July 14, 2020

PERUBAHAN DAN PENYESUAIAN


PERUBAHAN DAN PENYESUAIAN
(Fikrah Bangi: 611).
BBB:  22 Zulkaedah 1414 H.= 14  Julai 2020M. (Selasa).

Sebahagian besar dari lulusan SPM setiap tahun tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih atas dan mereka akan memasuki berbagai bidang pekerjaan, manakala sebahagian daripada mereka menyambung pengajian ke peringkat lebih atas. Lantaran itu pengajian pada peringkat SPM perlu mengambil kira persediaan asas bagi mereka masuk pasaran pekerjaan dan juga keperluan yang melayakkan mereka menyambung pengajian.
Keperluan bagi kedua pihak mengambil bahasa Malaysia adalah persediaan bagi mereka berkomunikasi dengan bahasa tersebut secara baik dan bagi yang menyambung pengajian dapat meningkatkan mereka di dalam bahasa tersebut ke tahap yang lebih tinggi dari segi keperluan akademik. Dengan bahasa tersebut menyatupadukan rakyat sebagaimana disaksi kini, di samping dapat berurus decara licin.
Kewajipan mengambil bahasa Inggeris adalah pengakuan tentang bahasa antarabangsa dan perlu diketahui oleh semua sekurang-kurangnya bagi kefahaman dan berkomunikasi. Bagi yang menyambung pengajian peningkat atas terhadap bahasa tersebut adalah keperluan yang dituntut sebagai alat mendalami pengajian.
Adalah didapati setengah mata pelajaran  tidak dapat dipraktikkan di dalam pekerjaan, misalnya Sejarah dan Tamadun, tetapi ianya secara tidak langsung memperluaskan maklumat dan penting bagi seorang yang  menyambung pengajian di dalam mata pelajaean berkenaan termasuk Sains Politik dan Perundangan.
Mata pelajaran seperti ekonomi adalah penting  secara asas bagi yang keluar dan bekerja dan terlibat di dalam bidang ekonomi dan Perdagangan, sebab itu semasa di sekolah pelajar dibimbing secara praktik di dalam kedua-dua bidang berkenaan dan menjadikan kajian lapagan sebahagian daripada  pelajaran yang diikuti. Mereka dibawa ke primis-premis perniagaan, pasar, pasar raya dan ke perusahaan-perusahaan.
Sebahagian dari kursus di dalam bidang Sains adalah bersifat  prinsip dan melalui kajian di makmal, seperti biologi, fizik dan kimia, tetapi ianya boleh dibawa pelajar ke perusahaan yang melibatkan bidang-bidang berkenaan bagi mendalami kefahaman dan cinta terhadap bidang yang diceburi.
Satu bidang yang berkembang pesat ialah IT. Bidang ini  berkembang dalam urusan komunikasi,  kewangan,  bahkan  aspek digital, sesuatu yang berkembang pesat. Bidang IT ini menjadi sebahagian kehidupan moden, sebab itu pendidikan didalam bidang ini perlu ditekankan di dalam persekolahan. Ianya diperlukan di dalam kehidupan seharian dan lebih perlu pada peringkat pengajian tinggi.
Kesedaran terhadap kepentingan Alam Sekitar perlu ditekankan pada pengajian sejak dari sekolah lagi. Pelajar dingatkan pentingnya menjaga alam sekita r dan kebersihan. Pemjagaan Alam Sekitar perlu dari segi pelancungan. Selain dari mempelajarinya di dalam bilik kelas pelajar dibawa melihat tentang pencemaran sungai dan laut, penggondolan bukit bukau yang mengancam  akam sekitar dan betapa buruknya kawasan yang kotor dan tidak menjaga kebersihan. Pelajar dilibatkan dalam kegiatan gotong royong membersihkan sungai, taman, kawasan perumahan dan sebagainya.
Antara bidang yang menarik minat pelajar ialah bidang sukan. Pengajian di dalam kelas dibawa kepada yang bersifat praktis di padang bo;a, di court badminton,  di court sepak raga. Pertandingan wajar diadakan sehingga peringkat kejohanan di sekolah, daerah, negeri dan negara.Ia tidak mustahil menyemarakkan sukan dan dapat melahirkan jaguh-jaguh pada  berbagai peringkat.
Apa yang mau ditekankan, pengajian pada peringkat SPM tidak saja berlegar di dalam kelas, tetapi hendaklah bersifat praktikal ke luar kelas dan ke lapangan-lapangan berkenaan. Dengan demikian jika yang keluar dan terus ke pasaran pekerjaan, mereka sudah mempunyai pengalaman dan dapat melakukan pekerjaan dengan baik. Bagi yang menyambung pengajian, pengalaman dapat mempertingkatkan bidang pengajian yang dpelajari.

Sekian.

No comments:

Post a Comment