July 3, 2020

FOKUS PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH


FOKUS PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
(Fikrah Bangi: 601),
BBB:  11 Zulkaedah 1441H. =  03 Julai 2020M. (Juma`at).

Fokus pemdidikan pada peringkat sekolah rendah dapat dibahagikan kepada tiga:
1)   Mengenal Huruf
Adalah menjadi ungkapan terkenal, bahawa pengajian peringkat rendah adalah bertolak dari mengenal huruf sama ada huruf rumi dan dahulu juga adalah bagi mengenali huruf jawi.
Mengenal luruf yang diringkas kepada abjad atau alphebet adalah asas bagi pembelajaran untuk membaca perlu kepada mengenal huruf a, b, c  atau alif, ba` dan  ta` dan seterusnya ada;ah kunci bagi pembacaan. Berbagai kaedah digunakan seperti menulis pada papan tulisan, mempamerkan dengan gambar, mengajar menulisnya dan menyuruh anak-anak menyebutnya dengan berulang kali, bahkan dinyanyikan bagi menyeronok dan memudahkan anak-anak mengingati dari segi sebutan dan mengenali dari segi bentuk. Berbagai kaedah lagi digunakan yang menyeronokkan anak-anak belajar.
2)    Membaca
Berikut dari mengenal huruf, ialah diikuti dengan membaca. Tahap sebelum membaca ialah dikenali dengan mengeja.. Pengejaan ialah dengan memadukan huruf-huruf konsonan dengan huruf saksi (a, o, i, e, u), daripadanya  menghasilkan bunyi. Misalnya
Nama seperti   Buku, , baju, jari,  bapa dan sebagainya.
Perbuatan sepeti  beri, , makan,  suka dan sebagainya.
Pengejaan disertai dengan gambar atau langsung dengan perbuatan sebagai lakonan kecil.
Kaedah membeca yang bermula dengan mengeja dan melengkapkan ejaan bagi satu-satu perkataan yang kemudian dilengkapkan dengan perkataan dan ayat membolehkan anak-anak membaca dan memahami perkataan dan ayat-ayat yang mungkin disertai dengan gambar-gambar dan juga perbuatan dan lakonan.
Membaca membuka minda anak-anak kepada maklumat dan dengan maklumat memberi kefahaman dan keilmuan asas kepada anak-anak.
3. Mengira
Tahap yang lebih tinggi selepas mengenal huruf, membaca melalui ejaan ialah mengira.
Mengira ialah  bermula dari mengenali angka atau nombor, iaitu dari 1,  2,, 3, 4,  5,  6,  7, 8.  9, dan 0 bagi aepuluh.
Memberi kefahaman bagi angka ialah dengan menunjukkan secara langsung bagi sesuatu nombor seperti dengan menggunakan buah guli, batang kalam, buku dan berbagai-bagai kaedah yang sesuai yang dapat diperlihatkan dengan gambar dan perbuatan.
Pembelajaran tentang angka akan diikuti dengan perkembangan dari pembelajaran terhadap angka yang dikenali sebagai hisab, matematik  dan kiraan . Antara bagi peringkat asas ialah campur, tolak dan bahagi. Pembelajaran yang lebih canggih dari segi angka-angka membawa kepada perkembangan bagi keilmuan matematil pada peringkat rendah. Iaitu dengan mencerakinkan kaeagah campur, tolak dan bahagi ke dalam  kaeadah perkiraan.
Dengan menguasai ketiga-tiga bidang membuka ruang kepada anak-anak dapat membaca, bukan sahaja terhadap teks yang dipelajari,tetapi membuka ruang kepada anakanak membaca berbaga-bagai maklumat.
Bagi anak-anak yang pintar, sejak dari darjah bawah, ada yang sudah mampu membaca buku-buku seperti noval, pengajian agama, surat  khabar dan sebagainya.
Pengajian pada peringkat sekolah rendah bukan setakat mengenal huruf, membaca dan mengira, tetapi ada bidang-bidang yang lain.
Sekian.

No comments:

Post a Comment