PERBANYAKKAN KOLEJ – BIDANG SAINS-TEKNOLOGI
(Fikrah
Bangi: 614),
BBB: 25 Zulkaedah 1441H. = 17 Julai 2020M.
(Juma`at).
Sebagaimana
telah disebut, bahawa pengajian pada peringkat kolej adalah pengajian selepas
SPM menggantikan tempat STPM sebagai kelulusan untuk masuk ke universiti,
lantaran STPM tidak mempunyai nilai
ekonomi.
Diploma
peringkat kolej juga mengambil masa dua tahun dan mempunyai beberapa fungsi.
Ianya sebagai kelayakan bagi menyambung pengajian di universiti dan juga
menyediakan tenaga mahir di dalam bidang
tertentu di kolej bagi menyediakan tenaga mahir pekerja kepada pihak
tertentu di dalam bidang tertentu tersebut, Ianya juga melatih pelajar di dalam
bidang-bidang berkenaan bagi membuka peluang berdikari membuka perusahaan
sendiri. Kolej-kolej berkenaan pada dasarnya diwujudkan oleh kerajaan, tetapi
boleh ditaja sama oleh pihak tertentu yang mempunyai hubungan misalnya mendapat
tenaga mahir bagi pihak tertentu.
Contoh bagi
kolej di dalam bidang sains dan teknologi
1)
Kolej Perubatan
Pengajian
di kolej ini bagi menyediakan pelajar-pelajar perubatan yang jika lukus dengan
baik dapat menyambung pengajian di dalam bidang perubatan di universiti yqang
menawarkan bidang perubatan. Andainya jika pelajar tidak lulus dengan baik, ia
boleh mengikuti kursus pada bidang lain yang ada hubungan dengan karier
perubatan seperti di dalam bidang farmasi, dan sebagainya.
2,
Kolej Engineering
Menawarkan
kursus di dalam bidang engineering dan jika lulus dengan baik dapat menyambung
pelajaran di universiti yang menawarkan bidang engineering,tetapi jika
kelulusan tidak memuaskan dapat mengikuti pengajian yang lebih rendah seperti
mechenical, dan sebagainya. Mereka juga
dapat bekerja di firma-firma engineering, boleh membuka firma menjual kereta dan sebagainya.
3.
Kolej Agro Buisiness
Menawarkan
kursus dalam bidang pertanian dan
perladangan jika lulus dengan baik dapat menyambung pengajian pada peringkat
ijazah di universiti Pertanian, jika tidak mereka boleh mempelajari bidang berkenaan pada peringkat kolej dan boleh bekerja di
sektor pertanian dan perladangan seperti di Feldam dan Felcra atau membuka buisiness
sendiri di dalam bidang pertanian, permakanan
dan banyak lagi di dalam bidang yang berhubung dengan pertanian.
4. Kolej
Pembinaan
Di
dalam negara yang pesat membangun, salah satu sektor yang berkembang ialah
pembangunan fizikal,termasuk mendirikan bangunan, khususnya perumahan dan
perbandaran. Mereka yang lulus dengan baik akan menyambung pengajian di
universiti, jika tidak dapat melibatkan diri
di dalam pembinaan, arkitekture, perbandaran dan sebagainya. Juga bila
berkemahiran boleh menjadi kontrektor dan sebagainya.
5. Pertahanan
Keselamatan
Kolej
menawarkan bidang Pertahanan keselamatan
seperti tentera, polis, pertahanan awan dan juga bomba.
Lulus
dalam bidang ini boleh menyambung pengajian ke Universiti Pertahanan dan jika
tidak layak,banyak peluang seperti berkhidmat di dalam tentera, polis, bomba, angkatan pertahanan awam, sukarelawan dan
sebagainya.
Banyak
lagi dapat ditawarkan di dalam bidang sains dan teknologi Pendek kata pihak
kerajaan menyediakan peluangt pembelajaran pada peringkat tinggi dan menyediakan
pekerjaan, kepada berbagai pihak termasuk swasta bahkan mereka dapat menajadi
pekerja mahir dan sebagainya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment