July 19, 2020

KOLEJ - KEMANUSIAAN DAN PERADABAN


KOLEJ – KEMANUSIAAN DAN PERADABAN
(Fikrah Bangi: .615),
BBB:  27 Zulkaedah 1441H. =  19 Julai 2020M. (Ahad).

Sebagaimana bidang sains dan teknologi, demikianlah banyak bidangnya di bawah kemanusiaan dan peradaban yang dapat fijadikan bidang  pengajian. Antaranya:  
1)    Kolej  Bahasa
Menyebut bahasa termasuklah sastera.  Di dalam memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara pengajian bahasa dan sastera diberi perhatian. Dari sini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang akan  belajar di maktab-maktab perguruan, khususnya di dalam bidang bahasa. Bagi yang berkelayakan menyambung pengajian seperti di UKM, UM,   Universiti Sultan Idris, Tanjung Malim dan sebagainya.
Kolej-kolej bahasa juga mengajar bahasa-bahasa yang lain, terutama bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa yang lain yang pelajar menyambung pengajian ke negera-negara berkenaan.. Selama ini kita mempunyai sepertyi Institut Bahasa di Lembah Pantai, tetapi sepi, apakah yang dilakukan di institut itu dari segi memajukan bahasa.

2)   Kolej Islam
Kita mempunyai banyak sekolah agama. Ianya menjadi saluran bagi pelajar-pelajar berkenaan menyambung pengajian dan dapat berkhidmat sebagai  guru. Bagi yang terpilih dapat menyambung pengajian ke universiti yang banyak berjenama Islam di negara kita.
3)    Kolej Undang-Undang
Bagi yang mempelajari kenegaraan, Perlembagaan dan sejarah, mereka dapat menyambung pengajian ke Kolej Undang-Undang dan dapat bekerja di dalam bidang yang berhubungan dan bagi pelajar yang baik dapat menyambung pengajaian di Fakulti Undang-Undang yang terdapat di beberapa universiti di negara ini seperti di UM, UKM, UIAM, UiTM dan lain-lain.
4)   Kolej  Seni Budaya
Kolej ini memberi peluang kepada mereka yang berbakat di dalam bidang seni seperti seni lakun, seni suara, seni kraft,  dan sebagainya menyambung pengajian dan mengekal dan memperkembangkan warisan bangsa dan dapat berdikari dari segi pekerjaan.
Negara kita kaya dengan  warisan budaya dan adat yang dapat dikaji dan dihidupkan sebagai elemen budaya bagi negara  ini. Ianya menjadi tarikan bagi pelancongan.
Bagi yang berkelayakan menyambung pengajian, maka antara pengajian tinggi di dalam bidang di atas ialah Universiti Aswara di samping UM, UKM dan sebagainya.
5)    Kewartawanan
Salah satu bidang yang berhubung dengan kemahiran berbahasa dan membuat laporan ialah bidang kewartawanan. Ia adalah salah satu bidang komunikasi yang kini semakin canggih. Kewartawanan kini bukan saja berhubung dengan penerbitan akhbar yang kini agak merosot dari segi penerbitan, kerana pengaruh IT dan berbagai penyiaran yang lain seperti  tv dan komunikasi internet, digital  dan sebagainya.
Kewartawabab dan berbagai bidang komunikasi daoat di pelajari pada peringkat pengajian tinggi  bagi mereka yang layak Pengajian yang menawarkan pengajian ini seperti UiTM, OM. UKM  dan beberapa pengajian  tinggi yang lain.
Banyak lagi bidang di bawah Kemanusiaan dan Peradaban yang dapat ditawarkan menurut keperluan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment