ARAFAH YANG LENGANG
Hari
Wuqif di `Arafah hari ini
Amat
berlainan dari kebiasaan
Tiada
exodus berjuta jama`ah
Mengambil
kesempatan berada
Meyempurnajan
rukun kewajipan
Tiada
haji tanpa kehadiran.
Hari
ini `Arafah lengang
Yang
hadir hanya puluh ribuan jama`ah tempatan
Demikian
akibat dari Covid-19 menyerang
Ke
seluruh dunia, tiada kecuali
Termasuk
dua Tanah Suci elak jangkitan
Dua
masjid utama lengang dari kehadiran.
Di
tanah air dan di mana jua umat Islam
Bercadang
menunaikan Haji tahun ini
Menangguhkan
pemergian dicitakan
Kapal-kapal
terbang tiada bergerak dari landasan
Lapangan
Jeddah dan Madinah
Lengang
dari pendaratan
Hotel-hotel
penginapan tiada ditempah jama`ah
Peniaga-peniaga
hilang kunjungan
Tanah
Makkah dan Madinah serta jama`ah
Kerinduan
oleh tiadanya Haji dan `Umrah
Dido`akan
pulihnya suasana kembali kebiasaan.
Di
Tanah Air dan di mana umat berada
Kehadiran
Hari Wuquf disambut dengan takbir
puasa
sunat sama menyertai ibadat
sempena
mereka Wuquf di `Arafah.
(Fikrah
Bangi: 623),
BBB:
09 Zulhijjah 1441H. = 30 Julai 2020M.
(Khamis).
No comments:
Post a Comment