PERUBAHAN KEPADA
KOLEJ
(Fikrah
Bangi: 516),
BBB: 29 Zulkaedah 1441H. = 21 Julai 2020M.
(Selasa).
Pengajian
yang bersifat praktikal dan akademik
mendapat pasaran pekerjaan yang baik
seperti pengajian secara teknikal
dan vokesyinal, bahkan mereka lebih laku dari
lulusan universiti. Bagi pengajian pada peringkat kolej adalah
mengimbangi dari segi akademik dan praktikal.
Ciri ini adalah ditekankan
baik di bawah bidang Kemanusiaan dan Peradaban dan di
bawah Sains dan Teknologi..
Melalui pengajian ini
lulusan berpeluang menyambung pengajianm
pada peringkat universiti dan mendapat
pasaran yang baik dari segi pekerjaan.
Sebelum diwujudkan
pengajian pada peringkat kolej ini perlu kepada persediaan, iaitu:
1)
Kurikulum
Pihak Kementrian Pelajaran perlu
memilih tokoh-tokoh di dalam berbagai pelajaran di bawah Kemanusiaan dan Peradaban
menggubal kurikulum yang menepati
tahap kolej dan juga kaedah praktikal
bagi pembelajaran.. Keadaan yang sama
diperlukan bagi bidang Sains dan Teknologi. Pakar-pakar berkenaan sudah ada di kalangan guru-guru yang sedang berkhidmat,
di samping menambah dan melatih guru atau disebut sebagai pensyarah yang baru.
2)
Bangunan
Buat
permulaan kelas-kelas tingkatan enam di sekolah dapat digunakan secara
sementara bagi menjalankan pengajian pada peringkat kolej. Tetapi usaha
mewujudkan kampus khas perlu dilakukan. Keutamaan perlu didahulukan mana yang
lebih penting dan mendapat sambutan. Misalnya mewujudkan kampus bagi Kolej
Pengajian Ekonomi dan Perdagangan,
Kampus bagi Kolej Perubatan, Kolej Pengajian Islam dan sebagainya.
Sebenarnya ada sebahagian dari kampus yang telah wujud dapat ditukarkan
kepada pengajian kolej. Terdapat sekolah-sekolah agama yang sesuai ditukarkan
kepada Kolej Pengajian agama. Dengan
demikian dapat mengurangkan dari segi perbelanjaan.
3)
Kawasan
Mungkin
timbul di tempat mana perlu diutanakan bagi mendirikan kolej berkenaasn. Mungkin setiap negeri mendapat peluang bagi
mendirikan kolej berkenaan yang mungkin keperluannya lebih dari satu kolej. Tetapi
perlu difikirkan dari segi kesesuaian dan kemudahan yang ada pada sesuatu
tempat. Misalnya jika mau diwujudkan kampus Kolej Ekonomi dan Perdagangan,
perlu ada padanya pusat perdagangan dan kilang bagi tempat latihan. Jika mau
diwujudkan kampus Kolej Agro-buisiness, maka sesuai dengan tempat yang ada
ladang dan kawasan pertanian dan jika mau diwujudkan Kolej Merin dan Lautan, maka sudah tentulah sesuai
di kawasan berdekatan dengan laut sesuai untuk kawasan praktikal.
4)
Kerjasama
Pengajian
peringkat kolej ini wajar mendapat kerjasama dan penajaan dari pihak yang ada
kepentingan dan faedah daripada kolej. Misalnya
jika didirikan Kolej Engineering dan Teknikal, maka didirikan di tempat
yang ada misalnya industri yang mengeluarkan kenderaan atau alat-alat yang
berhubung dengan kenderaan maka wajar disirikan di kawasan mengeluarkan kereta
dan akat-alat kenderaan, maka syarikat berkenaan wajar memberi kerjasama,
sponsor bahkan membiayai peruntukan bagi kampus berkenaan kerana syarikat berkenaan
mendapat kemudahan dari segi pekerja mahir dan sebagainya.
5)
Biasiswa
Antara
masalah dari segi pembelajaran pada peringkat tinggi ialah mendapat peruntukan kewangan. Kolej yang
berorientasikan akademik dan amali ini wajar mendapat biasiswa dan tajaan dari
badan-badan dan syarikat yang ada hubungan
dengan bidang-bidang pengajian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment