July 6, 2020

SIGNIFICANT SEKOLAH RENDAH


SIGNIFICANT SEKOLAH RENDAH
(Fikrah Bangi: 604),
BBB:  14 Zulkaedah 1441H. 06 Julai 2020M. (Isnin).

Sekolah rendah dapat dikatakan sekolah yang dilalui oleh semua anak-anak dan sekolah rendah adalah sekolah yang menjadi nostalgik bagi setiap orang. Ianya menjadi kenangan sepanjang hayat.
Hingga 1960 lulusan sekolah rendah adalah taraf biasa bagi kebanyakan orang dan merupakan taraf minima bagi mendapat pekerjaan. Seorang yang lulus sekolah rendah yang baik (pada masa itu ada darjah enam), layak diterima menjadi seorang guru. Juga layak bagi berbagai pekerjaan yang lain. Peringkat ini sudah boleh berurusan. Ini tujuan British mengadakan sekolah rendah. Fungsi ini nampaknya berterusan hingga tahun 1960.
Kini piawayan biasa di dalam pelajaran bagi mendapat pekerjaam, bahkan bagi menyambung pengajian hendaklah lulus SPM. Walau bagaimana kelulusan sekolah rendah mempunyai significant tersendiri. Peperiksaan sekolah rendah  perlu diadakan dan diteruskan. Bukan bagi mendapat kelayakan bagi mendapat peketaan. Sebaliknya ia menandakan satu tahap yang perlu dilalui oleh anak-anak sekolah. Tahap selepasnya anak-anak menyambung pengajian ke peringkat menengah.
Nilai sijil pada peringkat rendah bukan sangat pada mata pelajaran yang dicapai seperti di dala matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Tidak juga pada peringkat yang dicapai sama ada A, B, C dan sebagainya pada setiap pelajaran, tetapi  berharganya sebagai statement persekolahan.
Lantaran itu di dalam sijil sekolah rendah, janganlah dicatat hasil keputusan peperiksaan yang dilalui seorang anak sekolah sahaja, Sebagai dokumen bersejarah dan nostalgik, maka di dalam Sijil Sekolah hendaklah mengandungi:
1)    Peribadi
Tercatat di dalamnya nama  anak, ibu dan bapa, tarikh kelqhiran anak, tempat lahir, jantina, anak keberapa. Bilangan murid dalam siri krmasukan di sekolah berkenaan. Jika tiada data, sekurang-kurangnya bagi tahun berkenaan.
2)   Latar Keluarga
Berasal, alamat menetap, pekerjaan bapa dan ibu. Keterlibatan ibu
bapa dengan sekolah,  misalnya ahli PIBG dan sebagainya.
3)   Pencapaian Akademik
Dicatat semua kelulusan dan pencapaian oleh anak.
4)   Kegiatan
Masa bersekolah misalnya bersukan, berkreasi, keterlibatan di dalam pakaian seragam dan sebagainya.
5)   Pencapaian
Misalnya Ketua Kelas, Ketua Umum, Johan Tilawah peringkat sekolah. Johan lumba lari peringkat daerah dan sebagainya.
6)   Cita-Cita
Pada masa bersekolah berkenaan, misalnya menjadi Doktor Perubatan, Saintis, Pemain Bola Sepak Terkenal, Pensyarah dan sebagainya.
7)    Perwatakan
Dinilai oleh Guru, misalnya berpotensi menjadi pemimpin dan sebagainya.
8)   Akhlak
Juga dinilai oleh Guru, misalnya – Jujur dan  baik.
9)    Sosialisasi
Juga oleh Guru, misalnya disenangi oleh guru dan murid-murid.
10)                      Nasihat
Oleh Guru dan Guru Besar.

Apa yang dicatat mungkin sebahagian tidak berlaku, tetapi komen-komen yang baik memberi inspirasai dan aspirasi bagi masa depan murid. Mungkin antaranya menepati cita-cita dan harapan dari guru.
Sekian.

No comments:

Post a Comment