PROSES
PENANAMAN NILAI
(Fikrah
Bangi: 602),
BBB: 12 Zulkaedah 1441H. = 04 Julai 2020M.
(Sabtu).
Aspek
yang dapat dilihat berlaku pada anak-anak pada peringkat sekolah rendah ialah
berlakunya proses penanaman nilai terhadap anak-anak. Aspek ini berlainan
dari kaedah pembelajaran secata formal
seperti pembelajaran seperti mengenal huruf, , mengeja, membaca dan mengira
yang tiap-tiap satu mempunyai tahap pembelajaran dan mempunyai tahap
perkembangan dan peringkatan.
Penanaman
nilai adalah proses pembelajaran secara tidak langsung dan berkembang di dalam
diri anak-anak hasil didikan sosialisasi dan tertanam nilai yang didepani dan diialami
anak-anak dalam kehidupan sehari-hari.
Penanaman
nilai berlaku semasa bersama ibu bapa, guru-guru, teman persekolahan dan masyarakat sekeliling.. Pembelajaran nilai
sewajarnya bersifat selari dan berkesinambungan dan sewajarnya tidak
bercanggahan. Andainya berlaku misalnya nilai dirumah bercanggahan dengan di
sekolah nescaya akan berlaku konflik dalam diri anak-anak dan boleh menimbulkan
masalah – konflik nilai.
Di
sekolah anak-anak dididik mengasihi ibu bapa, mendengar cakap mereka, kasih
terhadap mereka, bercakap benar. Maka di sekolah nilai ini diperkukuh hasil
dari ajaran guru-guru, bahawa anak
hendaklah kasih kepada ibu bapa, mendengar cakap mereka, bercakap benar dan
elak dari berbalah dengan sama adik beradik. Jika ke sekolah bersama abang atau
kakak, dia menjaga sama keselamatan adik. Bila naik bas misalnya dikehendaki
beratur. Di sekolah juga guru berpesan supaya kasihkan ibu bapa, mendengar
nasihat mereka, tidak membantah dan tidak berbalah dengan sesama adik beradik.
Murid-murid sama diajar supaya bersifat jujur dan bercakap benar. Guru juga
berpesan supaya bergaul dengan baik dan tolomg menolong dan membantu antara
satu sama lain.. Banyak pengajaran nilai disampaikan oleh guru secara tidak
langsung misalnya melalui pengajaran dan penceritaan. Misalnya buruknya sifat
tamak dan kejinya mencuri. Sebaliknya baiknya bermuafakat, tolong menolong dan
membantu antara satu sama lain.
Pengaruh
dari segi penanaman nilai yang penting ialah berlaku sesama kawan-kawan anak-anak dan pergaulan mereka dengan anak-anak sekolah
yang lain. Anak-anak seharusnya
mempunyai kawan-kawan yang baik perangai. Misalnya kawan yang baik, jujur,
tidak berdusta, tidak bercakap kasar,
suka tolong menolong dan tidak lokek. Kawan yang sama mungkin merupakan
kawan di luar sekolah atau mungkin daei kalangan yang lain. Jika demikian,
anak-anak bahkan ibu bapa mempastikan supaya anak-anak tidak berkawan dan tidak
bergaul dengan anak-anak yang diketahui mempunyai perangai tidak baik.
Satu kelompok lagi yang mempengaruhi anak-anak
selain dari ibu bapa, guru dan teman
sesekolah, ialah pergaulan anak-anak ketika keberadaan di luar masa sekolah.
Misalnya waktu petang dan malam. Jika
anak-anak pada waktu petang mengikuti pengajian agama atau kelas Al-Qur`an,
maka ianya boleh dianggap selamat.. Anak=anak dianggap selamat dari pengaruh
luar , jika mengikuti ibu bapa sama berjama`ah di masjid atau surau, Tetapi anak-anak kurang bersama orang tua,
sebaliknya ering bersama kawan-kawannya. Sebab ituibubapa perlu pastikan
siapakah kawan-kawan bagi anaknya.
Sebagaimana
telah disebutkan, anak-amak diibaratkan sebagai sehelai kain yang putih yang
dapat dicorakkan dengan berbagai corak.. Ianya juga diibaratkan sebagai biji
benih. Jika benih yang baik dan jika dari awal dipastikan ianya disemai dan
dijaga dengan baik, maka insya Allah anak-anak terdidik dengan baik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment