CABARAN PENUBUHAN
MALAYSIA
(Fikrah
Bangi: 624),
BBB: 12 Zulhijjah 1441H. = 02 Ogos 2020M. (Ahad).
Suasana
pada tahun 1960an adalah berbeza dari suasana kini. Pertarungan ideologi amat
ketara pada masa itu baik dari segi dalaman dan luar negara. Malaya pada masa
itu menghadapi tentangan komunis yang diharamkan. Pergerakan ini berlaku sejak
dari 1940an selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Komunis yang dianggap
sebagai golongan kiri mengambil
pendekatan menentang penjajahan di Malaya pada masa itu berjuang menentang
British pada masa itu secara mengangkat senjata. Pergerakan yang diketuai Cheng
Peng yang diharamkan mengambil pendekatan bergerak secara haram antaranya di
hutan dan di kawasan yang mereka dapat menyusup. Antara tindakan mereka
membunuh Pesuruhjaya British di Malaya Sir Efward Gent secara ambush dalam convoi
perjalanan. Selepas kemerdekaan Tunku Andul Rahman mengadakan pertemuan dengan Cheng Peng dan
rakan-rakannya di Baling dan menawarkan mereka perletakan senjata, tetapi
ditolak oleh Cheng Peng. Gugatan komunis di Malaya berterusan hingga 1960an.
Gugatan komunis juga berlaku di Sabah dan Serawak yang menentang kedudukan
British di sana.
British
tidak mau kawasan tanah jajahan berada
di bawah pengaruh ideologi yang menentangnya, terutama komunis. Usaha oleh
Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin seperti di Singapura, Sabah dan
Sarawak dan juga Brunei, diharap dengan
penubuhan Malaysia dapat mempersatukan
bekas tanah jajahannya dan mrnolak dari pengaruh ideologi komunis.
Pengaruh ideologi komunis berada berdekatan. Misalnya komunis menjadi sebahagian dari ideologi di Indonesia di
bawah pimpinan Sukarno dengan ideologi Nasakom =Nasional, Islam dan komunis.
Indonesia menentang penubuhan Malaysia dan menganggapnya sebagai usaha
imprialis bagi mengekalkan pengaruhnya
di sini.
Walau
bagaimana dengan adanya Amerika di Filipina di bahagian utara dan Australia
serta New Zealand di bahagian selatan, Indonesia berfikir panjang untuk
menceroboh dengan adanya pertahanan dari negara-negara tersebut jika diceroboh.
Pada
bahagian utara Vietnam di bawah pimpinan
komunis diketuai pimpinan Ho Chi Minh sedang berjuang menentang Amerika
bagi mencapai kemerdekaan bagi negara Vietnam.
Komunis Vietnam tidak bersendirian, bahkan mendapat sokongan dari China
Komunis di bawah pimpinan Mou Tze Tomg yang anti imprialis Amerika, termasuk
British.
Pada
tahun 1060an dunia adalah terbahagi kepada
dua blok utama, iaitu negara
bebas yang dikenali dengan negera demokrasi dan komunis – terdapat sebuah
blok lagi dikenali sebagai Blok Berkecuali..
Negara
komunis di bawah pengaruh Rusia dan China komunis, manakala Blok Demokrasi di
bawah pengaruh Amerika, British dan negara-negara Eropah. Kepada komunis mereka
ini dipanggil imprialis. Dua blok ini berusaha menguasai pengaruh.
Penubuhan
Malaysia dilihat antaranya dapat melindungi kawasan di Malaysia dari pengaruh
komunis yang lama mengancam Malaya. Dari pertarungan antara ideologi besar
Malaysia mendapat keselamatan misalnya dengan adanya perjanjian pertahanan
dengan Australia dan New Zealand dan beradanya Amerika di Filipina dan sedang
bertahan di Vietnam.
Walau
bagaimana selepas penubuhan Malaysia,
ianya tidak terlepas dari gugatan selain
dari mendapat tentangan dari golongan kiri dalam negara, tentangan diterima
dari negara jiran, iaitu Indonesia dan Filipina.
Penubuhan
Malaysia tidak semudah diharapkan, tetapi menghadapi cabaran-cabaran dalaman
dan luaran.
Sekian.
No comments:
Post a Comment