July 22, 2020

KUA:LITI DAN PENGIKTIRAFAN


KUALITI  DAN PENGIKTIRAFAN
(Fikrah Bangi: 617),
BBB:  01 Zulhijjah 1441H. = 22 Julai 2020M. (Rabu).

Jika disusun kedudukan pengajian peringkat kolej dalam  rangka tiga segi, maka kedudukan dalam tiga segi yang makin ke atas  makin menirus dan  makin kecil, maka kedudukan pengajian pada peringkat kolej adalah pada susunan ketiga ke atas, iaitu di bawah bagi puncak bagi pengajian di universiti.
Pengajian pada peringkat ini adalah tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai pra-universiti.  Dari peringkat ini pelajar yang lulus dan layak menyambung pengajian ke universiti menurut aliran dan kelulusan yang dipilih.. Jika tidak menyambung pengajian ke universiti, maka pelajar berkenaan dapat memasuki pasaran pekerjaan menurut kelulusan dan kelayakan yang ada padanya.
Apa yang hendak ditekankan, baik pengajian pada peringkat apa pun hendaklah menjaga dari segi kualiti. Kualiti pengajian hendaklah berstandard tinggi. Ianya seharusnya mendapat pengiktirafan dari berbagai pihak.
Ada beberapa pengiktirafan terhadap kualiti, kita  tekankan pada peringkat kolej ini,  iaitu:

1)    Pengiktirafan Formal
Pengiktirafan formal ini diberi oleh institusi yang lain yang berwibawa tinggi. Misalnya  Sijil SPM dan HSC diberi pengiktirafan oleh Universiti Cambridge,  bahakan mendapat kerjasama.  Sijil berkenaan dipandang tinggi sebagai syarat bagi  pekerjaan (SPM) dan syarat bagi kemasukan ke universiti. Sijil pada peringkat kolej seharusnya diusaha bag  mendapat pengiktirafan bukan saja oleh Cambridge, tetapi misalnya oleh universiti di Jepun, Korea, Perancis, Azhar, German, Tuki, Perancis dan sebagainya sama ada secara rundingan dan kerjasama atau rundingan denga  universiti-universiti berkenaan dan diterima masuk pelajar kolej ke universiti-universiti berkenaan. Kita juga seharusnya mengiktiraf kelulusan mereka yang setaraf dan layak belajar di universiti di negara kita.
2)   Pengiktirafan Dalaman
Pengiktirafan dalaman, bahawa ianya bukan saja diterima belajar di negara ini, tetapi diterima sebagai keperluan syarat bagi menjawat sesuatu jabatan, firma dan apa jua pekerjaan.

3)   Pengiktirafan Kemasyarakatan
Kelulusan kolej dianggap baik dan bermutu, bila rata-rata masyarakat memuji tentang kualiti kerja yang dihasilkan oleh  graduan kolej. Bukti mutu kerja dan menjadi buah mulut masyarakat adalah bukti kemasyarakatan yang mengiktiraf tentang mutu lulusan kolej.. Bila menjadi buah mulut da terkenal termasuk  pada peringkat luar negara menjadikan mutunya semakin meningkat.
4)    Rebutan
Antara berbagai jenis kolej ada antaranya mengatasi yang lain. Misalnya Kolej Ekonomi lebih terkenal dari Kolej Pertanian dan sebagainya.Ini menjadi unsur  pertandingan  antara kolej, ianya sesuatu yang  baik bagi  meningkatkan kualiti kolej-kolej berkenaan.
5)   Meningkatkan Mutu Yang Lain
Dengan meningkatkan mutu pada peringkat kolej,  ianya turut mrningkatkan kualiti pada peringkat, misalnya universiti. Dengan inimenjadikan mutu pengajian di negara ini makin meningkat Ianya mejadi aset bagi negara bagi memajukan negara ini di dalamberbagai bidang  pengajian. Ianya dapat menarik pelajar-pelajar luar  untuk datang belajar di negara  ini  sebagai  hub  pengajian.

Sekian.

No comments:

Post a Comment