FIZIKAL DAN HATI-ROHANI
(Fikrah Bangi: 603),
BBB: 13 Zulkaedah 1441H. = 05 Julai
2020M. (Ahad).
Ada dua perkembangan yang terjadi
terhadap anak-anak dalam masa persekolahan. Satu daripadanya ialah perkembangan
nampak, iaitu dari segi fizikal. Kedua perkembangan yang tidak nampak dari segi
fizikal, iaitu perkembangan kita namakan `Hati-Rohani‘. Kita tidak menerima
istilah emosi bagi ‘Hati-Rohani‘, kerana emosi adalah bersifat sentimen dan tidak
bertempat kukuh di dalam diri.
Dimaksudkan dengan perkembangan
fizikal, ialah perkembangan biologi diri
anak-anak. Seorang anak masuk sekolah di dalam darjah satu, ketika berumur
7 tahun. Pada masa itu tubuhnya masih kecil. Perkembangan
fizikal berlaku dari segi tumbesar hasil dari makan minum, pergerakan seharian
bersama kawan-kawan. Pergerakan yang lebih berkesan adalah dengan kegiatan
bersukan dan bermain bersama kawan-kawan. Perkembangan fizikal tidak setakat
membesar dari segi fizikal, tetapi berkembangan dari segi minda yang
mengukuhkan diri dari segi pembelajaran, tetapi juga berkembang dari segi
hati-rohani. Misalnya dari segi kasih sayang, marah, bahkan dari segi
kepercayaan, misalnya terhadap pegangan agama. Perkembangan fizikal menambah
kemampuan pergerakan, misalnya pergerakan kepada tempat yang lebih jauh dan
bersamanya bertambah keyakinan diri. Penumpuan secara teratur dan terancang
termasuk dari segi permakanan dan sukan misalnya penting bagi seorang anak yang
mengarah kepada kematangan yang lebih.
Perkembangan hati-rohani adalah
penting di dalam memupuk cinta dan kasih sayang. Seorang anak sejak dari dalam
keluarga telah terpupuk dengan kasih sayang terhadap ibu bapa dan adik beradik..
Bila bersekolah kasih sayang bertambah pada sekolah, guru-guru dan kawan-kawan,
bahkan secara lebih luas terhadap sekolah. Kasih sayang dan cinta terhadap
sekolah kekal seumur hayat. Seorang pelajar walaupun sudah berkedudukan, tetapi
cinta terhadap sekolah pengajiannya dan suka jika dapat diingati melalui
pertemuan alumnai dan sebagainya. Elemen ini penting di dalam memupuk cinta
terhadap negara. Ianya berkembang dari
elemen sekolah kepada pusat-pusat pengajian yang dilalui, ianya berkembang
kepada organisasi, pekerjaan dan sentimen terhadap kampung, pekan, bandar,
negeri dan negara.
Elemen kasih sayang terhadap sekolah
ini dapat dikembang dan dipupuk di dalam pengajaran di sekolah. Misalnya
anak-anak sekolah dipupuk dengan rasa kasih sayang terhadap sekolah dan
masing-masing berusaha menjaga kebensihan sekolah dan mempertahankan
keistimewaan yang ada padanya.
Pertandingan-pertandingan yang berlaku terutama dengan pihak luar akan
memperkukuhkan sentimen menyokong dan mempertahankan pihak sekolah.
Cinta terhadap sekolah dapat
diperluaskan dengan cinta terhadap kampung, pekan, bandar dan negeri, bahkan
dengan negara yang setiap tempat mempunyai tempat yang dimegahkan. Setiap orang sanggup mempertahankan pihak yang
disokong.
Contoh
yang ketara dari pemupukan cinta dan
kasih sayang terhadap pihak yang
disokong dan berpihak kepadanya, ialah dati pertandingan bola sepak antara
negara Malaysia dengan negara yang lain.
Bagi rakyat Malaysia tentulah bermati-matian menyokong pasukan Malaysia,
lantaran ianya adalah negara sendiri dan sentimen berlaku terhadapnya, kerana
cinta, kasih dan membela terhadapnya.
Apa
yang hendak ditekankan, bahawa mendidik anak-anak di sekolah bukan saja
ditumpukan kepada pembelajaran dari segi minda, tetapi hendaklah diberi pendidikan dari segi hati-rohani dan
sentimen.
Melalui
pendidikan sedemikian anak-anak bukan
saja dikembangkan dari segi minda, tetapi juga dari segi hati-rohani dan emosi
sehingga dapat melahirkan rakyat yang bijaksana, cinta kepada negara, membela,
bahkan memimpin ke arah kejayaan di dalam berbagai-bagai bidang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment