi
dengan dua komponan keilmuan ini, iaitu Kemanusiaan dan Peradaban dan Sains dan
Teknologi perlu diperkenalka di dalam pembelajaran pelajar pada peringkat menengah rendah. Ianya bagi
persediaan bagi pelajar memilih berdasarkan pengenalan dan kefahaman bidang-bidang
yang dipelajari
Kita
tidak mau apa yang dipelajari di sekolah tidak releven dengan kehiduan. Selepas
habis belajar, ianya dilupakan dan dilihat tidak releven dengan realiti
kehidupan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment