July 28, 2020

KENANGI TOKOH DAN SEJARAH


KENANGI TOKOH DAN SEJARAH
(Fikrah Bangi: 621),
BBB: 07 Zulhijjah 1441H. =  28 Julai 2020M. (Selasa).

Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963, tidak  semeriah sebagaimana diadakan  ulang tahun penubuhan. Bermaksud penubuhan  dengan barisan hadapan penubuhan tidak semudah bagi yang tidak memahaminya. Banyak halangan dan ujian yang dihadapi sama ada pada  pihak dalaman – dalam negara, lebih-lebih lagi luaran.. Anihnya tokoh-tokoh berjasa  dan mereka yang berperanan bersamanya, tidaklah begitu dikenangi. Tugas kini ialah mengisi kemerdekaan negara yang sama dicapai, Di sebalik dari itu yang sering didengari ialah tuntutan hak-hak, bukan bagaimana  menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, jika tidak di dunia, di Asia atau sekurang-kurangnya  di Asia Tenggara – Asean.
Menghargai tokoh-tokoh, bererti mengingati perjuangan mereka, bererti juga memahami sejarah semasa perjuangan mereka. Sewajarnya sejarah negeri-negeri atau negara yang dicadang dan terlibat dengan penubuhan Malaydia wajar dibicarakan dan difahami latar belakang dan sejarahnya.  Dengan demikian menjadikan kita warga yang memahami sejarah negara yang dapat menimbulkan kefahaman dan rasa cinta terhadap negara secara faham, bukan secara ungkapan  luaran tanpa kefahaman dan kemesraan.
Tokoh-tokoh yang terlibat dengan penubuhan Malaysia yang terutama ialah Tunku Abdul Rahman yang semua menerima ketolohannya, tetapi bukan sekadar menyebut namanya, tetapi perlu diberi kefahaman tentang latar dan perjuangannya pada peringkat dalam negara, tetapi hingga kepada peringkat antara bangsa. Tokoh ini sekali pandang begitu mudah, tetapi melihat kepada keterlibatnnya, dia adalah seorang Negarawan  yang berjasa di dalam banyak perkara, baik bersifat dalam negara dan antara bangsa. Dalam kata lain fokus terhadap tokoh ini dari segi kewibawaannya tidak  diberi penekanan sepatutnya yang beliau adalah tokoh negara dan antarabangsa. Menghormatinya bererti menjadikan rakyat melihatnya sebagai Bapa Malaysia dan tokoh Negarawan Antarabangsa.
Membicarakan tokoh Malaysia bermula dari Semenanjung Tanah Melayu, selain dari Tunku Andul Rahman, tidak boleh dilupakan ialah Tun Razak yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri dari peringkat usaha penubuhan Malaysia dan menjadi Perdana Menteri selepas penubuhan Malaysia. Peranannya tidak begitu diberi tempat sewajarnya.
Tenaga kanan dan dapat disifatkan sebagai pemikir  penubuhan Malaysia dan terlibat sama di dalam merangka `Rukun Negara` ialah Tan Sri Ghazali Shafie yang merupakan Setiausaha Negara dan memimpin banyak pertemuaan dan perbincangan di dalam mesyuarat-mesyuarat bagi penubuhan Malaysia. Idea-idea bernas beliau patut dikaji dan dibincangkan sebagai panduan. Pemimpin rakyat yang aktif dan energetik dari Semenanjung Tanah Melayu, ialah Ghafar Baba yang patut diberi tempat di dalam perbincangan.
Tak boleh  dikesampingkan  di dalam merangka penubuhan Malaysia  pada peringkat permulaan ialah Lee Kuan Yu Perdana Menteri  Singapura. Seorang intelektual dan negarawan yang banyak mencetuskan fikiran-fikiran bernas. Idea-ideanya terutama berhubung dengan pembentukan Malaysia patut diperbincangkan. Dia menerima pembentukan Malaysia dengan harapan yang tinggi, tetapi dia sanggup berada di pihak pembangkang di dalam parlimen. Singapura diharap menjadi pelabohan antarabangsa bagi Malaysia, Malaysia diharap menjadi negara makmur di dunia dan Asia.
Walaupun Lee Kuan Yu dianggap tidak sebulu dengan Tunku Abdul Rahman, ketokohan dan pemikirannya patut diterima dan dikaji. Sejarah yang berlaku, mengapa Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia, patut dikaji secara detail. Wajarkah Tunku mengambil tindakan perseorangan tanpa membawanya ke dalam sidang parlimen ? Tindakan ini menimbulkan pertentangan di kalangan pemimpin-pemimpin.
Perbincangan hendaklah secara akademik bagi  mendapat jawapan sebenar dan menjadi panduan, bahkan merapatkan hubungan terutama  dengan Singapura. Tokoh-tokoh lain di Singapura pada masa itu ialah Timbalan Perdana Menteri,  Encik Hock Tong, Ahmad Ibrahim Tokoh undang-undang dan Yusof Ishak..
Sekian.

No comments:

Post a Comment