July 20, 2020

KOLEJ PISAH DARI SEKOLAH


KOLEJ PISAH DARI SEKOLAH
(Fikrah Bangi:  615),
BBB:  28 Zulkaedah 1441H. = 20 Julai 2020M. (Isnin).

Pengajian pada peringkat kolej hendaklah dipisahkan dari pembelajaran pada peringkat sekolah  atas. Banyak alasan.. Pemisahan ini bukan saja pada peringkat fizikal, tetapi dari:
a)     Pengajian pada peringkat ini hendaklah bersifat pra-universiti, maka kandungan kurikulum dan pengajaran dari taraf sebelumnya  dianggap sebagai sekolah bagi mendapat sijil tinggi persekolahan. Pengajian pada peringkat ini bertaraf kolej – bertaraf pra universiti. Pengajian pada tahap ini lebih khusus yang jika lulus dan layak, maka pelajar akan memasuki universiti menurut aliran yang dipilih misalnya ekonomi, engineering, wartawan, pentradbiran dan sebagainya. Jika tidak layak, mereka boleh masuk ke pasaran pekerjaan yang sesuai menurut kelulusan yang ada pada mereka.
b)    Dilihat dari segi masa belajar yang biasanya dihabiskan ke peringkat Ph. D selama 20 tahun, maka  pengajian pada peringkat kolej adalah ketika  pengajian memasuki tahun ke 11, yakni separuh kedua dari masa pembelajaran normal. Umur pelajar ketika memasuki kolej adalah 18 tahun, umur yang bukan lagi pada tahap anak-anak dan pada umur ini sudah  berkelayakan untuk mengundi.. Pelajar seharusnya tidak dianggap sebagai anak sekolah.
c)     Pada tahap seorang anak muda tampan, tidak sesuai lagi dipaksa berpakaian sekolah dengan seluar hijau tua dan baju putih berlengan panjang –bagi perempuan berbaju kurung puti dan berkain hijau dan berkasut putih atau hitam. Mereka sepatutnya bebas memilih pakaian yang sesuai atau mempunyai uniform tersendiri menurut kesesuaian  pengajian dan nature pekerjaan seperti seorang engineer, pentadbir atau Dr. Perubatan. Ada kemegahan bagi mereka dari segi berpakaian dan penampilan.
d)   Kaedah pengajaran seharusnya berubah dari pembelajaran di sekolah yang biasanya berada di dalam kelas mendepani papan tulis dan kapur, tetapi pembelajaran  menurut kurikulum baru bertarap pra-universiti dan tidaksemestinya berada di dalam kelas sahaja, tetapi pengajaran menggunakan alat-alat teknologi moden menggunakan IT, digital dan bahan-bahan  bukti secara life,bahkan lebih banyak berada di lapangan seperti di firma perusahaan, ladang,  pejabat pentadbiran, di firma perniagaan dan di institusi-insitusi kewangan dan berbagai lagi.
e)    Kolej pengajian  adalah  didirikan oleh kerajaan, tetapi dari satu pihak, ianya  dapat penajaan dari firma dan institusu yang ada hubungan dan memerlukan tenaga kerja mahir, lantaran itu  diberi subsidi dan penajaan bagi mendapat pekerja terlatih dan berkualiti. Jika pelajar ini layak ke pengajian tinggi, maka firma  atau institusi sanggup membiayai pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi mendapat tenaga yang lebih berkualiti.
f)      Pihak pengajian tinggi hendaklah mempastikan pengajian pada tahap kolej dan pra universiti adalah benar-benar bermutu dari segi pensyarah, kandungan kurikulum, bangunan pembelajaran yang sesuai dan tidak bersifar sekolah, peralatan, , kenderaan, komunikasi, persediaan tempat sukan, masjid dan pegawai-pegawai bimbingan.
g)    Seharusnya pada peringkat ini, kos pengajian tdak dibeban terhadap ibu bapa, tetapi disponsor oleh pihak tertentu. Atau setiap pelajar mempunyai skim pembelajaran yang telah disediakan  sejak dari kecil.
h)    Imej kolej seharusnya  beridentiti sendiri yang warganya megah dengan identiti kolej dan mereka mempunyai azam yang kuat hasil dari motivasi dan insentif yang bakal didapati
Kolej adalah pengajian pra universiti yang  mempunyai imej positif tersendi. Pelajar bermegah dengannya dan mesra belajar di dalamnya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment