KEGIATAN
KEISLAMAN ZAMAN TUNKU
(Fikrah
Bangi: 629),
BBB: 19 Zulhijjah 1441H. = 09 Ogos 2020M. (Ahad).
Satu bidang yang dapat ditonjolkan padsa zaman
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ialah kegiatan keislaman. Antara idea asal
yang dicetuskan oleh Tunku mulai 1960an ialah Musabaqal al-Qur`an. Pertandingan
tilawah al-Qur`an bermula dari peringkat nasional dan mendapat sambutan
peserta-peserta yang mewakili negeri yang disaring bermula dari peringkat
daerah-daerah di negeri-negeri Kemudian
dikembangkan kepada peringkat antarabangsa. Biasanya peringkat antarabangsa ini
tidak lebih baik dari peringkat nasional, kerana sering johan pada peringkat nasional
dapat memenangi sebagai johan pada peringkat antarabangsa,. Hasil pertandingan
ini melahirkan qari dan qariah terkenal seperti Haji Ahmad Pergau, Ismail
Hashim, Faridah Mohd Saman, Rugayah Sulong, Hajah Rahmah dan ramai lagi. Johan
antarabangsa turut dimenangi seperti wakil dari Indonesiam Thailand, Iran,
Mesir dan sebagainya.. Musabaqah ini terus popular dan berterusan hingga kini
yang sudah melebihi 60 kali.
Hasil
dari pertandingan ini menjadikan
pengajian Qur`an di negara ini terus popular. Lahirnya berbagai tahfiz, Kini bersama
pengajian al-Qur`an diadakah pertandingan hafaz al-Qur`an.. Bersama musabaqah al-Qur`an
dan tahfiz berkembang sama ialah pengajian di dalam berbagai bidang keislaman.
Pengajian terhadap al-Qur`an ini dipelajari pada peringkat pra-persekolahan, di
sekolah dan pengajian-pengajian timggi. Dengan yang demikian menyemarakkan
perkembangan keislaman.
Satu
kegiatan yang berlaku pada zaman Tunku, ialah dakwah keislaman.. Pada zaman
Tunku dan Tun Mustafa dari Sabah berlaku kegiatan dakwah di kalangan pemimpin
yan tidak berlaku hingga kini. Lantaran itu kita dapati beberapa tokoh penting
pada zamannya masuk Islam seperti Omar
Yoke Lim dan isteri, Tahir Tan, Tun Fuad Stephen dari Sabah dan beberapa yang
lain.
Pada
zaman Tunku tertubuhnya PERKIM – Persatuan Kebajikan Islam berfungsi sebagai
Pusat Dakwah dan sebuah bangunan hasil dari sumbangan Presiden Muammar Ghadafi
Presiden Libya didirikan di Kuala Lumnpur dan pusat ini masih berfungsi hingga
kini. Hasil dari kegiatan dakwah oleh Tunku,ramai mereka yang menganut agama
Islam. Sabah misalnya dulu dikenali negeri yang didominasi oleh Kristian, kini
lebih meninjo; dengan Islam.
Dakwah
yang diasas oleh Tunku berkembang dan melahirkan Yayasan Dakwah Islamiyah
(Yadim), Institut Kajian Islam (IKIM) dan pengajian dakwah pada berbagai
peringkat hingga ke universiti-universiti.
Selain
dari memberi perhatian kepada bidang
dakwah, Tunku juga memberi perhatian kepada pembinaan masjid. Masjid Negara
yang seni binanya bersifat tempatan adalah didirikan pada zaman Tunku sebagai
Perdana Menteri Malaysia. Tunku juga banyak memberi peruntukan bagi membina
masjid di berbagai negeri dan daerah. Ada satu yang agak kontroversi padsa
zaman itu, peruntukan bagi membina masjid ini antaranya dari wang Loteri
Kebajikan Masyarakat. Akibatnya peruntukan ini ditolak oleh sebahagian tempat
dan ada masjid yang didirikan dari wang loteri ini enggan digunakan dan
setengahnya terbiar.
Pada
zaman Tunku, mereka yang menunaikan haji masih menggunakan kapal laut dan
berikutnya ditubuhkan Lembaga Tabung Haji atas cadangan Prof. Ungku Aziz dari
Universiti Malaya . Tempat bertolak ke Makah ialah sama ada dari Pulau Pinang
atau Pelabuhan Kelang. Walau bagaimana kebajikan jama`ah Haji telah
dibincangkan antaranya melalui Organisation of Islamic Countries (OIC) yang
diasaskan oleh Tunku dan perkhidmatan haji mengalami proses pembaikan.
Antaranbya mula menggunakan perkhidmaan udara.
Pada
zaman Tunku Abdul Rahman menonjol kegiatan keislaman terutama dari segi dakwah
dan tilawah al-Qur`an yang kesannya hingga kini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment