KURIKULUM
KE ARAH `NEGARA BERILMU~
(Fikrah
Bangi: 609),
BBB: 20 Zulkaedah 1441H. = 12 Jukai 2-2-M. (Ahas).
SPM
adalah tahap penting bagi pembinaan
rakyat Malaysia yang berpelajaran. Tahap ini dapat dikategorikan tahap minima
yang seharusnya dikuasai rakyat dan banyak keperluan kepadanya sebagaimana
telah diperkatakan.
Dilihat
dari segi kepentingan ilmu dan ideal bagi negara Malaysia menuju kepada `Negara Berilmu`, maka
kurikulum bagi asas `Negara Berilmu`, maka ianya dibina secara kukuh sebagai
asas `bagi Negara Berilmu` tersebut.
Darinya kelak akan diperluaskan kepada nerbagai bidang-bidang yang sesuai sebagai Negara Berilmu.
SPM
sebagai minimum asas bagi melanjutkan pengajian dan kerjaya,ianya
sebagai sermpang bagi memilih bidang spesijik dan bagi menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ianya seharusnya merangkumi
ruanglingkup keilmuan yang dapat diperluaskan pada peringkat atas.
Atas
dasar pengajian tiga tahun, maka pemilihan kursus bagi tiga tahun hendaklah
berdasarkan jumlah unit bagi nilai pelajaran yang diambil.
Jumlah
unit bagi 6 semester (3 x 2 semester
hendaklah tidak kurang dari jumlah 300
unit. Ini bererti bagi setiap tahun perlu diambil sejumlah 100 unit. Pelajar
boleh mengambil kurang dari seratus unit atau lebih bagi satu semester. Tetapi
pada akhir tahun ketiga hendaklah berjumlah
300 unit.
Pembentukan
kursus adalah dalam kategori.
Kelompok
Pertama: Kursus Wajib diambil dan lulus.
Kelompok
Kedua: Kelompk Kemanusiaan dan Peradaban
Kelompok
Ketiga: Sains dan Teknologi.
Bagi
kelompok Kedua dan Ketiga banyak kursus yang ditawarkan. Pemilihan
dikira debagai major bila diambil lebih banyak dari salah satu kelompok
berkenaan, tetapi pemilihan dari salah satu kelompok hendaklah tidak kurang
dari separuh dari satu kelompok yang dikira minor bagi pemilihan yang dibuat.
Dengan
wujudnya kelompok-kelompok yang dibuat, maka dari kelompok pertama semua
pelajar wajib mengikutinya dan semua pelajar
dididik dengan kandungan kelompok yang wajib ini yang dikira antaranya
membentuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia.
Manakala
bagi kelompok kedua adalah penyediaan ilmu secara luas dan terbuka, Seorang
pelajar mungkin minat di dalam bidang Kemanusiaan dan Peradaban, maka dia
mengambil lebih banyak unit dari kelompok Kemanusiaan dan Peradaban ini. Tetapi
pelajar ini tetap mempunyai asas keilmuan Sains dan Teknologi yang seharusnya
diambil dan menjadi sebahagian dari keilmuan yang dipelajari.
Bagi
mana-mana bidang yang dipelajari diaboleh mengkhususkan pada peringkat
pengajian tinggi, apabila dia bercita-cita meneruskan pengajian kepada
peringkat tertinggi yang dihasratkan.
Bagi
pelajar yang tidak mau menyambung pengajian kepada peringkat tertinggi, kerana
kurang pencapaian yang menggalakkan atau sengaja tidak mau menyambung pengajian,
dia boleh memohonn pekerjaan menurut kelayakan yang ada padanya. Dia boleh
memilih antara bekerja terus atau di samping bekerja menyambungf pengajian
secara separuh masa, sambilan dan kemungkinan menyambung pengajian atas talian.
Kursus
yang ditawarkan yang akan dibicarakan tidaklah bersifat rigid, dalam tempoh
sedekad misalnya ianya boleh diubah dari segi kursus atau berlaku
pertambahbaikan bila diperlukan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment