July 11, 2020

KEPENTINGAN SPM DAN PENINGKATAN


KEPENTINGAN  SPM DAN PENINGKATAN
(Fikreah Bangi:  608).
BBB:  19 Zulkaedah 1441H. – 11 Julai 2020M. (Sabtu).

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sijil yang penting bagi seseorang waga negara Malaysia. SPM adalah tahap sederhana (pertemgahan)  dari pencapaian pelajaran warga negara. Dilihat dari tempoh pengajlan yang dihabiskan  adalah lima tahun kedua selepas pengajian lima tahun pada peringkat rendah. Ertinya bagi mendapat  kelulusan SPM memerlukan rempoh biasa selama sepuluh tahun. Manakala bagi peingkat pengajian tinggi pada peringkat  Doktor falsafah perlu tempoh normal sepuluh tahun lagi. SPM berada pada bahagian tengah dari segi tempo pengajian.
Banyak kepentingan kelulusan SPM. Antaranya:
1)   Kelulusan SPM yang baik diperlukan bagi menyambung pengajian kepada peringkat yang lebih tinggi.
2)   Kelulusan SPM kini menjadi syarat kelulusan akademik bagi  kebanyakan pekerjaan.
3)   Dengan kelulusan SPM yang baik dapat diterima secara terus (tanpa STPM) bagi memasuki pengajian di universiti.
Selama ini pengajian bagi peringkat SPM hanya mengambil masa dua tahun selepas SRP bagi  mendapat SPM. Oleh kerana peperiksaan bagi peringkat SRP ditiadakan, maka adalah wajar pengajian pada peringkat SPM dijadikan tiga tahun. Manakala tempoh tiga tahun selepas pengajian peringkat menengah rendah wajar dijadikan dua tahun yang dikenali dengan peringkat Persediaan. Dalam tempoh persediaan, pelajar diberi peluamg melihat kecenderungan memilih mata pelajaran pada peringkat SPM. Tempoh dua tahun ini dapat dinilai potensi pelajar ke asrama penuh, tanpa peperiksaan formal.
Dengan pengajian pada peringkat SPM lebih panjang masa, kebih mantap dari segi pengajian yang dihadapi.
Oleh kerana  tahap SPM ditambah masa wajar diberi  peningkatan dari segi pengajian, iaitu dengan meningkatkan  keilmuan  sesuai dengan penambahan masa, lebih daripada itu  dengan  penambahan keilmuan yang releven dari segi keperluan semasa meningkatkan kualiti SPM..
Keperluan semasa, antaranya:
A)  Sesuai dengan kelulusan dan bidang yang mau di sambung pengajian.
B)   Releven dan sesuai dengan bidang pekerjaan yang dipohon yang memerlukan keilmuan terkini dan kelulusan dicpai.
C)   3. Dalam tempoh tiga tahunbanyak bidangpengaj9an yangdiambah yang meningkat muu dan kelayakan.
D)  Dengan kelulusan yang standard   banyak piawayan dapat digunakan. Misalnya piawayan  dari segi berbahasa. Kemahiran IT dan sebagainya.
E)    Kita mau  standard SPM menjadi lebih tinggi sebagaimana kita mau peringkat selepasv SPM seperti  univeresiti  menjadi lebih tinggi.
Dalam hal ini SPM yang baru yang ditambah dengan masa memerlukan kemasukan  mata pelajaran yang baru yang sesuai dengan keperluan semasa.
Keperluan semasa ini dimaksudkan dengan peningkatan keilmuan semasa, termasuk misalnya dari segi IT, digital teknologi, komunikasi dan sebagainya.
Generasi terkini amat terbuka dengan perubahan kaedah pengajian juga seharusnya sama berubah menurut keperluan semasa dan tidak ketinggalan zaman.
Peningkatan pengajian pada peringkat  SPM memberi kesan dari segi keilmuan masyarakat dan terbuka dengan perubahan seterusnya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment