RUNDINGAN
– KESEFAHAMAN, PEMBENTUKAN MALAYSIA
(Fikrah
Bangi: 620),
BBB: 06 Zulhijjah 1441H. = 27 Julai 2020M. (Isnin).
Dalam
rundingan kemerdekaan bagi pembentukan
Malaysia ada persamaan antara rundingan kemerdekaan Malaya dan
pembentukan Malaysia. Kaedah yang digunakan ialah secara Rundingan dan
Kesefahaman. Ini tidak bererti tidak ada berlakunya penentangan baik pada
peringkat bagi Kemerdekaan Malaya dan Pembentukan Malaysia.
Bagi
kemerdekaan Malaya setelah berlakunya penentangan terhadap Gagasan Malayan
Union yang dicadang British dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu (1948).
Rundingan ke arah kemerdekaan berlaku dengan penyatuan kaum melalui
Umno, MCA dan MIC yang Umno diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman , MIC oleh Leong Yu Koh dan MIC oleh Manikavasagam.
Rombongan berangkat ke London dan selepas dari siri rundingan kemerdekaan
Makaya berlaku pada 31 Ogos 1957.
Selepas
Filipina mencapai kemerdekaan dan Indonesia jufa menbapai kemerdekaan, tinggal
beberapa kawasan jajahan British belum
merdeka, iaitu Singapura, Sabah, Sarawak
dan Brunei di bawah Kesultanan Melayu Brunei dilihat tidak selamat dari ancaman
luar, sedang British mau melihat kawasan tanah jajahannya ini dapat kekalsebagai
satu intiti bekas Tanah Jajahan British, seeloknya berada di dalam satu
kesatuan. Untuk diletak di bawah kesatuan dengan Australia dan New Zealand di
bawah kekuasaan British, tetapi begitu jauh dari segi geografi, diselangi antaranya
oleh Indonesia. Tunku Abdul Tahman dilihat berkesempatan dengan situasi dan
saat sejarah dengan mengusulkan pembentukan negara Malaysia yang terdiri dari
Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei di bawah Kesultanan Melayu Brunei.
Cadangan ini diliha selari dengan hasrat
British dan tidak mendapat bantahan dari British, lantaran itu semangat
Rundingan bagi mendapat kesefahaman antara pemimpin di negeri-negeri berkenaan,
iaitu Tunku dari Malaya, Lee Kuan Yu dari Singapura, Tun Mustafa dan Tun Fuad
Stephen dari Sabah, Tun Jugah Anak Bering,
Abdul Rahman Ya`kob dari Sarawaj dan Sultan Brunei dari Brunei berlaku
rundingan dan bersetuju membentuk
Malaysia pada 31 Ogos 1963, tetapi oleh kerana Suruhan jaya Coboult dan pihak Bangsa Bersatu
tidak sempat menyelesaikan urusan,juga berlaku pemberontakan di Brunei
menentang penyertaan Brunei diketuai Azhari, maka tarikh pembentukan Malaysia
terpaksa ditangguh kepada 16 September
1963. 1963.
Apa yang hendak ditekankan di sini,bahawa kaedah
rundingan mencari persefahaman dan persetujuan digunakan bagi pembentukan
Malaysia. Pendapat diambil bukan saja
dari British dan pimpinan negeri-negeri
berkenaan,tetapi pendapat rakyat juga ditinjau, kelewatan pengurusan menyebabkan
tarikh pembentukan Malaysia yang asalnya mau disamakan dengan tarikh
kemerdekaan Malaya terpaksa diubah kepada 16 September 1963.
Pembentukan
Malaysia yang sepatutnya disertai sama oleh semua bekas tanah jajahan British
itu tidak terlepas dari gelora dalaman dan luaran yang terpaksa dihadapi oleh
pemimpin-pemimpim yang sama menubuhkan Malaysia.
Penentangan
yang sengit diterima dari pemimpim Imdonesia yang diketuai oleh Presidennya,
iaitu Sukarno, Perdana Menterinya Subandrio dan Aidit Ketua Parti Komunis
Indonesia, Negara Indonesia melancarkan
konfrontasi terdap Malaysia. Manakala
Filipina yang diketuai oleh Macapagal dan Marcos juga menentang
penubuhan Malaysia dan mendakwa Sabah adalah sebahagian dari Negeri Sulu
bahagian Selatan Filipina, manakala Brunei tidak jadi menyertai Malaysia kerana
berlakunya pemberontakan dalam negara itu dan tidak mau menyertai Malaysia.
Walau
bagaimana hasil dari rundingan dan kesefahaman Malaysia terbentuk pada 16 September 1963.
Sekian.
No comments:
Post a Comment